Shanghai with Kids: Transportation


Hello! Long awaited blog post on our recent Shanghai trip WITH kids. Tak sure nak start dari mana, but I would like to remind you that this Shanghai trip is not anything close to "bajet seribu travel seminggu lima orang" kind of thing. 2 adults 2 kids 1 baby, budget kepada medium to high tapi tak la lavish, ada benda jimat ada benda tak jimat hehe. Tak jimat macam perkara-perkara lagha dekat Disney Store haha, ngan Mummy sama naik hah, lepas tu dok keluar masuk Starbucks :P Ini bukan backpacker style, bukan ikat perut, bukan kalut jalan merata nak cover all places and jadi orang nomad from one place to another, alrite? Priority: 3 children.


I start dengan transportation lah, nanti next entry kita share cerita China visa and accommodation okeh? Ramai juga yang DM minta emailkan itinerary Shanghai, tapi sesungguhnya tiada. Trip ni agak last minute, I cuma listkan places-to-go and how-to dalam notes iPhone, tapi tak ada specific time wajib pergi sini pada sekian-sekian hari dan masa. Maksudnya cuma ada list, mana nak pergi tu kita orang decide lepas breakfast, everyday. Tengok cuaca macam mana, then pilih la location mana yang sesuai. I tak suka travel follow itinerary haha sebab rasa macam kalut teruk, or maybe with children, nak relax-relax je.

  • FLIGHT
Ok, ni pilih la mana-mana yang sesuai and kena dengan budget you all. MAS ada, Airasia ada, Shanghai Airlines, China Eastern, kena try and error la ok tengok harga. Nak aman damai makan minum, MAS and Airasia lah kan. Airasia pun not cheap juga (maybe slightly cheaper than MAS) sebab kalau family ni, kena add-on luggage, seat (takkan nak duduk separate dari anak-anak), meals, entertainment (gatal sewa RM50 one ipad one way, haromm bosan content dia) and etc. So do your own math tengok yang mana suit budget.

Kita orang naik Airasia, dah itu yang paling murah konon-konon masa beli ticket, sekali labuu lepas add on segala macam, murah dua cebis jer dari MAS haha. Pasrah di situ sekejap.

But the cool thing about Airasia is, you beli ticket promo now, nanti later add seat, bulan lain add nasi lemak, bulan lain lagi add luggage allowance, paham? Ala-ala installment dok add items sikit-sikit hahah tapi last skali total sadakallah juga. And flight murah takpe, yang penting apartment/hotel selesa, katil untuk 7 hari lagi penting dari kerusi kapal terbang 5 jam. Giteww.


Kita travel time winter and I dah habis "travel light" sebab tak bawa winter jacket banyak untuk OOTD for one week, ada baby ni tak kuasa la ok. Total luggage tengok kat check in counter hari tu around 65-70kg. Siap sekali luggage makanan Aiman hehe. Purchased 90kg, pastu rasa rugi tak penuhkan hahaha, perangaikann. Stroller carry masuk cabin, sebab jenis compact-fold.


You remember this orange suitcase that went viral on FB, ini bag ahkak la dik oi. Dalam gambar ni,  luggage ni bawa pergi Tokyo. Ada jugak komen-komen kecam, "bawak semua baik duduk rumah la, pemalas tak nak research tempat makan halal la, tak happening la taknak makan dekat negara orang la, membazir luggage allowance la and tah apa lagi haha." Tapi yang mana travel with kids, kebanyakkan dua kali lima I jugak luggage makanan dia orang, ada siap bawa blender dengan rice cooker lagi hahah kau hado?


Kali ni lebih kurang juga la menu dia, Brahims wajib ada. Senang masuk microwave and senang kalau nak bawa bekal.


Usually yang kecam teruk ni, dia travel sorang, bawak body sendiri ja. Tapi yang travel with kids, nak selesa, usually will bring stocks makanan, untuk keamanan seluruh ahli keluarga sebelum keluar berjalan. Certain places, halal eateries are not easily accessible, some kena jalan, some lalu lorong or naik tangga yang leceh if ada stroller, reti? In my case, usually morning kita makan nasi siap-siap, lunch makan dekat luar (if dapat jumpa halal food, if not ada bekal) and dinner tapau siap-siap dari kedai halal tadi. Kalau tak jumpa tempat tapau dinner, sebab gagal nak locate through Google Maps, jangan risau, Pakcik Brahims sedia menanti dekat apartment. Korang yang travel bujang, jangan expect budak-budak boleh ikat perut lapar jalan merata, tidak ok? They get hungry like every 2 hours haha. So itu guna dia makanan yang bawak tu. Sekian. Above all, jimat masa dari kesesatan mencari kedai halal yang tak jumpa-jumpa or dah pindah hahaa (it happens dekat Shanghai hari tu hehe).

