Sorry, no proper entry for today. Card reader dan external disk hikmat tertinggal dekat rumah *mangkit tidoq pukui 7.15, pbfttt!* jadi dah kelam kabut lewat ke office, maka serba macam benda tertinggal. However, sebab belog telah diabaikan tanpa belaian rapi sejak minggu lepas *busy buat reporting*, jadi hari ni saya akan membebel secara random lah.
Pertama, next week nak balik raya dah!!!!! Huish, I is eksaited you know. The feeling of balik raya and bersesak-sesak atas highway adalah menyeronokkan. Biaq pi la jem nak kematu pungkoq pun, hati tetap senang sebab tau orang keliling tu pun semua pakat nak balik kampung. Akan tatapi, mestilah pulang di malam hari. :P Tahun ni, kalau pulang di siang hari, sampai Aloq Setaq memang konfem kepala dah terbakaq. *remember, saya ada dua anak jantan yang la ni dok meligat merata*. Apa pun, hendak ditekankan sekali lagi, Sabtu depan nak balik kampung raya wehhhhhhhhh. *macam ko sorang ada kampung* -______- I is eksaited sebab nak merayau dekat Yawata Jitra, hahahahah. Sebab amazing dengan artifak-artifak raya yang merepek yang boleh dibeli di situ (dan juga bazar-bazar di tepian jalan tuh kan).
Baju raya budak-budak dah settle. Kawtim. Baju seluar semua amik size 12-18mos, pandai-pandai lah alternate pakai Adam dengan Aiman, kata size dalam range yang sama. Satu terlebih kecik, satu terlajak besaq. Isk isk isk. KECUALI. Kasut Aiman Haris. Kasut lama dah kena jual ngan mak dia, la ni budak tu tak berkasut dah. Hahaha! Habis tawaf Pavilion dengan One Utama, kasut Aiman tetap tak jumpa. Kalau ada yang berkenan, mesti tadak size. Kaki dia pesen shape rectangle tu, lebar, gemok dan padat. So agak susah nak cari kasut. Nampak gaya macam nak kena beli Clarks lagi, sebab yang tu ja ada option wide design. -______- Tapi pattern tak coolness lah.
Baju raya kami laki bini, kalau ikut resit tailor, hari ni dah siap, boleh pi fitting dah. Tapi mungkin hari Khamis lah, amik half day, kalau nak pi weekend Jalan TAR tu, terima kasih je lah. Tak kuasa membazir minyak di tengah jalan. Tahun ni saya raya sakan, agaggagaga sebab sejak 3 tahun lepas, persiapan raya untuk diri ala kadar sahaja. First raya lepas kawin, masa tu baru pregnant, was not in mood sebab badan tengah dalam transition nak jadi besaq. :P Tahun kedua, lepas bersalin Adam, also not in mood nak tempah baju sebab badan tak kurus lagi. Haha. Tahun ketiga, which was last year, lagik la kirim salam, bersalin di bulan puasa. -____-. Maka, tahun ni, tahun ke-empat *tak pregnant, nasib baik. hahah* haruslah qada baju-baju yang tak buat dulu. Kakakaka! So baju 4 pasang, lip lap lip lap gitu. :P
Duit raya, minggu ni baru nak tukar. Siapa dah masuk universiti je dapat lebih, umur lain (0-17yo) semua kita orang bagi flat rate. Ekekekeke. Kuih raya tak tempah pun, nanti esok sebat je lah apa ada dekat depan Yawata tuh. Kuikuikui...
By the way, next week birthday Aiman. Tapi rasa guilty sebab langsung tak plan nak party ka apa. Hari tu ingat nak buat September, tapi tengok ka workload kerja office and schedule order diaper cakes, rasa sampai November baru boleh bernafas. Tatau logik ka nak parti 1st birthday masa bulan November. Hahah. Delay 2 bulan lebih :P Atau punnnnnnnn, kita pergi cuti! Cuti yang best-best lah, setakat pi PD takmau aihhh, paling koman kena pi Pulau Pangkor. Tapi tengoklah, itu fikir kemudian. Kesian Aiman...Ada tak mak-mak yang pernah experience macam nih? Pastu rasa guilty tak tentu hala. -______-
No comments:
Post a Comment