Rahsia Bulan Kelahiran


Sekarang tengah lunch tapi minda seakan kebosanan lalu pergi melayari Fesbuk.

Lepas tu nampak application Rahsia Tarikh Lahir dekat profile page siapa entah, lepas tu terasa nak tengok apa katanya tentang diri ini.

Lepas tu rasa macam "apasal banyak betul sangat niii??" Ini dukun digital ke hapa?? =_=' Ok nope, sebab this man memang dah banyak buat kajian katanya, so redha dengan kebenaran yang tertulis di screen desktop.

Mari lihat ulasan dari ShilaShower,

  • Sangat aktif dan dinamik - Aktif is VERY subjective you know. ShilaShower seorang yang aktif berblogging, berdiaper cake bagai, tapi KURANG aktif bergiat cergas dalam office and very reserve, you know?. +_+

  • Cepat bertindak buat keputusan tapi cepat menyesal - See? I told you in my Connected Tot post. Kurang brain cell connection, kalau buat keputusan pun semuanya standard-standard nak ke lombong je.

  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri - *Cross eyes* Suatu ketika dulu mungkinlah, tapi realitinya sekarang, kurang sudah. Dengan berat yang memang patut dah pergi jogging hari-hari, lagilah tidak ada mood nak bergaya. Which reminds me that I have another 8 kilos to shed off. >-<~

  • Punya daya mental yang sangat kuat - *batting eyelashes* Bolehkan kelulusan MICPA Module D dijadikan bahan ukuran? :P Tapi mungkin juga itu nasib dan tuah sahaja. Hihihi...

  • Suka diberi perhatian - Kalau jawab tidak, macam in denial pulak. Sekarang saya tahu mana Adam Haris dapat perangai ini. :P

  • Sangat diplomatik (pandai memujuk) - Dengan Adam Haris memang diplomatik habis, ibu mithali lah kononnya. Dengan orang lain? Belum tentu lagi.

  • Berkawan dan menyelesaikan masalah orang - Berkawan? Owh I'm a friendly person. Betul tak Anita? *tibe-tibe je* Hehehehe...Tapi menyelesaikan masalah orang? *Read above* Keputusan tahap lombong okeh, nak selesaikan masalah pulak??

  • Sangat berani dan tiada perasaan takut - Oi, I have driving phobia and that explains why I've been driving me kelisa comel ONLY. Not any other cars in my life. Tak tipu ok. Berani is fine, tapi sangat berani macam exaggerate lah pulak.
  • Suke perkara yang mencabar - Owh! Owh! I guess ini jawapan tepat untuk boss saya kenapa saya survive di bawah pemerintahan bos kuku besi tapi perform macam hampeh di bawah bos yang baik hati. Ok taklah, sebenarnya survive tu sebab takut diri kena humban keluar bangunan Annex, so sila buat kerja baik-baik. :P

  • Pengasih dan penyayang - How I wish that Adam and Aiman can help to answer this on behalf of me. Hihihihi

  • Sopan santun - *Bersiap nak terjun keluar tingkat 11 Menara TM*

  • Pemurah - Order your diaper cake now and you'll know I pemurah ke tak. Muahahahah!

  • Emosi cepat terusik - *Ehem* Tekak gatal pulak.

  • Cuba kawal perasaan - Like u said, CUBA. Tapi banyak kali juga ShilaShower bertukar menjadi mak raksaksa hijau kan. Lagi-lagi bila masa Adam mencungkil Chanel Mat Lumiere saya dan taburkan macam snow turun dari langit. Seperti masa Adam tuang milo bagai menyiram pokok bunga di rak buku saya. So how? Kawal perasaankah?? +_+"

  • Kecenderungan sifat pendendam - Ini saya tidak setujulah. I am not. In fact, saya tidak suka berada di dalam bad terms and condition dengan sesiapa pun. :)

  • Agresif dan kelam kabut membuat keputusan - As explained above.

  • Kuat daya ingatan - Also as explain above.

  • Gerak hati sangat kuat - Betul. Tapi tu lah, kadang-kadang gerak hati ni macam haremmm jugak.

  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain - Sumpah lah kakak manager I gelakkan I kalau baca nih. Mendorong ke mananya wehhh? Ke shopping complex bolehlah.

  • Sangat cemburu - Ah, yang ini saya bangkang. Saya rasa saya open minded, asalkan jangan main secret-secret sudahlah. Omputih kata be clear and transparent. Tapi kalau be clear kasi wa surat sign nikah lagi satu, itu namanya mengundang bencana alam. Tak gitu Bang?? :P


Jadi, sekian ulasan saya. I would say, 90% adalah benar.

P/S: My boss said I'm a tricky person, very hard to tackle. Is that so? And I always flash this 'muka takde stress' punya in office. Abes tu boss, nanti saya stress-stress, habis merundum kilang susu Dutch Lady saya. :P Tapi tentulah haku tak jawab macam tu kat boskan. Berani kau nak derhaka macam tu dekat General Manager?? :P
ShilaShower
0 Comments

No comments:

Post a Comment

feedburnerfacebooktwitteremail