  • TRAIN
Train service dekat Shanghai senang faham and paling penting, dia color coded. Nak beli ticket pun ada option English so alhamdulillah selamat sejahtera.

Cuma masa first time beli tu macam bongok sikit hahah sebab tanya service counter pun alahai depa tak reti English ok, not even a simple English. Contoh kita nak pergi Disneyland, kena tukar train 3 kali, kita ni pun 3 kali la beli ticket. Naik train, turun train, beli ticket, naik lagi train, turun camtu ulang 3 kali hahaha. Sebenarnya tak payah. Beli je terus ticket ke destination kita, tukar train ikut platform yang betul, tak payah keluar gate pun, sebab ticket tu dah charge price ke destination kita nak pergi. Kanak-kanak FREE. Below 140cm, basically Adam Aiman free. Dia ada 3 day pass tapi kita orang tak guna tu, sebab travel dengan baby, so tak certain nak guna train all the time or guna taxi, so kita beli je ticket if rasa nak naik train.

The route you boleh check on Shanghai Metro website, key in saja from which station to which station. FROM tu boleh tanya dekat receptionist hotel/apartment you stay, your nearest metro station. TO pulak, boleh check dekat Google, tempat kita nak pergi apa nearest metro station dia.


Example: FROM our apartment Modena Fraser Putuo (depan apartment ni je Langao Station) to Disney Resort.

Key in je detail dekat website, dia bagi route option (train line berapa, color apa, station mana nak turun and tukar) and rate stated RMB6 tu maknanya sampai ke Disney Resort. Punya jauh journey, RM3.60 je ok one way? Crazy cheap. Kalau naik taxi roughly RMB120-150 dalam RM70-RM90, so beza gila price naik taxi and train.


TAPI. Naik train (just like any other train service dekat negara lain), ada masa kena guna tangga bila nak change platform. Cari lift tak jumpa, or terlalu jauh nak jalan semata nak guna lift, so kena la gigih fold-unfold stroller haha, penat la sikit di situ. And if time peak hour, train dia akan sangat penuh. Gila. Maksudnya, dah 4-5 kali train berenti depan muka pun, hang tetap tak dapat langkah masuk hahaa (kesian kita orang) and with stroller lagi, memang no way to step in.


What we did, the next train sampai, I masuk dengan Alana (itu je muat ok?) and Kown bawak stroller (folded) and Adam Aiman on the other train yang sampai. Sampai macam tu la, punya padat rakyat depa. Basically kalau peak hour memang susah nak board the train and tipis harapan nak duduk (lantok ler walau dengan baby) walaupun train dia macam panjang tak berpenghujung, tetaplah padat. Serious. Dua hari ja kita orang guna train, hahaha lepas tu Kown dah nak jadi raksaksa hijau, so kita guna mode transport lain hehe. Tapi nak cakap jugak, train fares dia amat murah, cuma kalau dengan stroller, mohon bertenang aja. :P 

Kown tak boleh, pada dia dah kerja penat dekat KL, apa hal datang holiday and trouble yourself with this public transport thing? Haha. Yang I pulak, masa ni la nak rasa and experience benda yang bukan rutin kita dekat KL.




  • TAXI
Kita guna sekali saja, susah sikit, sebab tak reti nak bagitau driver tempat mana kita nak pergi. Dia orang tak reti English, even nak bagitau nama hotel pun, dia tetap nak baca dalam tulisan dia, hahah dah camnanya. Lepas tu driver taxi ni dia suka hati je nak stop kan kau di mana-mana haha, tak semestinya dia akan stop exactly depan destinasi anda ye, so pandai-pandai lah hah.

