Baiklah, saya update sepatah dua kata



Maaf kerana tak sempat update belog. Kehidupan terlalu bizi. And it seems that mounting office workload is taking its toll on my health too. Flu and sore throat, tskkk, mahu tidur aja rasanya.

Busy dengan preparation beseday Adam Haris, jugak pening nak susun invitees list yang taktau nak kerat mana. Keluarga saja sudah berjumlah 50, konfem sampai mati tak boleh tolak tepi. Besfren sampai akhir hayat dah dekat 20, habes tu macam mana? Where to slot in kawan-kawan Adam Haris? Agagagaggaa...Jiran tetangga lagi. Pening. Pening *haaa baru besday, blom kawen lagi anak bujang nih*.

Disamping itu, sibuk juge memikirkan to-do-list percutian negara Hitler tidak lama lagi. Passport dah siap! Nasib baik. Terima kasih rakan blogger yang saya ketemu di Immigresen Sri Rampai, kalau tak kompem kita orang melangut tunggu time nak collect passport. =P Sakit otak jugak nak korek tabung ayam bila tengok forex rate. Tapi peluang datang sekali, kalau dah dapat pi, korek tabung ayam pun, koreklah. Peluang berjalan tengok dunia jangan sekali dilepaskan *Selamat tinggal henbeg idaman* Sobssss...Dan demi mu anak, Mama kenalah angkut mini rice cooker dengan baby food processor sekali. Owh beras jugak satu tupperware. Mix breed keturunan Negeri Jelapang Padi, kenalah makan nasik.

Hadiah giveaway pun saya tak pos lagi. Mahap. Tak tau celah mana masa saya nak pi pos ofis. Saya akan cuba sedaya upaya untuk pos yer.

Entri tertunggak makin tertunggak. Playhouse Disney Mickey Mouse Party, entri makan-makan, entri anak jantan panjat rocking chair, entri suami bawa pulang lanyard Coach di tengah malam dan macam-macam. Iskkk, banyak hutang entri nih.

Weekend sampai hujung bulan sudah penuh agendanya. Sekarang kena fikir lagi, bila nak slot in appointment Adam Haris dengan Dr.Foo yang cantik itu, juge appointment saya dengan Dr.Idora kesayanganku. Nak kena mintak surat doktor bawak ubat nih, maklumlah ubat berkoyan. Nanti free pulak kena tangkap ingat jual dadah ke apa. =P
ShilaShower
0 Comments

No comments:

Post a Comment

feedburnerfacebooktwitteremail