Paris with Kids

Paris. 

Ni dah setahun pending update hehe. Kita travel from 25/12/14 to 5/1/15, ni dah masuk 2016 baru nak bukak entry. Takpe, biar lambat asalkan update. Yang paling penting biar rakyat Tanah Melayu ni tau macam mana Kakak Shilashower bawak bekalan nasi untuk 12 hari tu hehe.


Flew from KL to Paris via Dubai with Emirates. We didn't plan for this trip particularly. It was year end, we didn't know where we were going (yet) but we knew we were going somewhere (definitely). I had few places in mind masa tu, akan tetapi sebab ini ialah trip free-and-easy-suka-hati-kaulah, I was a tad bit worried that we might get sesat and never return sebab tak faham bahasa haha (drama sangat). Maksudnya, lain yang kau beli, lain yang kau pergi konsepnya. Considering the factor ada dua kanak-kanak aged 5 & 6, so ke Paris lah kita sebab ada Disneyland. 


Disneyland Hong Kong sudah. Tokyo takut tak paham bahasa. US just too far away (and so the costs), ada Disneyland Paris macam yang logik masa tu hehe. (Masa tu la, masa sekarang ni semua pun tak logik sebab currency conversion macam apa lagi haihhh).

Made flight comparisons between major airlines and akhirnya memilih Emirates. Fair price, 4 hours transit time and arrival and departure time yang sesuai dengan kami. Arrive pagi, depart malam. Bayangkan kalau sampai waktu malam, macam mana nak force the kids to sleep again sebab confirm dia orang dah puas tidur atas flight yang berbelas jam tu kan. Lepas tu nanti jenuh tengah-tengah malam buta minta nasi ke apa sebab ikut time Malaysia. So I rasa best to arrive morning so biar body cepat-cepat adapt to time zone sana. For airport transfers and Disneyland transfer, kita guna private driver service. Yang penting dia baik nak angkutkan luggage kita orang yang berderet. Nama dia Christoph, tak silap one way transfer EUR70 kot. Ke EUR80. Sorry lupa hehe.




As for accommodation, untuk Paris city area I booked from Airbnb and Golden Tulip for Disneyland. Unfortunately tak tau what was there in my mind sampai tak ambil langsung gambar keliling apartment tu. Ada snap gambar playroom ni je. Rumah Paris ni spesis kecik halus je. So masa nak search tu, kena betul-betul cari unit yang size boleh fit keluarga kita, tengok ada lift ke tak sebab kebanyakannya tak ada. Then kena check owner ada tinggalkan pet sekali tak dalam rumah tu. I taknak yang ada pet sebab Adam allergic to animal's fur and of course risau mati pulak haiwan peliharaan orang tu nanti haha. Then check kitchen dia cukup pekakas tak kita nak guna. Paling basic pun kena ada fridge, dapur, microwave and electric kettle. But Adelaide ni (the owner) was so nice siap belikan rice cooker baru untuk kita orang. Sebab I tanya ada ke tak, dia kata ada, rupa-rupanya dia beli untuk kita guna. Being makcik kecoh I am, tanya siap-siap ada iron tak, extra comforter for kids (winter kottt), towels, how to buang sampah from the unit (janganlah biar kotor rumah orang kan) and wifi hehe. Semua ada alhamdulillah. Apartment ni area Chemin Vert near Bastille area too.


Disneyland tickets pulak kita beli online. Jimat duit and jimat masa. First time pergi Disneyland Paris dulu, kita orang ni pekak haha tak tengok pun opening time, parks tu besar mana and such. So datang pun dah tengah hari, then missed Universal Studios sebab ingat dia bukak sampai malam (membazir je bayar two parks masa tu) and dalam Disneyland tak sempat nak main apa sangat pun sebab one day pass je, So ni second time datang, dah bijak sikit nak plan hehe. So kita beli 2 parks 2 days pass. Baru berbaloi puas hati. Sebelum nak final kan date bila nak masuk, check dulu weather forecast, pilihlah hari yang diramalkan cerah. Tapi nama pun ramalan, so tu sekadar usaha je lah. Janganlah amukan komplen sana sini bila Allah nak turunkan hujan. Enjoy je la labuuu. Dah datang jauh-jauh ni.

