Gossip Ahli Mesyuarat Tingkap



Ahli pengerusi majlis mesyuarat tingkap.


Ni nak habaq bagi, seminggu lagi besday cekkk! 

Sat ja nooo umoq nak bertambah lagi. Pejam celik pejam celik cek nak masuk dua tahun dahhh. Mak cek dok sebut, apa dia tu, ala, "Terrible Two". Cek pun tak paham pasaipa dia suka dok sebut lagu tuh. Pasai cek belum pi English Edukesyen, tu yang tak paham apa menda merga Terrible Two. 

Semalam pun dia dok sebut lagi. Masa tu cek bubuh duit dua kupang dalam botoi susu yang Mak cek baru sudah perah dari kilang. Muka mak cek memang macam Fiona Shrek. Hampa kenai ka Fiona tu sapa? Tapi cek maintain ja, sikit punya hai ja tu kalau Mak jerkah. 

Eyh, tapi kalau nak pikiaq balik, dalam minggu ni ja dah lima enam kali cek tengok Mak tukaq jadi Fiona Shrek. Masa cek ketuk kepala Adik dengan tabung, masa cek gigit jari gebu gedempoi Adik sampai dia selop menangih, masa cek calit eyeliner Mak dekat dagu, masa cek lompat-lompat atas tudung Mak yang dah iron dengan masa cek tuang ayaq milo *lagi sekali!* ataih katil. 

Tapi Mak cek lepas dah jadi Fiona Shrek, dia cool balik cakap, "tak apa, this is just a phase, also known as terrible two".

Cek ingat nak kena pi lah English Edukesyen, nak bagi paham apa benda Terrible Two tuh. 


Dah la, cek nak pi sambung mesyurat dengan jiran sebelah bantai.
Kenaikan, ahli gossip amatur, nama dia Cik Puan Aimanina. :P
ShilaShower
0 Comments

No comments:

Post a Comment

feedburnerfacebooktwitteremail