GEMFIVE - Every find a gem

Korang korang koranggg. I nak share satu website best yang I jumpa, jual kitchen tools best gila. Punyalah excited and sounded so makcik-makcik.

Nama dia GEMFIVE. Memang elok la dengan tagline “Every find a gem” sebab memang ‘gem’ sangat benda yang kita jumpa ni. Basically, GEMFIVE ni macam online shopping destination yang kita boleh jumpa macam-macam brands, cari barang-barang yang kita suka and survey the latest must have items.


Or in my case (yang dah level Kakak Makcik ni), ada brands Jamie Oliver, Maxwell & Williams (yang pinggan mangkuk rumah kita), Fackelmann and nak canggih lagi, ada NORITAKE. Haaaa gitu. Ada banyak lagi barang lain, dari fashion items, gadget, kids stuff tapi I lagi suka shop Home & Living items. Surirumah sangat kan hehe.

Dah macam-macam kita Add to Cart ni, contoh macam barang kat bawah.

Jamie Oliver’s kids baking set – RM119.00 je oih. Dah ler cute.
Then this Nordicware pancake pan. Haaaaaa benda rare je, selalu nak jumpa dekat Instagram personal shopper belikan dari overseas. Jangan risau, Malaysia ada dah sekarang. Nordicware Bundt Pans pun banyak, boleh pegi survey.
Ni, paling nak jugak sempena Hari Raya, Maxwell & Williams footed cake stand. Lawa kan? Ok, added to cart also. :P RM105.00 aje ok, harga mampu milik.
Lagi ni, Maxwell & Williams containers yang korang dok tanya I beli dekat mana. I memang guna ni untuk store ingredients Kakakookies. Clear glass, senang tengok par level each item. Hehe.

Banyakkkkkk lagi brand lain best residing under Home & Living; Diptyque, Royal Selangor, TSEN Creative Home (my fav for cute d├ęcor items and rare jugak), Kare and many more. Tak ter-list sebab memang BANYAK sangat. Seharian boleh melangut dekat website ni.

Agak-agak kalau blur, boleh check GEMdeals. Or kalau nak cari ilham, cuba tengok GEM PICKS. Memang macam-macam idea datang. Ni baru under Home & Living, belum merayap dekat tab Beauty & Health and Mom & Kids, esok pun tak habis browse.



Ok, now comes the exciting part! Yeay!

I have RM20 GEMCash Vouchers to be given away to 5 of my blog readers.

All you have to do is to share 4 RARE items from GEMFIVE on Instagram and don’t forget to tag me @shilashower, @gemfivemy and add hashtags #gemfiveraya, #gemfivehomeliving #gemfive and of course, kena follow IG @gemfivemy lah kan.

Ha, apa lagi, cepat pergi cuci mata and share barang rare under Home & Living items. Untung-untung dapat RM20 cash vouchers boleh guna buat beli barang idaman.


Melbourne Accommodation - Yellow Door House

Nahhhhhh, nahhhhhh amik entry paling dinanti. Hehehe. Cerita tentang rumah cantik yang kami sewa di Melbourne.


It all started from Google. Cari sana, cari sini, then short listed few properties akhirnya kami sepakat pilih Yellow Door House ni. I dah summarized-kan important info as below:

  • Owner's Email: jayne@buttercreative.com.au
  • Date: 6th May 2014 (check-in 2pm) - 11th May 2014 (check-out 6pm)
  • Total Cost: AUD$1760 + Security Deposit AUD$350 (refundable)
  • Total Pax: 6 Adults + 5 Kids
  • Location: Coburg (approximately 15 minutes to Melbourne CBD)

From this area, kalau tak ada kereta pun, still senang nak naik train or tram from Sydney Rd. And the most important thing is ada halal butchery and Asian grocery store nearby the place. 

Paling win ialah jalan kaki sampai Woolworths. Sejengkal dari rumah. *biasalah, I'ollz ni orang Malaysia yang jakun* haha. Memang best gila beli bahan masak dekat sini. :P Ada Coles jugak tapi tak masuk pun, sebab Woolies pun dah melaghakan.


4 bedrooms (with double bed each room) and 2 bathrooms. All beds are made up with soft fluffy cotton bedsheets, towels provided in each room and ada wooden cot as well. Basically rumah ni memang sesuai untuk family groups. High chair and toys sebakul penuh semua dia sediakan.







Open plan kitchen and well stocked with all the essentials. Oven, microwave, gas stove, fridge, dishwasher, rice cooker dan semualah periuk belanga and pinggan apa semua provided. Lengkap. Siap ada Nespresso coffee machine and pods lagi ok. Sambil masak sambil joget dekat dapur haaa gitu.






Living room tak besar sangat but in fair size to accommodate our group. Leather sofa, arm chairs, HD TV with FOXTEL Platinum package and yes, yang paling penting ada WIFI. Yang sangat laju speed dia. Hehe.







Outdoor kita orang tak merasa sangat sebab sejuk gilakan, dah kenapa nak gigih ber-BBQ semua pulak hehe. Kalau time Spring ke haih, memang layan la lepak luar rumah ni. Buat photoshoot ke, sebab cantik sangat!




Washing machine and dryer pun ada, siap sabun and softener semua. Basically memang tema dia "make yourself at home" lah. Semuaaaa ada. Vacuum pun ada kalau gigih nak kemas rumah hehehe. Iron and iron board of course ada jugak.


In conclusion kita orang happy sangat dapat stay sini. Semua serba lengkap and kereta pun boleh parking je depan rumah. Tak ada masalah. Eh silap bukan kereta, tapi van haha. Dah 11 orang kan. Kids age 2 & 3 kami sewa carseat and yang age 4 and above semua duduk atas booster seat. 

Kita sambung next entry ok? Day 1 Melbourne *doakan kerajinan Shilashower untuk terus menulis blog* hehe.

Toodles!


Disneyland Hong Kong - Part 5

Part last, lepas ni boleh sambung cerita Melbourne pulak, especially cerita rumah Yellow Door tu hehe.


Hari last ni takde buat apa pun, pagi tu pergi breakfast dekat Hong Kong Disneyland Hotel. Kita orang stay dekat Disney's Hollywood Hotel, so kena naik shuttle bus pergi Hong Kong Disneyland Hotel. Tak jauh mana pun, cuma kalau dengan budak-budak nak menapak tu memerlukan ketabahan jugak. Lainlah kalau honeymoon, memang romantik sangat jalan berdua dalam area Disney park hehe.

I dah booked upfront untuk "character dining - breakfast package", tapi due to some Halal issues in Enchanted Garden Restaurant, Hong Kong Disneyland Hotel kami tak makan pun dekat situ. Hewhewhewhew. I'm not going to elaborate further on this, sebab kecoh issue halal dekat Insta dulu hehehe. Sensitive kalau tersalah cakap, lagi pun kita semua dewasa so Inshaallah masing-masing cukup bijak untuk mencari yang Halal.

Cuma masa kami masuk tu manager in charge datang explain that the restaurant was not Halal certified. Ada few things dia explain about suppliers, kitchen and ada apatah lagi, so we decided better not. Tapi dah bayar beratus kot, so masuk je lah tunggu characters datang dekat table untuk bergambar. At least tak payah beratur panjang-panjang macam dalam park tu la hehehe.






INFO

2 Halal-certified restaurants inside the park:

  • Tahitian Terrace in Adventureland
  • Explorer's Club Restaurant in Mystic Point


Halal-certified food is available upon request at these hotel restaurants:

  • Chef Mickey at Disney's Hollywood Hotel
  • Studio Lounge at Disney's Hollywood Hotel
  • Walt's Cafe at Hong Kong Disneyland Hotel
  • Room Service at Hong Kong Disneyland Hotel

Lepas dah habis bergambar dengan semua characters, kita orang pusing-pusing Disneyland hotel tu kejap, masuk Disney store dia lagi (dan lagi dan lagi dan lagiiiii) then balik bilik and get ready to check-out.


Perut lapar sebab tak breakfast, so kami lunch dekat Studio Lounge, Disney's Hollywood Hotel. Halal, alhamdulillah.

TAPI. Waiting time for foods to be prepared adalah dalam 45 minit jugak haha. So kena bertenang. Sebab dia cakap foods prepared upon request, different kitchen, nak defrost and masak semua, so yeah approximately 45 minutes gituuu. Sabar je lah, apa je lagi option yang ada sebab perut dah lapar. Taste wise ok lah boleh makan, not an awful taste. Walaupun tekak mengimpikan perisa kari seperti di restauran Nasi Kandar hehe.



Settle semua, perut pun dah kenyang, kami pun tawaf lagi area hotel. One last round, posing amik gambar buat kenangan, guna iPhone je pun. Kalau sapa ada DSLR tu untunglahhhhh, konfem dapat banyak shot cantik-cantik sebab kawasan Disney's Hollywood Hotel ni memang menarik. Kita orang ni, level guna camera iPhone je hehe.















Ok, dah la kot. Rasanya tu je la cerita dia ahahaha. Mahaplah, takde story-mory-morning-glory melawat kawasan pelancongan lain. Memang datang sini semata-mata untuk Disneyland saja. Big Boss bagi green light, ok kan je lah, dari sambut new year melangut dekat balcony rumah mengadap KL skyline tu.


So kita sambung nanti ok? Edisi Melbourne pulak. :)



Template design by Chic & Sassy Designs