More on Aiman Haris


Aiman Haris will make that face everytime we snap a picture of him. Ala-ala posing for the camera macam tuh. Tunjuk aja camera kat Aiman, siap-siap dah dia buat muka macam tuh. Agaknya dia nak cuba senyum, tapi tak boleh adjust facial expression lagi kot. Hahahaha.

My Mr. Muscleman has started cruising along the furniture for few weeks already, and just like his Abang Adam, he didn't show much interest in crawling. Jaga lutut agaknya anak-anak I nih. Aiman suka perasan macam dia budak besaq, apa Abang buat mesti dia nak buat. Excuse me Adik, gigi sebatang pun takdak lagi tau?

Bab makan, sangat mudah. Lagi mudah sebab takdak allergy. Baby pasta sepinggan. Potato sebijik. Banana sebijik. Bubur seperiuk. And again, apa Abang makan, dia pun nak jugak termasuklah nuggets and french fries. Apadehal takde gigi pun. :P Tapi sorry, tak dapek la Mama nak bagi. Selagi tak cecah umur 2 tahun, jangan berangan nak makan benda-benda bergaram bergula nih. Herbs adalah ok. *Mak tiri tak aku?* Abang Adam tu eskrem dengan cekelat pun dia tak kenal lagi tau? 

Stamina dan tenaga fizikal usahlah dipertikaikan. Dijamin lebam muka kalau kena tendang dengan Aiman. Body frame dia satu macam punya solid and padu. Macam tumpat dan mampat gitu. Hehehe. And that kind of explains kenapa berat budak 9 bulan ini sama dengan berat Abang yang sudah 2 tahun. -___-" 

Spesis tak reti takut punya budak. Unlike Abang yang very cautious in his steps and actions. Panjat katil, jatuh. Nangis. Habis nangis, sambung balik panjat. Kalau Adam, confirm dia tobat insaf duduk diam-diam dah. 

Selalu buli Abang Adam jugak. Kesian Abang tau Adik? Abang hang tu dah la haluihhh besaq jari kelinking ja. Sekali Aiman tolak dah terbalik Abang Adam tuh. *Brothers are like that* Baju pun share dengan Abang. Mama is so very kedekut to buy one for you. Hahaha. Sebab sama size ja dengan Adam. So beli satu share dua orang. Hekhekhek. Prewalker shoes satu pun tak muat, so now have to pakai walking shoes tapak tebai tuh. T__T

Seorang yang sangat garang. Jangan cuba bikin Aiman marah, nanti dia amuk satu rumah susah. Tapi kememeh bila I'm out of his sight. Nak melekat jer kerja. Nak mandi pun tak senang. How leyyyy?? Ini anak tidur mesti mahu peluk-peluk. Kown cakap, ini yang dinamakan "tidur bawah ketiak mak". Ha, macam Aiman lah tuh. Strongly believe, kesan pemberian susu ibu. Hihihihi. Harus lah nak melekat je kan.

Aiman paling happy bila Adam layan dia. Eksaited habis. Rasa macam diterima masuk group budak besar lagaknya. Hehehe. Bagus, duduk dengan Abang Adam elok-elok. Esok-esok hampa besaq, pakat pakat la macam mana nak bela Mama ok? Nak bawak pi jalan ka, nak beli henbeg ka, nak beli rumah ka...Hehehehe...
ShilaShower
0 Comments

No comments:

Post a Comment

feedburnerfacebooktwitteremail