Perghh, kalau susu rimau jual kat Jusco, lama dah haku beli..


Hahahahha.

Siyes, nak test kasi tengok, jadi garang macam rimau tak kalau minum susu rimau? Takde la penakut kalau kena tinggal sorang. Kuikuikuikui

Susu rimau, isu panas masa kini di forum bf.

Kalau orang-orang macam ni terus berfikiran sedemikian, makin ramai lah "anak lembu" atau "anak kambing" dalam dunia ni. Nasib baik susu harimau tak ada jual kat supermarket.

Tskk, sedih hati I membaca. *Sobsobsob*

Taching pulek. Sudahlah kamu Shila, jangan nak mengada lebey-lebey.

Well, I know there is freedom of speech in Malaysia but please, put some thought into your words before saying it loud to public. Some issues are perceived as too sensitive to be discussed but there's always a way to say thing nicely kan?

Alhamdulillah, rezeki kamu Allah berikan peluang untuk susukan anak tapi
tidak baik lah smash orang lain yang kamu sendiri tidak tahu hujung pangkalnya. Mungkin kamu berniat baik mahu menegur and unfortunately your words terlalu harsh pada kebanyakan orang. Dan janganlah disalah ibu kandung/ibu mertua/ipar duai andai mereka tidak menyokong untuk bf. I mean, just keep the private thing to yourself kan. How on earth that you could ever think to blame 'ibu kandung' for not supporting this whole bf thingy? Mungkin pengetahuan mereka tidak sebanyak yang kita ada sekarang. Syukurlah dengan nikmat ilmu ini. Mungkin ibu kamu fully bf kamu masa kecil dulu sampai 2 tahun, lalu kamu tidak pernah merasa formula milk? Rezeki kamu. Tapi bukan rezeki bagi kebanyakan kami yang lain....

Or in my case,

I did all. Everything. Muka tebal mengadap lactation counsel tak payah cerita ok. Mungkin sister tu pun menyampah tengok muka I yang bagaikan product gagal. Hahahahaha. Picit-picit di situ sakitnya Allah saja yang tahu. Kata sister, "for better flowing" Muka tak malu minta bantuan dari bloggers juga usah di kira. Daripada minta tolong beli Pil Asi kepadalah minta kurma nabi secara percuma daripada seseorang yang saya sendiri tidak pernah kenal. Semoga Allah rahmati hidup kamu sekeluarga. ;) Setakat pil dokter tak heran dah. Fenugreek? Lobak putih? Longan? Apa lagi? Hentam semua. Pump? I spent hundreds for my Avent ISIS Uno electric pump. Reading? More than I could ever read. Melambak.

Tapi akhirnya saya percaya semua itu dari Allah. Itu dinamakan rezeki, dinamakan nikmat. I had an amazing pregnancy journey with no throwing up, smooth delivery process and in fact, Adam Haris is one easy baby for me. Mungkin rezeki untuk fully bf bukan milik saya sekarang, mungkin nanti? Tiada sapa yang tahu.

So,

Speaking of which Adam Haris is drinking Isomil now. Lalu, should I call him baby pokok soya? Dah kata minum susu lembu jadi anak lembu, minum susu kambing jadi anak kambing, minum soya? Baby kacang soya lah kot? =P Kan Erni? Agagagaggagaga. Ok apa, baby soya gebu siap putih gebu lagi *mak pak dia tak putih pun, heran sungguh. Celah bedah mana dia jadi putih. Minum soya la tu kot*. Kuang kuang kuang
ShilaShower
0 Comments

No comments:

Post a Comment

feedburnerfacebooktwitteremail