Cuti Melbourne - Harbour Town & CBD

Day 5 in Melbourne. 


Decided to spend the whole day in Harbour Town and CBD. Bila fikir-fikir balik, tak pasti kenapa masa ni kita tak decide to give another try to Puffing Billy. Mungkin sebab hari ni pun hujan kot. Or maybe sebab semua orang dah tak sabar nak jejakkan kaki ke QV market haha.


So pagi-pagi lagi semua dah siap and bersemangat nak shopping dekat Queen Victoria market. Tapi kita tak beli apa-apa sangat, sebab the same souvenirs beli masa trips yang lepas, spesis yang sama jugaklah yang dijual masa ni. I don't need a repeat for that. Simpan duit untuk Harbour Town hehehe. Tapi for first timers, of course macam-macam nak borong dekat sini. Souvenirs untuk family and friends dekat Malaysia kan.






Dekat sini nak beli barang kena rajin pusing sikit. Tawar menawar tu tak pasti lah sebab tak berapa nampak pulak activity macam tu tapi kalau pandai cari boleh dapat quantity yang lebih. Contoh stall A mungkin jual 4 magnets for AUD10. Tapi mungkin ada satu kedai lagi yang jual 6 for AUD10. Ada yang boleh mix barang, ada yang tak boleh, so pandai-pandai pusing.

Lagi satu paling penting, QV market bukan bukak hari-hari pagi sampai petang. Dia ada specific opening time dia. So kena plan betul-betul supaya tak terlepas visiting time tu. Yang penting dia close on Monday and certain Public Holidays. So do check the website for visiting info.


Done with QV Market, kita pergi Harbour Town. Cita-cita nak shopping gitu. Unfortunately, takde la benda-benda yang best sangat. Patut pegi DFO South Wharf je rasa. Tapi ada jugak beli sikit-sikit barang budak-budak, benda-benda cute yang macam eh tak jumpa ni dekat Malaysiaaa. Pumpkin Patch pun tak banyak choice mungkin sebab Autumn season. Kalau beli pun, baju-baju tu nak pakai dekat Malaysia time bila pulak hehe.




Then kita lunch dekat Chilli Padi Kopitiam at Waterfront City. Dalam area Harbour Town jugak. Price wise ok lah, AUD10-12. Korang jangan la convertttt. Heheh. Tapi kalau nak detail lagi boleh check website dia sini. CHILLIPADI WATERFRONT CITY. Hah boleh congak siap-siap apa nak makan and berapa AUD nak bayar hehehe.



Actually masa ni hari hujan jugak. Hujan manja-manja. Lebat sangat tak, sikit sangat pun tak, makna kata kita orang redah je hujan. Hehe. Masa pergi QV market kita drive and park dekat sana. And then pergi Harbour Town kita drive lagi and park dekat open parking space depan Harbour Town. Done with Harbour Town, kita nak pergi sebelah State Library sana. Nak pergi masuk segala David Jones Myer segala hehe.



So we took the FREE tram from Harbour Town to La Trobe Street (stop at the corner of State Library Victoria). From there boleh la free and easy jalan-jalan ikut suka. Don't worry of getting sesat, the whole area macam square shape je. Habis kuat pun you akan sampai Flinders Street Railway Station, lepas tu pusing balik hehe. 

(click on the photo to enlarge)

Dah habis tawaf (also dah nak habis duit haha), we hopped onto the free tram again and back to Docklands again. Kereta dekat sana kan. Parking fee tak ingat dah berapa masa tu. Hehe. 
























0 comments:







Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs