Aktiviti wajib ShilaShower setiap pagi


Semua orang pasti ada aktiviti wajib setiap hari setiap pagi.

Celik-celik mata saja, mesti ada satu perkara yang wajib buat, regardless belum mandi, belum gosok gigi, belum buat apa-apa pun.

*Bersyukur pada Allah umur masih panjang dan morning kisses to your love ones adalah tidak dikira*

Ada orang mesti nak baca paper dulu tengok apa dah jadi pada dunia hari ini. Ada yang mesti nak belek muka depan cermin tengok kot ada zit(s) menjelma. Ada orang mesti nak check email kot boifren/gofren kawan lama muncul membawa cerita, kot ada khabar indah tentang SALE situ sana sinun. Ada yang menuju ke kamar kecil untuk buang segala sisa kumbahan dulu *yer ini bagus untuk kesihatan* Senang kata, lain orang lain aktiviti wajibnya kan.

Saya pula, MESTI buat ini. MESTI.

.
.
.
.
.
.


Kira duit Nuffnang. Bahahahaha. Kalau tak sempat buka laptop di rumah, sampai office mesti buat ini dulu. Kalkulator wajib dah kat tepi tu. Nak congak tambah tolak darab bahagi bila bajet Bali nak cukup nih. Hihihihi. Boleh jem kepala kalau hari tak dimulakan dengan mengira pendapatan Nuffnang. *Dasar mata duitan* But who doesn't?? Hahaha.

Bulan ni ingat nak cash out, tapi simpanlah lagi. Target cash sama dengan payout date advertorials, tapi lambat lagi nunnn di bulan Februari. Dapat check bulan April, bulan Lima kita pegi joli!

*Eyh, MAS Travel Fair bulan berapa?* Nanti tak sempat nak cukup duit beli tiket. Tskkk...Nak mengharap bonus syarikat, tidak tahu lagi tenggelam timbulnya. *Saya bukan pekerja bagus* Silap haribulan, tenggelam terus tak timbul-timbul. Hukhukhukhuk.

Tapi Kown selalu cakap, "Kumpui apa banyak-banyak?? Buat satgi depa close down, tak sempat cash, putih mata" Errr, saya doa-doa harap Nuffnang terus maju jaya, dapatlah kami menempek sekupang dua. Hihihihi.

Dah bosan. Malas nak type. Office hari ni adalah mandom sebab semua orang dah cuti. Sekian.

Bye!

ShilaShower
0 Comments

No comments:

Post a Comment

feedburnerfacebooktwitteremail