Dam dam dum bunyi mercun!

Tak sabar tunggu raya yang bakal tiba beberapa hari lagi. Boleh kira dengan jari tangan saja, tak perlu jari kaki lagi..Hihihihih. Tahun ni lebih gembira sebab pertama kali beraya dengan anak, tahun lepas pertama kali beraya dengan suami kan. Tahun ni jugak lebih eksaited sebab turn saya balik sini. *Menangis lah Mat Kown tak dapat berpagi raya di Titi Gajah Kingdom* Hahahaha.

: : Ada sapa-sapa raya sini tahun ini? : :

: : Ini rumah Tok saya : :


Tahun lepas kan dah balik Alor-Setar-87-kilometer-lagi. Hihihihi.


Tak sabar nak bergambar gaya tak sedar diri, sampai penuh memori stik 16GB itu. Almaklumlah, zaman yang serba serbi nya digital. Kalau nak harapkan kamera Kodak 36 keping zaman dulu, memang kena ketuk lah kalau bila amik gambar tak jadi. Emosi diri sebab satu snap dah rugi, hihihi...Tahun geng kazen Cik Bedah cukup korum, boleh la kot kita pi buang tebiat kat tengah bendang lagi kan? =P













Menu raya tahun ni? Kalau Ketua Chef balik, dapatlah kami merasa hidangan raya luar biasa sikit. Sebab kalau Chef-Chef lain yang tak berapa Chef, malam raya dok sebok pi melilau kat pekan lagi, cari barang lelong malam raya. *Dah terbayang nasi pilaf di pagi raya neh*




Baju raya harap-harap sempat lah siap, kalau tidak, pegi beli yang lelong dekat Kompleks Kailan la jawabnya. Ayah Adam takmau beli baju raya, malas katanya. Nak pakai baju baju kawen sebab elok lagi dok cantik. *Jangan buat perangai "Pahhhh-butang-baju-melayu-aku-mana-Pahhhhh" sudah lah yer.* =P

Baju raya Adam? Tak usah cerita. Sekupang Mama Ayah tak keluaq duit. Baju melayu sampai 3! Satu Tok Wan beli, satu Tok Cik Rahim beli, satu Makcik Eli sebelah rumah bagi. *Sampai neighbour sebelah pon sponsor baju melayu Adam. Murah rezeki kamu Sayang...* Baju-baju jalan, lebih dari cukup Adam dah ada. Baju-baju MC pun banyak lagi yang belum guna, termasuk yang Maksu Ida and Auntie Dillot bagi. Kasut raya? Baby shoes M&S Auntie Lin sponsor. ;)

Hurm, mungkin Mama & Ayah boleh belikan kopiah baby lah kot untuk Adam. =P

Cuti raya? Hari rabu malam kami dah balik kampung. Eksaited woh!


0 comments:







Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs