5 minit sahaja untuk saya menulis


Assalamualaikum ladies and gentlemen,

Minta ampun lah belog ini tidak ber-update untuk beberapa hari. My new daily routine doesn't allow me a single minute for blogging, apa tah lagi untuk blogwalking. *Sighhh* Kalau ada pun masa terluang, masa itu jugalah saya guna untuk tidur. Selebihnya untuk breastfeeding and pumping *kata every 3 hourly kan* Huhuhuhu...

Life has been challenging for the past one week. Not on handling the boys but on managing the pains. PAINS. Labor pain, uterus contractions pain, engorgement pain and sore nipples pain, but alhamdulillah, everything is OK now. *Trauma sikit kali ini* Baby no.3 lama lagi lah nampaknya, boleh jadi lagi 4 tahun. Huhuhuhu.

Baby is doing good, Abang Adam seems tak heran langsung dengan Adik dia. Maybe too young to understand but he did showed this "sapa makhluk kecik atas katil aku nih??" when he first saw his baby brother sleeping in his cot. And it didn't take too long for him to be able to tell that he is "Abang" while the baby is "Adik". ;)

And I'm catching up fast on breastfeeding this time. Sudah macam zombie kerana tidur sekejap-sekejap saja, kata every 3 hourly kena feed the baby kan. After feeding, pam pulak, sebab gigih nak stimulate susu. Maka dengan itu, my first frozen stock adalah berjumlah 1oz. Muahahahaha. 1oz pun simpan hokeyyy, sebagai mensyukuri rejeki yang ada. Berpegang pada pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tapi 1oz tu pun dapat lepas dah sejam direct feed baby, kira belance lah. Betul-betul pam untuk stock belum lagi, because on that 3 hourly, I prefer to direct feed, then baru pumping.

Baby suka feed 20-30 minutes on each breast, so total dah dekat sejam! Agaklah lama kan. Tapi lepas tu, dia settle tidur untuk 3 jam. Then bangun balik minum. Takpe lah, asalkan big business berjalan lancar and wee-wee seperti yang sepatutnya, settle to sleep, I considered that he is getting enough. Next week check up, tengok berat naik balik ker tak.

Owh, sudah lebih 5 minit. Saya mahu pergi tidur sebelum baby terjaga nanti. Nanti betul-betul ada masa, saya update lagi.

Selamat berpuasa.

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-53.

Regards,
ShilaShower
ShilaShower
0 Comments

No comments:

Post a Comment

feedburnerfacebooktwitteremail