Dealing with sulking toddler


Aiman. Yes, Aiman Haris. Si dia yang kami gelar "Muka Legend, Hati Kuntum".

Sungguh. Aiman anak yang lasak dan garang personalitinya. Setiap pilihan dia adalah firm dan tiada kompromi. Mengamuk pun boleh tahan jugak. You cubit I, I tendang You like that. Rule Aiman juga mudah, "You follow me or I scream out loud!". Sungguh lagi. Memang dia jerit tahap you drop my water face lah anak. 

Akan tetapi, 

Hatinya kuntum jugak gitu. T____T Suka dipeluk-peluk dicium-cium. DAN. Suka merajuk jugak. Merajuk yang bukan seminit cuma, boleh membawa sampai SETENGAH JAM and that makes me, "How come budak setahun ni boleh ingat dia tengah merajuk?" The thought of bribing him with foods so dia akan lupa merajuk adalah gagal sama sekali. Food is food. Merajuk tetap merajuk. 

The moment you say no or try to take something away from him, hah siap! Berguling-guling marah lepas tu merajuk. What I usually do is I ignore him completely because well, he has to learn that he can't have everything his way. But that ignoring phase will only tahan for 10 minutes because situation usually gets worse with his high pitch crying and screaming and kicking bagai. 

So much of trying not to say NO pun fail, because this little man is just so demanding. In every situation kalau berebut barang dengan Abang, mesti dia nak menang. How leyhhhhhhh?? Kesian Abang Adam tau. And very hard to refrain myself from screaming as well. -______-" So memanjang jadi mak tiri Cinderella dekat rumah. 

Seriously I hope this is just a temporary phase in his toddler-hood. I wouldn't want to imagine myself having to handle one sulking kid in mall or super market, itu nightmare lah! Probably this is just a way of him expressing himself. Nak cakap tak pandai sangatkan? But this dramatic act out ni, haiyoh, letih wohhh nak tepis. Until he sings to another tune *yang lebih bersabar dan berkrompomi*, I think I just have to deal with it. 

Any tips on handling sulking toddler? And how to make the kids learn about handling disappointment? 

P/S: Still ragu-ragu bab nak hantar nurseri. Adam, I takut dia kena buli. Aiman, I takut dia buli orang. Hadoiyaiii....
Tapi walaupun garang, budak ini jugak yang paling lawak sekali dalam rumah kami.


0 comments:







Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs