Orang kata, tengok lah baby yang comel...

...supaya nanti anak yang keluar comel. Biasa sangat kalau perempuan mengandung letak wallpaper desktop muka anak omputih.

Tapi, kalau tanya makcik-makcik, kakak-kakak dekat Menara TM ni, majoriti mesti cakap,

"Ko tengok muka Dato' Bazlan tu banyak-banyak sikit. Nanti anak ko hensem macam dia, bijak pun macam dia"

Agagagaggagaga.

Dato' CFO itu sangat tinggi dan taf dan hensem dan bijak ofkos. Fomfan di sini adore betul dengan dia, kalau mood tengah mandom pun boleh jadi semangat. Muahahahhahaha. Oklah, saya akan cuba untuk tengok muka Dato selalu, supaya anak no.2 saya bijak dan hensem macam Dato. Tehehehehehhee. Masa Adam dulu sempat tengok short distance sekali aje. Hihihihi.

Tapi kena tengok genetik mak bapak jugak, kuikuikui.

Tinggi, ada sangat.

Bijak? Bulih la labu. Muahahahhaha.

Hensem? Tidak, tapi manisnya ada.


0 comments:







Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs