Siri Misteri Nusantara Bersama Aiman Haris

Hah! 

Korang kalau bab cerita hantu ni laju jer nak baca eyh. :P

Ok, ini bukan cerita hantu tapi macam misteri suam-suam latte jugaklah.

For the past few weeks, dah 3-4 kali Aiman bangun pukul 3 pagi (or lebih kurang waktu itu lah) and duduk atas katil sambil tepuk tangan and gelak sorang-sorang. Dalam gelap ok??? All in the same position, facing almari baju and pandang jam dinding kat tepi tuh. 

So, the first time it happened I was like "Ok, Aiman mamun kot" then tepuk-tepuk, dia tidur balik.

Tapi after 3-4 times dok buat lagu tuh, tak naik pelik Mama dia nih? Tambah pulak wild imagination Shilashower nih, siap dengan Hantu Almari yang di momok kan dalam kepala masa MRSM dulu, owh no! Ala, hantu yang cakap "katil satu dah tido, katil dua dah tido, katil tiga dah tido, katil empat belum tido" tuh! *eyh, macam pernah jumpa live ayat aku nih kan, hewhewhew. oi mintak dijauhkan* 

Tapi apa buang tebiat anak aku ni malam-malam tepuk tangan gelak-gelak? Sebab secara normalnya, Aiman bagun tidur mesti merengek cari Mama dia, cari susu, hah lepas tu baru bertenaga macam bateri baru lepas charge. But not during this 'misteri malam' series. Bangun-bangun, melangut tengok almari, tepuk-tepuk tangan, gelak-gelak, sengih-sengih, duk dalam 15 minit, bedebushhh dia terlentang terus tidur. 

Pelik ok? Sungguh magis! Sebab tidur tak payah dodoi, that is so not Aiman. 

Tapi kan, tapi kan, sejak hari pertama Aiman kat dunia ni, I macam ada sikit perasaan "Aiman ni macam ada special instinct lah, macam superpower ke apa tah, I pun tak reti sebut". Entah, tidak tahu kenapa, tapi perasaan begitu tetap ada. Tapi sikittttt lah. Ok, superpower to melt my heart, biar hati tengah marah macam nak buat rasukan ablasa, tapi tengok Aiman buat lawak terus tak jadi marah. Oh yes, Aiman Haris adalah sangat Pak Lawak ok, sungguh macam Cik Bedah Kepochi macam tuh, kalau Adam Haris pulak jenis macam Seth Tan sweet and caring gitu. Hahahaha!  

So when I told my husband tentang perasaan superpower Aiman, boleh pulak dia reply, 

"Aah, sama macam Ayah dia lah kot. Sebab Abang rasa Abang ada superpower something lah tapi belum discover lagi. Satu hari ni mesti tau jugak" and tengok cermin buat posing macho konon macam superman. -_____-" Laki aku kannnn memang tak boleh di buat bincang serius-serius ok. 

But for time being, I biar je Aiman. Yang penting di tak buat perangai menjerit-jerit suka suki macam dulu-dulu. 

Tapi apesal pulak I yang terbayang Hantu Ju-on dok tercongok atas almari tuuuuuuu. Isk! Mencik tau!

Mr.Superpower kecik saya ;)


0 comments:







Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs