Dear Adam,
Hari ni, lepas Mama baca entry Auntie Farah & Auntie Rini, Mama tergerak hati untuk menulis nota ringkas buat Adam. Peringatan pada Adam (juga pada Mama dan Ayah) tentang apa erti syukur.
Semalam Ayah berbuka puasa di rumah anak-anak yatim dekat Bukit Beruntung, yang pada Mama rumah itu lebih kepada tempat berlindung tapi bukan untuk bersenang-lenang. Rumah yang penuh dengan anak-anak kecil yang hampir separuh tidak pernah mengenali dan merasai kasih sayang ibu dan ayah...
Rumah kecil serba kekurangan tapi cukup untuk mereka berlindung dari hujan dan panas. Tiada tilam empuk buat badan berehat, hanya permaidani usang yang sedih rupanya...Tiada permainan buat bahan hiburan, hanya rakan-rakan senasib buat hati gembira...Tiada makanan sedap untuk dimewahkan, hanya mi segera buat santapan sahur...
Ada yang terbuang, ibu ayah entah di mana...ada yang yatim piatu, ibu ayah telah kembali pada-NYA. Begitu sayu Ayah berkata, bila melihatkan anak-anak kecil ini gembira menerima tetamu, menerima goodie bag. Walaupun isi nya cuma jeli sumi dan makanan ringan yang lain. Begitu hiba hati merasa, bila melihat mereka mengutip sisa-sisa makanan untuk disimpan buat lauk bersahur...Begitu belas pada mereka, bila mengenangkan hari raya disambut tanpa keluarga...
Adam Sayang,
Andai satu hari nanti Adam marahkan Tuhan kerana doa Adam tak dimakbulkan, ataupun marahkan Mama dan Ayah kerana hajat Adam tak diturutkan, ingat lah Sayang, syukur dengan setiap apa yang kita ada. Allah tak memberi rezeki yang sempurna pada hamba-NYA tapi setiap satu yang diberi itu adalah nikmat, adalah rezeki...
Ingatlah Sayang,
Allah kurniakan Adam rezeki wang ringgit, walaupun hanya lima bulan, akaun Adam sudah besar nilainya...Allah kurniakan nikmat pakaian untuk Adam, yang baik, yang cantik, yang selesa sehingga ada yang belum sempat digunakan...Allah berikan nikmat kesihatan untuk Adam, cukup sifat, sihat tubuh badan...Allah kurniakan Adam rezeki makanan terbaik yang penuh khasiat untuk tumbesaran...Allah kurniakan rezeki tempat tinggal dan tidur buat Adam, tilam yang empuk, selimut lembut dan aircond yang sejuk...
Allah kurniakan rezeki buat Mama dan Ayah untuk berikan yang terbaik buat Adam...Tanpa rezeki Allah, mana mungkin Mama dan Ayah mengambil pelan kesihatan terbaik untuk Adam. Keseluruhan Pneumococcal jab dan Rotavirus sahaja sudah ribuan nilainya. Rezeki yang Allah beri untuk kami berikan yang terbaik buat Adam, makanan, pakaian, mainan, ubatan, pendidikan dan lain-lain...
Tahukah Adam, anak sebaya Adam di rumah itu hanya minum susu sejat, susu pekat dari tin? Tidak pernah mereka merasa Lactogen, apatah lagi Enfalac dan Isomil.
Dan yang paling penting, dalam apa jua keadaan sekalipun, ingatlah Sayang, satu-satu kurniaan berharga dari Allah buat Adam adalah kasih sayang. Satu nikmat dan rezeki yang tidak boleh dijual beli. Ramai yang kasihkan Adam, sayangkan Adam...Sedangkan ramai lagi diluar sana yang mengharap belai manja, kasih mesra ibu dan ayah...Adam pula, tidak pernah kurang daripada ciuman, pelukan, belaian kasih sayang, walau hanya satu hari, walau cuma satu saat.
Mama juga akan lebih beringat, lebih bersederhana, lebih bersabar kerana dalam setiap perkara yang kita kecewa, yang kita sedih, yang kita kesalkan, masih ramai di luar sana yang tidak bernasib baik dan menderita...
Syukur dengan setiap satu yang kita ada dan ingat juga, bahawa setiap nafas yang kita ada juga rezeki daripada-NYA.
Loves,
Mama
(Nampaknya nota tidak lah berapa ringkas) =P

No comments:
Post a Comment