Membuka Taska


Ini antara topik perbualan menarik minggu ini. We were talking about opening a childcare centre, yang boleh cater baby 1 year - 6 years old. Tapi definition taska by Jabatan Kebajikan Masyarakat is for kids under 4 years old only. Hmm, camno tuh. *Kena fikir lebih sikit nih*

I told them (parti-parti yang berminat), kalau nak buka taska, buatlah bagi berlesen. Biar sah di sisi undang-undang. Buat apa nak operate bisnes tapi hati tak tenang, memikir takut JKM datang serbu kan? Lepas tu, paling penting, kalau contoh ratio satu penjaga ialah 3 kanak-kanak, then let it be that way. Jangan memandai nak tambah, mencari risiko sendiri. Kan? Kalau nak ambil ramai budak, ambil lah juga ramai pekerja. Pekerja pulak, hantar pergi Kursus Asas Jagaan Kanak-Kanak as required by JKM. Mesti tu, mesti!

Pekerja asing tak payah amik. Memang JKM tak bagi pun kan. Owner pulak WAJIB lah berada di taska sepanjang waktu operasi. Kalau tak pekerja goyang kaki, bagi baby minum letak bantal kat badan. Hampeh. Lepas tu, walaupun namanya Taska aja, sediakan lah permainan yang basic, kalau tak mahu mati kutu budak-budak tu dalam compound rumah yang tak besar mana. Tempat mandi pun biarlah proper, with warm water semua. Kalau tak, kejung budak-budak tu kena simbah air sejuk je. 

Alang-alang nak bisnes, biar pelanggan puas hati. Tahu? Eyh, macam-macam lagi lah idea dalam kepala ShilaShower nih termasuk one selling point untuk Taska, yang pastu confirm orang berduyun tiba. Muahahahha. Tapi takleh bagitau, nanti orang tiru. :P Muahahaha. *Eyh, kamu nak buka Taska ke ShilaShower?*

Tapi kalau I bukak Taska, I'll make sure ada role play items macam dapur, working bench untuk boys, mini clinic and such. Dekat luar mesti ada mainan Little Tikes (second hand pun takpe, budak-budak tau nak main je). Tido mesti atas tilam selesa, tak payah katil tapi takmau lah toto yang lunyai tuh. Botol mesti basuh pakai bottle cleanser, takmau sabun cuci pinggan ah! Baju handwash (nanti amik tukang basuh baju je, hahaha. Of course extra charge lah). Hehehehehe. Oih, cerewet ok I nih. Tapi mestilah, macam mana I nak yang terbaik untuk Adam and Aiman, macam tu jugaklah parents lain nak untuk anak masing-masingkan? Yer dak?

And when we were talking about this, my husband cakap, "Hah, bagus. Abah boleh jadi Pengetua, sebab Abah memang tip top jaga baby dua orang kat rumah tuh. Tok Cik Jaja boleh jadi Penolong Pengetua, Maksu Yaya boleh jadi Penolong-Penolong-Pengetua. Muahahahah"

I was like?? Ada duit ker nak bayar gaji graduate Deakin Australia tuh? :P

Quality wise memang selamatlah anak-anak di taska itu. Kebersihan terjamin, lantai berkilat, tangan basuh sokmo, baju handwash, makanan healthy no sugar no salt no junk foods. Tapi berapa ribu nak bayar Bang oiihhh?? Pampers kompem tak tunggu sampai berat, bontot baby licin lembut daripada pipi. Hihihihihi. 

# Lin, bukak Taska tu, good business. Biar susah prosedur nya tapi selamat :)
ShilaShower
0 Comments

No comments:

Post a Comment

feedburnerfacebooktwitteremail