Shila, macam mana you kurus?


Yer, itu soalan yang saya kerap kali terima di YM! dan email sekarang ini. :) Jangan risau, feel free to ask okels.

"Macam mana you kurus? Takkan USANA semata kot?"

Sebetulnya, kalau nak compare badan masa belum pregnant, saya ni belum lah dikira kurus sebab dulu lagi slim. Hihihi. Tapi kalau nak compare masa pregnant, obviously dah kurus banyak dari berat 95kg itu. =P Terus terang saya katakan, saya bukanlah diet spesis ban semua jenis makanan dalam dunia lalu hanya minum USANA shake sahaja. Hohohoho. Itu tak mungkin berlaku sebab saya masih suka makan. Cuma amount perlu dikawal, cukuplah saya makan sekadar untung kenyang. Bukan sampai bloated dan terduduk malas macam ular sawa baru lepas makan kambing. =P

Saya masih makan nasi, sungguh saya tidak tipu. TAPI, saya kurangkan sangat lauk-lauk berminyak, bergulai, kari semua tu. Ayam dan daging tu tak berapa nak makan sangat and nasi cuma separuh pinggan. Selalunya lauk saya sayur-sayuran, tauhu, tempe, ikan macam tu lah. Mi, kuey teow sama jugak saya tak sentuh, sebab sudah la carbo, berminyak pulak. Cukup pakej untuk tambah berat I nanti, hihi..

: : Contoh makanan tengah hari saya : :

Minuman manis macam teh ais, teh o ais, air gas dan yang sewaktu dengannya adalah tidak diminum sama sekali. Kalau makan kat luar, selalunya I order air limau or else, plain water sahaja. =P Chocolate dan sweet stuff macam doughnut dan ice cream adalah haram sama sekali. Hukhukhukhuk. Sabo saje. Kuih manis-manis pun tak makan jugak.

And dinner mesti sebelum pukul 7pm. Ok lah paling lambat 8pm itu pun makan sikit je sebab dah melepasi waktu kebenaran untuk makan. Hehehehe. Yer penting jugak yer rakan-rakan untuk kita minum air masak dengan banyak. :)

Done with makan-makan part.

Eksesais tidak lah seberapa sangat, sebab tak cukup masa sekarang ini. Pernah pergi jogging pun sekali saja. +P

Most importantly psikologi kita kot? Memang awal-awal kesan tu tak nampak sangat, tapi I berfikir secara logik. I naik berat sampai 95kg dalam masa 9 bulan, so I have to give myself a reasonable amount of time to shed off the excess baggage kan? Target saya 31 December 2009. Aminnn.

Lepas tu saya gantung Levis jeans size 29 saya dekat almari so that hari-hari saya dapat tengok. So bolehlah motivate diri sikit. Dan yang terakhir, I always want to look good for him, saya mahu suami saya bangga isteri dia masih cantik walaupun sudah beranak satu. Muahahahaha. +P Redha je lah dengan jawapan saya yang terakhir ni kan. ;)


ShilaShower
0 Comments

No comments:

Post a Comment

feedburnerfacebooktwitteremail