Kita orang sampai Paris pagi. Immigration clearance process agak pantas. No, actually terlalu pantas haha. Turun-turun flight, jalan sikit dah immigration counter. Keluar tu terus eh collect luggage. Lega you'all. Selamat ayam masak lomak cili padi yang frozen dalam bags tu. Then from airport terus ke rumah. Settled everything masa tu dah pukul 11-12 tengah hari, which kalau time Malaysia dah dekat malam. So, perut semua orang ala-ala mintak dinner. Being Makcik Joyah, tadaaaa pilih je lauk mana nak makan, panaskan. Masak nasi sikit, terus sedia untuk dimakan. 

Actually lauk frozen kira hentam je angkut. Tapi sebelum tu dah tanya ramai orang (yang rajin keluar masuk Paris ni macam balik kampung), they said tak berapa strict macam Aussie pun. Biasa je orang bawak makanan. So semua lauk ni kita masak one day before travel date. Lepas masak sejukkan sekejap, agak-agak dah suam, terus pack masuk plastic (macam kita bungkus lauk kedai tu laaa). Masukkan portion untuk each meal time senang and terus bekukan dalam peti ais. Then just before nak keluar rumah pergi airport, pack semua lauk dalam chiller bags and I masukkan jugak 3-4 ice packs (dulu guna masa breastfeed Aiman, sekarang pun masih berguna hehe). Sampai airport terus pergi wrap the chiller bag and then check in sekali dengan luggage lain. Ha camtu lah yang kita buat. Lepas berbelas jam perjalanan, lauk masih sejuk beku dalam chiller bag and terus transfer masuk fridge dekat apartment. Every meal time, pilih je lauk mana nak panaskan. Kita bawak ayam masak lemak cilipadi, kari ayam, sup daging, sambal tumis, ayam kicap. Hahah melampau tak? Save giler ok duit makan.


Lepas makan semua tidur ahaha. Kita orang bangun balik pukul 3pm then keluar nak ronda dekat Champs-Elysees (sebut dia SHAH-ZAY-LEE-ZAY). Hahah kena Google dulu pronunciation dia takut kang driver taxi tak faham, lepas tu boleh la sebut dengan konfidennya haha :P

Nama pun first day, kids masih dalam mode adjusting to the weather and time zone. Aiman macam takde efek dekat mana pun dia berada atas muka bumi ni, but Adam macam cranky sikit, tambah pulak weather a bit windy and freezy. So Mummy punya plan nak tengok handbags terpaksa ditunda dahulu. 


Dalam crowd ramai tu, boleh pulak Aiman nampak Disney Store. Ya ampunnn, macam orang hilang arah tuju bila dia orang nampak segala jenis superheroes items dalam tu. Adam dengan Disney Planes nya. Mummy hanya mampu tengok Ayah and Ayah pulak tengoklah wallet buat apa yang patut hehe. Ingatkan lepas dapat toys dia orang oklah, rupanya lagi cranky. Sebab nak balik apartment cepat-cepat nak main toys baru. Cranky level taknak jalan. Huuuu quite a challenging moment that time, terus rasa menyesal tak bawak strollers. So hajat nak jalan terus ke Arc de Triomphe pun cancel, tengok je lah dari jauh ni, sobsssss.




Sampai apartment, I siapkan makanan untuk dinner (senang semua panaskan guna microwave je) then I tinggalkan kids dengan Kown while I turun bawah pergi merambu-ramba dekat supermarket nearby. 




So itu lah cerita hari pertama travel ke Paris. Kita sambung lagi next entry okies? :)





















1 comments:








achiek anis

said...

nice sharing for frozen food tu sis...lps ni travel boleh but gitu jugak....tq




Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs