REVIEW: Brainy Bunch Islamic Montessori

Disclaimer: Ini hanya personal review, according to our own experience, the goods and the bads. Not in any way to promote nor to give adverse feedback. 

First, why we choose Brainy Bunch?


Mainly sebab area I tinggal belum ada Islamic Montessori/Kindy masa tu. Masa tu lah, 2014. I wanted to send my kids to this awesome kindy in Desa Parkcity (dah register and paid deposit pun) but somehow my mom reluctant to send her cucus there.

Fees BBIM rasanya tak perlu share sebab boleh dapat pun dekat website Brainy Bunch. Of course ada increase dari 2014 to 2016 ni ha. Quite costly I must say, so being a first time parents yang anak mula-mula masuk tadika, bila kita bayar mahal, expectation kita agak tinggi. Tapi yer lah, I guess Brainy Bunch ni depends pada outlet kan. Kalau yang HQ mungkin tip top lah. Kalau yang lain-lain bergantunglah pada operator. Not that everything about this place is bad, tapi ada lebih dah kurang nya.

Pernah jugak I bising, apesal insect pun kena bawak? Lemon kena bawak? Tak masuk ke dalam bayaran yuran mahal tu? Tapi hmmm mungkin they want us parents to participate in kids learning activity. So I diam kan aje. Issue tak besar pun haha.


2014 I register Adam & Aiman together. Adam 5 tahun, Aiman 4 tahun. Adam ok, he likes everything about the school but not Aiman. Hari-hari dia mengamuk tak nak pergi sekolah. The only reason "ada auntie garang". I am not sure what defines "garang" masa ni sebab kita pun taknaklah baru start schooling dah nak kecoh check itu ini. I play cool dulu lah. Until one day Adam told me, "Adik kena marah dengan Auntie tapi not his fault". Aiman pun kata bukan his fault. Not sure what was the incident tapi I rasa maybe Aiman near the scene ke apa, so dia pun kena denda jugak.

No, I tak pergi pun sekolah tanya Auntie dia itu ini. First, they just have to learn that certain things in life are tough. Once in a while this unfair-inequality and such happens. Live with it. Andddd I pun tau Aiman tu macam mana. Fast forward, this auntie-garang issue pun senyap.

But still Aiman tak suka sekolah. He said boring, main-makan-main-repeat and for most he doesn't like to be compared. So I got it. Montessori method kan mix age group, so Aiman was just 4 that time, dalam same group ada age 5 and 6. Dia pernah kata Auntie and friends gelakkan drawing dia. Elephant. Wellll, memanglah elephant dia nampak macam alien mana tah haha tapi kid memang cepat down kalau drawing orang lain nampak elephant, tiba-tiba dia punya nampak lain. :P So I rasa Aiman memang tak sesuai dengan montessori method.

Adam on the other hand ok je. Cuma Mummy yang tak ok, sebab Mummy tak berapa tahu apa sebenarnya Adam belajar dekat sekolah. Even after one year, Adam still tak boleh baca betul-betul especially yang Bahasa Melayu. Mula-mula I was like, "apa benda ni pergi sekolah tapi macam tak reti apa?" tapi lepas dah fikir dengan lebih positive, I told myself, everything must start from home. So tak apa lah, kalau ditakdirkan sekolah tak membantu sangat, Mummy buatlah my part at home. At least ada something for you. Dalam hal belajar anak, mana boleh semua lepaskan pada sekolah. (Walaupun tak puas hati sebab reading takde improvement). 

Tapi, always look for other good points. Ada benda yang mungkin tak sempat buat dekat rumah, anak kita belajar di sekolah. Doas, solat, surah recitation, yang itu banyak dia belajar. Alhamdulillah. English superb. Tapi BM memang ke laut hahaha.

Masuk 2015, Adam 6 tahun, Aiman 5 tahun. I tak masukkan Aiman to BB. In fact, Aiman tak sekolah pun hahaha. Duduk rumah belajar dengan Mummy je. Adam continue di BBIM for another year, tahun depan darjah satu dah.

Masa 6 tahun ni lah BBIM buat extra reading class after the normal school hours. From 12pm-1pm. Kita parents ni, mana ada yang positive je, selalu banyak nak negative dulu kan? I pun sama mula-mula tu. Eh apesal dah 6 tahun baru nak extra reading class? Selama ni main apa dekat sekolah? Sungguh itu lah persoalan dia. Tapi sekejap je, syukurlah lepas tu at least they did something to make sure my kid ready for standard one in 2016. Just in few months Adam boleh baca. But in English haha. BM dia masih ala-ala. So kita pun kena kerja jugaklah, usahakan bagi dia boleh baca betul-betul dalam Bahasa Melayu. Time ni kira nak baca signboards je kalau kat jalanraya. 

