Ini lah dia, tulis artikel sambil lewa...


Bukan hanya tampal gigi


DR. FAUZIAH jatuh cinta dengan dunia pergigian sejak awal diperkenalkan kepada bidang tersebut.


DATUK Dr. Sharifah Fauziah Alhabshi, 57, menjadi doktor gigi secara kebetulan. Semasa masih dibangku sekolah, kerjaya itu bukanlah pilihan beliau.

Namun, segalanya berubah selepas beliau ditawarkan ke Universiti Malaya (UM) pada tahun 1972 berikutan kecemerlangan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Pada masa itu dalam fikiran saya cuma ada tiga pilihan iaitu sama ada memilih bidang farmasi, pergigian ataupun diatetik.

“Akhirnya apabila UM memperkenalkan Fakulti Pergigian untuk julung-julung kalinya ketika saya mendapat tawaran ke universiti itu, saya terus pandang ke depan.

“Bila sudah masuk sesi amali, saya seronok pula. Rakan-rakan saya juga sentiasa membantu dalam pembelajaran,” imbas beliau yang kemudian melanjutkan pelajaran di Institut Pakar Bedah Gigi di London.

Selepas itu, Fauziah bertugas dari sebuah hospital ke sebuah hospital yang lain di negara ini.

Pada tahun 1992, beliau diterima sebagai pakar di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Setelah berkhidmat dengan pelbagai hospital kerajaan, saya akhirnya ditugaskan semula ke HKL dan menjawat jawatan tertinggi dalam unit pembedahan gigi iaitu sebagai pakar bedah mulut maksilofasial.

Kata Fauziah, ramai orang berpendapat kerjaya doktor gigi hanya menampal dan merawat gigi.

“Pendapat itu sememangnya kurang tepat. Kerjaya kami adalah lebih daripada itu. Bayangkan ada orang yang sanggup berbelanja besar untuk membuat rawatan pembedahan bagi membetulkan keadaan gigi yang tidak sempurna,” tutur beliau.

25 tahun

Kepakaran beliau selama 25 tahun dalam bidang itu sekarang dimanfaatkan di tiga buah klinik beliau iaitu Mont Kiara Dental Specialist Clinic yang kini beroperasi di KLCC dan Mont Kiara serta juga Global Doctors Hospital juga di Mont Kiara.

Bercerita mengenai cabaran beliau dalam menangani pesakit, menurut Fauziah, sebagai seorang pakar pergigian, bukan masalah gigi pesakit sahaja yang perlu dititikberatkan. Malah, semua aspek termasuk psikologi pesakit tersebut.

“Dalam merawat pesakit gigi, setiap masalah mereka kita kena ambil tahu. Selain bijak berinteraksi, kita juga perlu faham tentang ketakutan dan kesakitan yang mereka alami.

“Dalam bidang ini, saya juga perlu bergantung dengan banyak doktor gigi lain. Jadi apa sahaja masalah atau beban akan menjadi ringan kerana mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak.

“Apa pun, pesakit mesti diletakkan di tempat pertama. Itu prinsip saya,” tegas nenek kepada tiga orang cucu itu. (wahh? 3 cucu? Sapa lagi sorang anak menakan saya nih? Tskkk, tatawu pulak. Fahim and Sabrina ada anak angkat kat Aussie kot?) Kuikuikui

Bagi Fauziah, menggalas tanggungjawab sebagai seorang doktor gigi adalah sangat menarik dan mencabar.


DALAM memberikan perkhidmatan terbaik, tekanan dan masalah pesakit perlu difahami bagi memudahkan kerja.


“Setiap kes adalah berbeza. Macam-macam pesakit saya sudah jumpa. Cuma yang penting, kita perlu menjadi seorang yang berpengetahuan luas dan dapat membiasakan diri dengan pelbagai keadaan tersebut.

“Bijak menangani tekanan dengan mengenal pasti puncanya juga sangat mustahak semasa memberi rawatan. Pesakit perlu dilayan seperti kita berada di tempat mereka,” tuturnya memberi nasihat.

Beliau yang juga perunding kanan bagi pembedahan mulut maksilofasial di Kementerian Kesihatan, turut berhasrat untuk membuka sebuah pusat yang akan menghimpunkan pakar-pakar pergigian bagi memudahkan pesakit mendapatkan rawatan.

Aktiviti luar

Di luar klinik giginya, Fauziah menggemari aktiviti luar seperti mendaki gunung, mengembara dan berakit.

“Saya seorang yang sukakan cabaran. Saya tak suka terlibat dengan benda yang sama berulang kali. Namun, saya ialah wanita yang fleksibel dan gemar mencuba perkara baru dalam hidup,” akhirinya.

Sementara, bagi setiausaha Fauziah yang hanya mahu dikenali sebagai Adelyn, 25, Fauziah merupakan seorang yang sangat berdedikasi dan profesional dalam menguruskan kerjaya sehariannya.

“Beliau seorang yang sangat komited dan akan melakukan yang terbaik dalam kerja. Malah pesakit juga sangat menyukai beliau sehingga ada yang sanggup membuat temu janji dua minggu sebelum rawatan bagi mendapat sentuhan peribadi daripada beliau.

“Budak-budak yang datang juga sentiasa gembira apabila mendapat layanan mesra daripada Dr. Fauziah.

“Selain orang tempatan, klinik Dr. Fauziah turut didatangi ramai pesakit yang berasal dari luar negara namun menetap di sini,” ujar Adelyn yang bertugas di Global Doctors Hospital di Mont Kiara.

Datuk Dr. Sharifah Fauziah Alhabshi

Umur: 57

Suami: Datuk Abdul Latif Abdullah (52) (Cik Jah, how come your big brother younger than you? Awet muda melampau betui ni kan? Hihihihi)

Anak: Nadiah Hanim, Muhammad Fahim, Sabrina Hanim dan Sharifah Iman Raesa.(Iman anak nombot 4 ka? Dah sapa pulak cucunya? Isk isk isk...)

Klinik: Mont Kiara Dental Specialist Clinic di KLCC dan Mont Kiara, serta Pusat Pakar Perubatan Global Doctors di Mont Kiara (Bahagian pakar bedah mulut maksilofasial).



.
.
.
.

Wartawan, apa kah merepek personal facts yang kamu laporkan ini? Saya percaya, cerita gossip artis mahupun cerita politik ke apa kat paper kamu, mesti fakta tunggang langgang jugak? Or kamu sekadar buat kerja asalkan siap?

P/S: Suraya mesti tengah gelak sorang-sorang nih. =P
ShilaShower
0 Comments

No comments:

Post a Comment

feedburnerfacebooktwitteremail