The people pulak, perangai agak kasar ok. Jenis cakap kuat macam nak marah, lepas tu kita confuse dia ni marah ke nak cakap ke, nak gaduh ke apa? haha, tapi tak, memang depa jenis bercakap macam nak cari pasal ngan orang.

TIPS: Pergi dekat reception counter, mintak staff hotel tulis kan dekat kertas, tempat-tempat yang kita nak pergi in Chinese, nama hotel and address sekali, baru senang sikit. Simpan kertas elok-elok, jangan buang pulak. Nak selamat, bawak buku tiga-lima hehehe settle.

  • DIDI 
Ha comel kan nama? Bukan Didi & Friends ok. Ini macam Grab dia orang dekat sana. Selepas dua hari guna train and sebab taknak Kown tukar jadi raksaksa pada hari ketiga haha kita orang mula guna Didi sampai la balik. Sebab stay bukan exactly dalam city center (macam Bangsar to KLCC gitu), rate sehala usually around RM30-RM40 tengok traffic. Ok lah, average rate, tapi demi keamanan sejagat, kita guna je. Total guna Didi untuk travel dari city ke apartment (vice versa) around 300 yuan, dalam RM180. 


TAPI. Didi ni tak terima cash. Dekat Didi app tu kena pilih payment option, so ada debit/credit card, pilih itu. Provided you dah authorize your card untuk overseas transaction. Usually credit card tak perlu, debit card yes, sebelum travel, kena buat temporary authorization untuk overseas transaction (dekat atm or website).


Unless you have WeChat Pay. Dekat Shanghai, WeChat Pay ni antara medium pembayaran utama ok? Beggar pun minta duit guna app ok, kau mampu? Takde cash takpe, sila transfer duit seikhlas hati from app haha gitu sekali. Malaysia takde, WeChat adalah tempat yang mampu membuat otak jadi bongok sekejap. Tapi kan, dekat sana Whatsapp/IG/FB and tah apa lagi kena block, tapi tu nanti cerita lain ok.

So untuk kami, memang Didi lah sepanjang masa, lepas dua hari je survive guna train. Driver berhemah and kereta bersih, pleasant experience lah senang cerita.

TIPS: Before book Didi tu, you cari lah tempat yang senang driver nak locate and driver senang pickup, sebab tak semua tempat boleh suka suki nak berhenti hehe.


  • AIRPORT TRANSFER
Ok, since kita orang sampai sana past midnight, makanya naik Maglev dah tak boleh. So either naik taxi or Didi. Tapi tengah nak godek-godek app Didi tu first time, akan ada driver-driver yang approach kita. Pandai-pandailah nak straight away say no ke, or dengar dia nak offer apa and paling penting, survey dulu sebelum datang berapa reasonable-rate airport transfer, so kalau ada yang hentam harga mahal, dah boleh say no terus.

Untuk kami, 2 dewasa 2 kanak-kanak 1 baby, 3 suitcases, 2 backpacks, 1 strollers hahaha ok sila imagine, kita kena naik jenis premier car (mpv lah). Kereta even Mercedes tak muat nak sumbat semua haha. So rate dari Pudong Airport to Modena Fraser Putuo, at 1.30AM, was 450 yuan (RM270). Airport transfer on the way back pula, Didi pickup 8PM, 405 yuan (RM240). Both kereta macam Vellfire, ke memang Vellfire or Alphard entah lah tak skodeng pulak. Sampai terus masuk je haha. Ok, done lah part 1 on transportation dekat Shanghai. Ini paling orang ramai nak tau sebab kita orang tak guna package, pandai-pandai guna kuasa handphone untuk navigate ke sana sini hehe. Till the next entry, harap-harap tak lama sangat lah. :P


ShilaShower
2 Comments

2 comments:

  1. nice sharing.. for me kan. i wont question org nak travel mcm mana. macam you share org komeb harsh2 tu haih.. sabar jela. org mmg sukaaa hentam gitu.. mestilah ada reason why org nk bawak makanan bnyk2. ingt saja suka2 nk usung beg berat2. ada reason why angkut mcm2. so CT mmg xdela nk komen bab2 tu. because me myself rasa mcm nk angkut 1 almari kalo packing. walaupun da penuh akan rasa insecure baju x ckup. hahaha..

    ReplyDelete
  2. Masa saya gi Dec 2017 boleh je access fb.

    ReplyDelete