Masa ni tengok anak orang lain yang tadika lain dah laju membaca. Tapi entah tak tahu nak salahkan siapa. Tapi taknak lah compare progress anak kita dengan anak orang. Yang penting Adam happy dekat mana dia sekolah, itu yang penting. Bila fikir balik, memang dari awal I bukan nak force bab academic sangat, just nak bagi dia sekolah and make friends. And I sendiri yang taknak masukkan kids ke tadika yang book-based.

Critical thinking, analytical, reasoning yang tu Adam memang score. Kita boleh perhati anak kita bila sekolah ni pemikiran dia macam mana. Adam just don't accept A as an A. Kalau dia rasa A tu ialah B dia akan kata B dengan reasons dia sendiri. If you still kata itu A, then explain to him dengan logic. Don't tell crap. Dia selalu ada few extra plans in mind, jarang dia settle with only one option. 

Math superb. Tapi ni mungkin sebab dia suka Math since baby. Tak paham betul, sebab Mummy tak suka Math hahahaha. So no issue on this.

Hal-hal minor lain cuma part makan lah kot. Sebab dia selalu komplen foods sekolah boring, asyik minta nak bawak bekal to school. Katanya biscuits and koko krunch je. Hmmm yang ni I tak check. Sebab taknaklah kecoh, we rather prepare bekal for him than to make fuss about everything.

Senang cerita observation I pada Adam selama 2 tahun dekat Brainy Bunch ni ok je lah. Biasa je. Tak terfikir dia ni terlalu outstanding tapi tak rasa dia left behind. Ada benda kita suka, ada benda tak. Tapi pada yang tak berapa best, I halalkan je masa tu sebab fikir mesti ada ilmu lain yang Aunties dah tolong ajar, mungkin lagi bernilai dari benda-benda minor yang I tak puas hati.

Aunties are nice after all. Very friendly, layan anak kita baik. Cukuplah.

But life is full of suprise. Kadang-kadang benda yang kita nampak sebenarnya tak cukup pun nak nilai apa-apa.

Bila Auntie dia informed me Adam is the Child of the Year for BBIM (this outlet), I terkejut. Selama ni Adam I observe biasa je, tidaklah sampai nak imagine dia baca speech depan crowd sebab Adam yang I kenal jenis reserve. No, I was wrong. Itu dekat rumah. Dekat rumah cuma ada dia and Adik. Dengan kawan-kawan kita sendiri pun tak pernah tengok.



Dalam hati masa tu cuma satu, "syukur Ya Allah I tak buat kecoh dekat sekolah kerja nak komplen itu ini hahahaa, sebab kita tak tahu apa yang Aunties dah usahakan untuk anak-anak kita". Well mungkin ada benda kita expect tak dapat, tapi ada benda kita tak expect kita dapat.

Wallahi, as a mom to a 6yo boy, I cuma nak dia boleh baca and spell and understand instructions so boleh masuk standard one dengan aman. That's all haha. Sangat tak ambitious Mummy hang ni Adam. Bukanlah tak ambitious tapi rasa aiyoooo baru 6yo let him play lah. Like that. 

But look at this. Dia bagi speech. Thank you Allah. Thank you Aunties. Thank you so much. Not everything in life is about academic stuff.

Tahun 2016, Aiman masuk balik Brainy Bunch. Hari-hari drama gila pagi-pagi tapi masuk je pintu sekolah terus ok. I asked him 'why cry every morning?'. Aiman jawab, "Adik memang nak nangis je lah hari-hari, nanti sampai sekolah Adik diam ler". Korang boleh imagine tak sakitnya kepala I ni? Hadoih. Auntie garang yang lama dah tak ada. Auntie garang baru pulak. But no issue to me on this, asalkan tak cedera patah riuk anak kami sudah. 

Dah ada experience dengan Adam Haris dulu, kita tak letak high expectation untuk Aiman score academically dekat BBIM. I still ajar dia read, spell and basic Math at home. But I do hope (and really hope) that he will learn all other stuff yang Mummy tak boleh ajar dekat rumah. So much of it, sikit je yang Mummy boleh tolong. The rest I still need Aunties to help me.

Sekurang-kurangnya dia biasa Solat Dhuha. Kita parents mampu ajar, tapi kita tak berapa ajar kan? I feel bad about it huhu. Depends on how you look at it. Kadang-kadang bila kita bayar mahal, kita expect serba serbi tip top. Yes I am like that. Tapi kadang-kadang kita tak tahu Allah nak bagi tip top perkara yang mana. Terlebih terkurang saya halalkan dan saya harapkan Aunties didiklah anak saya baik-baik. Sebab tak semua benda kami as their parents boleh buat.






1 comments:








miss eimanhikmah

said...

good boy adam!




Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs