Manusia tak akan berhenti bertanya...

Bila belum kawen...orang tanya, 
"Hah, ni umur dah 24, bila nak kawen? Tunggu apa lama-lama? Nak sampai berlumut?"
Jawapan: Bak sini duit, cakap banyak pulak.

Bila sudah kawen...orang tanya, 
"Bila nak dapat anak? Merancang ker? Muda-muda ni, buat anak banyak-banyak" 
Jawapan: Ada ker orang tak nak anak? Buat anak jer, perancangan lain tak payah? Ingat macam anak lembu? Beranak je terus lepas bersepah dekat padang rumput?

Bila sudah dapat anak...orang tanya, 
"Kenapa bagi susu lembu? Kenapa tak breastfeed anak? Susu lembu untuk anak lembu tahu?"
Jawapan: Anak saya baby soya. So, anak pokok soya ker? 

Bila sudah breastfeed anak...orang tanya, 
"Kenapa tak breastfeed sampai 2 tahun? Tak sempurna lagi penyusuan tuh"
Jawapan: Saja. MALAS. Boobs dah soggy, tak kuasa lah. Padan muka bagi jawapan sarcastic macam itu.

Bila sudah segalanya...orang tanya, 
"Bila nak tambah lagi anak?"
Jawapan: Cis. Ingat bela anak serupa bela anak kucing?  Anak kucing pun, kalau nak bela elok kena beli makan mahai, pi grooming, jumpa vet bagai, tahu?

Owh ada lagi.

Bila sudah beli rumah...orang tanya, 
"Kenapa beli rumah tinggi? Membazir, tak sayang duit ker?
Jawapan: Duit aku ker duit kau? Saja, rumah tinggi ada security, swimming pool, gym, bbq area tok nenek merga, rumah kau ada? Takde kan? So shadap you.

Konklusi, manusia memang tak akan berhenti bertanya. Ada aja yang nak menyebok, sedangkan diri sendiri dah ke laut rupanya. 

Ah, malas layan lah. 


P/S: Ini cuma permerhatian random. Koleksi soalan-soalan yang ramai manusia suka bertanya :)


0 comments:







Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs