Mode pindah rumah


Ok belumlah pindah lagi, baru dok fill in the blank. Obviously the whole space memang kosong pun kan, so banyaklah kerja nak kena buat. Nak mencari barang rumah dah satu hal, nak mencari masa untuk pergi cari barang pun satu hal. Tak banyak survey yang kita orang buat. Mana agak-agak harga sesuai dengan budget, beli terus. Nak pusing merata satu KL and Selangor, mencari yang the lowest price in town memang tak ada masa. 



Ada satu kedai dekat Puchong tu lagi best. Biasalah, kalau pergi dengan Mat Kown kenalah tebalkan muka sebab dia punya tahap mintak harga tu memangggg, tah la tak reti nak explain. But basically dia cakap, bajet RM2200 nak aircond 1.5hp, water heater and hob. Siap hantar siap pasang. Lebih I takmau, nanti I pergi cari kedai lain. Hahahaha. But surprisingly lepas bercongak sana sini dengan tokey kedai tu, dia bagi jugak all three items, with delivery and installation at the budget stated. Mitsubishi aircond 1.5hp, Haier hob and Joven water heater with pump. Kedai tak ingat tah apa nama hehehe sebab by random je masuk situ :P Bajet asal kalau ikut survey harga Harvey Norman (hahaha sebab dah dok merayap The Curve je) dalam RM2600. Jimatlah RM400 di situ. 

Rumah cat sendiri. Nak feeling ber-kaler-kaler, tapi takdak bajet nak upah orang. Condo 1200sqft paling koman pun orang nak RM1500 untuk upah saja. Tak dapekkkk la kan, so beli cat buat sendiri. Sekian. Guna cat Dulux Easy Clean, dengan harapan kalau Aiman syonteng-syonteng dinding, kita orang boleh wipe. Tapi as for now, sebarang crayons and colored pencils adalah haram untuk dibawa masuk rumah baru. Even if ada, mungkin simpan dalam almari berkunci haha.


Sofa paling best. Mat Kown kata dia nak sebat yang office punya. Hahah. Belasahlah, janji ado. Tapi tu ala-ala posh semacam, mungkin kena beli yang Ikea Klippan 3-seater sofa tu, cosy sikit. Sekarang ni duk kerja ulang baca website ikeahackers. Cara mudah nak hack barang Ikea bagi rumah cantik. Duit pun selamat. Kalau nak buat built in tak built in yang designer segala bagai tu, memang taklah. Rak tv kalau ID tu paling cabuk pun dah RM1000-1500, kalau Ikea billy set tu, dapat nalaaaaa punya besaq siap rak buku kiri kanan. 

Biasalah, I kan diva nak barang cantik tapi murah hahaha *blow nails* Ini contohnya. 


Coffee table yang lawa-lawa semua mahal. Yang murah sikit, rupa paras pulak tak semengah. Kalau ada pun, macam common style. Wahhh nak yang uncommon je kan. Ha kauuu buat sendiri. ^_____^ Syukur Allah kurniakan tangan otak kreatif pada diri sendiri, walaupun bab siang ikan adalah gagal. Isokayyyy abang pasar malam juai ikan boleh siangkan siap-siap. 

Malam ni sambung cat lagi sikit. Esok nak basuh rumah. Lusa baru bleh pergi beli barang. Satgi beli awai-awai, orang datang hantar barang, rumah dok comot berdebu lagi. Haha. Tak hensem langsung. Tapi barang pun beli yang importants dulu, nak pelengkap semua in one go, wahhh parahhhh. Yang dok ada ni pun dah sedia parah. Tskkk..*kejap-kejap check account Nuffnang* hahahaha. And in between masih buat diaper cakes. Hahaha. Kelaskan Mak Jemahhhhh. 
View best. Merdeka dengan New Year lepas ni boleh layan free fire works from home. Takyah pi Bukit Bintang ke KLCC ke mana dah. Hehehe...

 Lampu ni taktau dia salah pricing ka apa, semua kedai lampu kami masuk, kalau pesen gini harga RM500 onwards, yang ni freaking cheap RM138 kot. Nampak terus beli. Takmau tanya dah hahahah takut dia salah tag harga. ^_____^

Merasmikan bilik air. Orang pertama mandi dekat rumah ni. :P


1 comments:








sabrina.h

said...

bestnya lah u,very the kreatif..jeles tau




Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs