Harga minyak dah naik ke belum?

Maaf malas nak Google. 

Kenapa tanya?

Sebab ShilaShower dah 2 minggu tak bawak kereta. Pergi dan balik suami hensem tampan gagah perkasa yang hantarkan. *men-diva sekejap*

Sejujurnya bencilah kalau harga RON95 naik lagi. Sebab kalau harga minyak naik, habis segala benda dalam Malaysia ni naik harga. Sampai benda tak berkenaan macam jamban or parking fee semua pun nak naik. Keji gila tau tak?

Kenapa kita negara pengeluar minyak, tapi minyak kita mahai macam apa lagi, sedangkan negara bukan pengeluar minyak, ada ja minyak murah? Maaf saya bukan ahli ekonomi. Sile terangkan di sini.

Tau tak dekat Malaysia nih, lebih baik bagi harga minyak rendah ja daripada buat pembangunan *kononnya* sana sini lepas tu criminal rate naik mencanak, orang sakit jiwa bertambah, sebab cost of living cam *#!!*#@!!! Ramai yang kecundang and not all can survive.  

Harga minyak tu affect segala cebis perkara dalam Malaysia nih tau? I bet soon kuih muih pun akan jadi RM1 SEBIJIK. Katanya minyak naik, gula mahal. Pakai sepeket gula untuk sebijik kuih ke makcik?

Bila harga minyak rendah, seluruh rakyat Malaysia merasa nikmatnya. Naik motor ka kereta ka, duduk bandar ka, duduk kampung ka, sama saja. Tapi pembangunan melampau tuh, ada pakcik kat kampung tu nak kisah? Dia kisah duit minyak motor dia je tau? Abah saya kata, sebab tu Kelantan takmau membangun lebih-lebih, karang kena bayar tol pulak merata jalan macam kat KL nih. Pbftttt! Dalam KL ni, celah mana jalan takdak tol, segala ceruk nak buh tol. Cis.

P/S: Apasai kubah Istana Negara yang baru tu tak lawa langsung? Serious tak gorjes okeh.


0 comments:







Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs