Aiman's Street - The Party!


Ok, untuk memudahkan kerja *read: malas* I letak gambar with explanation jika perlu. :) Satgi I buat karangan 200 patah perkataan, hangpa bukan nak baca, mesti scroll laju-laju nak tengok gambaq ja dulu. Ehehehe... :P


 Table deco; ada foil balloon RM7.90 each, beli merata tempat. Ada yang jumpa dekat Petronas, gift shop, Memory Lane and ToyRus. Ada bubble, crayon, coloring page untuk kids activity so tak bosan. Ada A3 size placemat as well, buat meriah meja. Hehehe....Vase plastik biru tu beli dekat Ikea RM3.90 each. :)

 Candy buffet warna warni saya. I made that birthday banner myself. Sila kagum sekarang. Juga sempat buat butter cookies sendiri, tapi half done sebab tak sempat lukis muka :P Tapi tak kisah lah, butter cookies tetap jadi dan tetap ada topping royal icing. 

 Plastic cups and plates and fork and spoon beli dekat Tesco and Village Groccer. Plates tu dekat Village Groccer, warna warni, high quality plastic RM5.90 ada 20pcs kot dalam tuh. Cup plastic 50 pcs also RM5.90 dekat Village Groccer. Fork & spoon colorful tu dekat Tesco RM3.90 for 50pcs. Awesome murah!

Frames as usual dekat Ikea RM9.90 untuk A4 size punya. Block "Aiman is ONE" buat sendiri, guna styrofoam square dengan cake board, balut dekat pattern paper and deco sesedap rasa. Stacking cups tu beli dekat ToyRus RM19.90 that time. Mini sesame street tu beli dekat stall orang dok jual plush toy, RM7 each. Mini books tu beli online RM20 for 4. 

 That musical book and flash cards box tu Adam punya, Mama dia pinjam buat deco birthday Adik Aiman. Hehehe. That road sign tu, nama jalan dia tertinggal kat rumah, tinggai la tiang lampu ja. Also buat sendiri, guna styrofoam, cake board and chopstick. Hehehehe. Signature board sepatutnya print A1 size, tapi tak sempat, so A3 it is. 


 Helium balloons all from Balloon Buzz, RM2.60 each. Yang foil tu RM20 each.

 Photo booth ilham ShilaShower. Headband beli online RM9.90, photo props gunting guna design yang Kak Lisha dah buatkan, same goes to party hat. Tapi party hat tu print atas paper yang keras sikit la, baru jadi rupa hat tu :) School bus tu pinjam Adam punya, hehehe. Basically banyak pinjam barang Adam jugak nak bagi jadi deco cantik :P

 Name blocks: AIMAN. Buat sendiri, kegigihan terlebih. Cream puff tempah dekat my mom's friend. RM0.70 sebijik. Cupcakes and cakes rainbow yang super sedap mestilah dari bestfriend tersayang Shafinaz. Visit her blog here. Sila order jugak :) Born2Bake

Bubbles my friend tolong beli from wholesaler, RM25 for box of 36. I buang wrapper asal and wrap dengan theme Sesame Street. Crayons I beli dekat bookshop pun sama, buang wrapper asal, balut balik dengan paper theme Sesame Street. Baru ngam!





 Cake from Born2Bake. For pricing go and ask her for details. Mine I cakap budget RM250 buat lah apa yang cukup untuk cover birthday cake, cupcakes and mini cakes. Haha. Price mungkin RM300 kot, tapi kawan sampai mati punya pasal, mestilah dia kena bagi diskaun. Haha! Cake board pun Shafinaz balut sekali dengan pattern yang I bagi, so tak la nampak togel cake board tu. Well, saya se-detail itu :P

 One of the party sign. Print atas A4, tambah la ribbon sikit, dah nampak cantik :)

 Character cutouts, tampal dekat dinding.

