Wadehel! Boleh belah sekarang!

Minggu ni adalah minggu I maki orang agaknya. *saya bukan garang orangnya. betul. tak tipu*

Tapi kalau mai hat jenis macam ni, memang rasa nak buh penampaq suh pi main jauh-jauh. Jangan dok mai dah.

Few days back pasai orang buat duit online kat Fesbuk kat email bla bla bla tok nenek depa. Inbox penuh banjir dengan email pasai duduk saja jana duit pala hotak ampa aihh! Pi tag pulak gambaq dengan duit berkepuk di tangan kata hasil online bagai nih. *aku malas la nak buat kerja un-tag semua nih tau* 

Pendek kata, I don belif u lah! Tapi depa dok mai. Lagi pantang tok nenek bila mereka menggunakan topik "anak" sebab ya lah, serba serbi untuk anak pakai duit. Macamlah gaji aku level negatif dari paras kemiskinan sampai takdek duit nak beli susu anak. Pantang okeh! Pantang! Memanglah, gaji kampeni ni bukan banyak pun, tapi cukuplah nak makan. Tidur pun masih lena lagi. *Alhamdulillah* Eyh, patut I bagitau reason bahawasanya Adam dan Aiman ada Ayah yang rajin bekerja cari duit untuk depa. 

Ni nak habaq bagi, falsafah hidup I mudah. Nak duit kena kerja. Allah bagi kaki tangan otak for reasons okeh? Bukan buat display sangkut handbag baju seluaq brand saja tau??

So I thought that was it. Tak baik marah-marah. Nanti cepat tua. Nanti susu kurang. Agagagagga.

Tapi tadi ada ini perempuan telepon I. Nombot tepon ni hah. 014-7288341. Rasanya pernah dah dulu I marah pasai benda sama kat belog. 

Katanya dari Visa and Master Credit Card Centre bla bla bla and nak offer bla bla bla. So I replied POLITELY, "tak apa lah, saya tak berminat" Paihtu boleh pulak dia nak persoal kita tak rugi ker nak tolak offer dia dan membebel apa tah. Heyyyy! Lempang mau? Who are you to question me macam-macam? Dah la mintak segala credit card number, segala IC kita bagai. 

Dah la pakai nombot hp (helo?? kalau corporate company, you have your own hotline okeh??), belakang pulak bunyi macam stesen bas~! 

Ok. Sebenarnya menyampah sebab:

  • She questioned me back dengan gaya tak puas hati. Sapa luuu??

  • Nak tipu from Visa company ke bagai, belakang bunyi macam enjin bas! Macamlah, tatau kot sebenarnya belakang tu kapal selam ke, kubota ke, kereta kebal apa. Hahahah.

  • I strongly believed dia adalah Melayu. Sad eyh? 


Dah. Mak Neng (eyh tibe-tibe) memang menyampah kalau layan orang malas kerja cari duit macam ni. Lagi tensen bila dia kata, "Orang lain boleh dapat duit gitu, apsal kita tak boleh?"

Abes, kalau orang lain terjun lombong gaya bodoh, ko nak suruh aku ikut jugak? Paling tidak, mak nak lah terjun dengan bawak Cenel Jumbo Mumbo. =____=

Sapa-sapa lagi lepas ni ada misi cari duit dengan modus operandi bodoh, jangan datang cari ShilaShower. I tak berminat! 

Tengok, tak pasal-pasal petang ni nak kena pergi Kofi Bin cari Ice Vanilla Latte. 


0 comments:







Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs