Selamat Menyambut Ramadhan



Kepada semua pembaca blog ShilaShower yang beragama Islam, saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa.

Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan kali ini. :) Solat terawikh jangan lupa, even though I know bila beranak kecil cabaran dia lebih sikit. Tapi tak apalah, kita cuba yang terdaya dan termampu untuk manfaatkan Ramadhan yang mulia ini. ;)

Harapan untuk diri sendiri tidaklah banyak mana, cuma berdoa agar diberikan kesabaran yang tinggi di bulan Ramadhan ini sebab Business Plan cycle dah mula, harap mulut dan hati tidak memaki-maki bila kesabaran diuji. :P Sekalipun ditakdirkan Aiman menghempas laptop ker *harap tidaklah!*, semoga hati ibu ini akan terus bersabar dan bertabah. Semoga Mama Monster tidak menjengah jiwa untuk sebulan ini, nanti ke laut semua pahala puasa. :P Hehe...

Owh, kepada ibu-ibu yang breastfeeding, caiyok! caiyok! You can do it mommies! Walaupun perjalanan breastfeeding saya dah tamat di usia Aiman 8 bulan *I did it better this time ok*, saya tetap menyokong penuh penyusuan susu ibu. Speaking of which, saya ada separuh botol Shaklee Alfalfa to give away. Siapa cepat dia dapat!

Akhir kata, sila lah baca niat puasa kat bawah ni, buat reference kot-kot ada yang dah lupa. :P Dan doa buka puasa. Dan lafaz niat solat terawikh.


Lafaz niat puasa sebulan:


Sahaja aku berpuasa sebulan di bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala.


Lafaz niat puasa harian:
Sahaja aku berpuasa esok hari di bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala.


Doa berbuka puasa:

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa, dan dengan Engkau aku beriman, dengan rezeki Engkau aku berbuka dan dengan rahmat Engkau Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


Lafaz niat solat tarawih:

Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta'ala



Selamat menjalani ibadah puasa :)

ShilaShower
0 Comments

No comments:

Post a Comment

feedburnerfacebooktwitteremail