 Wall banner, tempah sendiri dekat Batu Caves. Harga tak pasti, laki I yang buat kan. Rasanya RM2 kot per sq ft? Ikut material and quality dpi yang kita pilih, ada jugak yang lagi murah pun. 


 A1 board, design by Kak Lisha, hantar print sendiri dekat Melawati, total RM45 with matte lamination. Lepas tu tampal atas foam board, also beli dekat Melawati. Tempat printing nama Achik Printing.

 Birthday card setelah di-deko oleh Mama ShilaShower :)



Character cutouts, A4 size, lepas gunting tampal kan dengan chopstick or Wilton cake stick tu. 


 Tong sampah paling mahal pernah beli seumur hidup. RM59. Lepas birthday boleh guna buat storage barang. Memang tak la nak guna betul-betul buang sampah kan. Beli dekat Ikea. Patut letak Oscar dalam tu, tapi tak jumpa patung Oscar dekat Malaysia ni, sudahnya I humban je Elmosour dalam tu. Elmosour as in Dinosour. Adam panggil macam tuh. Hehe.

 Lollies ni beli dekat Memory Lane, RM3.90 each kot, tapi ada 10% guna member card. The cheapest I found so far. Cari kat wholesaler gula-gula tak jumpa pulak macam ni, jenis lollipops lain ada lah.


 Tissue paper polkadots ni beli dekat Bangsar Village, RM9.90 for 2 packs. Each pack ada 20 sheets. Kira murah jugak. Quality pattern tissue paper kan. Fork and spoon like I said above, from Tesco. Bakul kuning from Daiso, kedai RM5 tu.

 Paper bags also from Daiso, RM5 each pack of 12.

 Box polkadots semua from Daiso as well, RM5 each. Daiso ada dekat The Curve, IOI Mall, Pavilion, One Utama, hmmphh mana lagi eyh?

 Air mineral beli kat Tesco, box of 24 harga less than RM10 kot? Tapi tak mahal lah. Buang wrapper, balut sendiri balik dengan mineral water label yang Kak Lisha design.

 Cookie monster beli dekat Baby Ambrosia stall The Curve, RM29.90. Kerusi kecik tu beli dekat Daiso RM5 each.

 My ultimate creation! Cari cupcakes stand warna warni tak jumpa, last2 I buat sendiri. Guna styrofoam board dengan cake board, balut dengan pattern paper, deco dengan ribbons. Habis cerita. Muffin cups beli from HOI bakery supplies shop, harga RM9.90 for 100 pcs kot? Eyh, ke murah lagi, tak ingat lah.

 Metal container beli from Ikea, RM5.90 each. Tu pasu bunga, tapi balik basuh2 bagi bersih, letak la biscuit. Ala-ala tema Oscar Sesame Street lah.

 Plastic container warna warni all from Daiso, RM5 each. Characters tu Kak Lisha design semua, I print and gunting buat deco. :)

Butter cookies buat sendiri. Gigih, gigih. Chocolate bar beli dekat Mydin, masa tu Van Houten promo per pack RM5.90 for 3. Buang wrapper, balut dengan customize Aiman's street large chocolate bar wrapper. Hehe..

 Mini cake from Born2Bake, ini Adam punya. 

  Mini cake from Born2Bake, ini Aiman punya. 

 Cupcakes from Born2Bake




 T-shirt yang Kak Lisha design kan, T-Shirt putih from Mothercare, RM24 each, hantar printing dekat Wangsa Melawati, express service RM15 per shirt. 




Ok, harap explanation adalah membantu. Sekarang I nak pergi makan. Penat weh buat karangan. T____T


Sekarang, sila lawat dua belog ini:


MadebyLisha


Born2Bake
ShilaShower
1 Comments

1 comment:

  1. I mmg teruja tgk your decoration....outstanding, colourful and precise explanation..thanx for the sharing

    ReplyDelete

feedburnerfacebooktwitteremail