Busy Yang Terlalu Busy


Maaf. Kurang update buat seketika. Saya terlalu busy despite of rasa bosan terhadap kerja ini. Bosan tetap bosan. Tapi kerja kena buat. Kenyataan hidup yang sungguh tak best. What to do kan? Nanti tak ada duit pulak nak bawak Adam pi monthly cucuk kat Pantai, kena pegi klinik gomen je kang, beratur dari pagi sampai petang. =P

Adam sudah 100 hari, itu maknanya tempoh berkurung berpantang saya sudah tamat. *Lompat lompat* Hahahah. Okeh sudah. Setakat minggu lepas, anak teruna saya adalah seberat 7.5kg, padanlah struggle abes mama dia masa bf. Berketinggian 67cm. Okeh, tinggi lah tu. Badan adalah mantap, berketak-ketak di sana-sini, body frame and muscle 100% seperti Ayah. Tutup mata pun tau anak sapa neh. Hahahahhaha. Hobi baru, menjerit. Tak kisah lah, asalkan Adam happy yer sayang.

Lagi apa ya?

Owh, terima kasih banyak-banyak kepada one of my reader, kerana beliau sungguh bermurah hati meng-pos-kan kurma nabi and kurma merah (betulke nama dia neh) kepada saya, dengan harapan untuk meng-boost-kan milk supply. See? Baguskan blogging ini? ;) Hari tu ada reader belikan pil ASI, sekarang kurma pula. =) Saya doakan kamu semua murah rezeki selalu and dirahmati Allah sepanjang masa. Dan banyak production juge. =P

Para girlfriends, sile bertenang, nanti saya upload gambar. Gambar berfoye-foye di Marche-Redbox-Royal Bintang (anak duduk dengan maktok, kuikuikui) dan gambar bergerdix di kenduri Zana. Kepada rakan2 setaman: "Update wehhh status tu. Jangan tak update. Remarks taruk yang perasan2 sikit. Hahahahaha".

Baju raya dah beli, dah hantar tailor juge. Beli dekat Jakels, cotton embroidery tu, RM65 sepasang saja okeh, kaler sangat rona-roni. Meriah! Sesuai dengan tema hari raya. Untuk pertama kali nya kami akan sedondon. Eyh, tak sedondon sangat lah, hanya warna sewarna. Sebab kain baju melayu Adam tak sama dengan Ayah, tapi kaler about the same. ;) *Balekkk Penang wohhh!!* Hahaha, tau, suami ai pasti emo. =P Ikut turn naaaaa~~ >:)

Udah lah, cukup2 je apdet nih. Nak gi sambung kerja. Busy neh sampai next week. Eyh tapi kan, this weekend nak pegi short holidays. Ikut suami bekerja kononnya. Sebab my parents won't be around too, sebab mereka pegi sambut anniversary dekat Sabah. Abes takkan nak tinggal dua orang dengan Adam kat umah kan? So, kita ikut Ayah okeh. :) *Fly baby, fly..* Terbayang-bayang nak gi minum kopi dekat The Loaf, Telaga Harbour Park. Hihihihi.

*Gambar aktiviti tak banyak, ofis ni block photobucket. apa kes tah. upload pakai blogger tak cantik pulak. =P

: : Kaki yang mantap. Rasa nak geget saja : :


: : Anak Mat Kown, hihihi : :


ShilaShower
0 Comments

No comments:

Post a Comment

feedburnerfacebooktwitteremail