Ok, hari ini saya nak membebel kosong sahaja. Membebel tentang kehidupan harian menjadi seorang isteri, emak, pekerja, peniaga, blogger (ada jugak!), anak dan apa-apa saja lah jawatan yang dipikul dalam kehidupan ini.
Topiknya tentang rutin harian. Terfikir nak berkongsi dan bertanya pendapat dengan emak-emak lain, tentang masa dan rutin harian lepas seorang reader I tanya jadual harian I. Sesungguhnya, hidup makan gaji ni, rutin harian tu macam cycle biasa yang diulang-ulang. Suka atau tidak, ulang saja lah labu. Itu pun rasa macam tak cukup masa nak buat kerja yang serba macam nih.
Bangun pagi 5.30, iron baju, buat susu Aiman, buat breakfast suami, mandi, pergi kerja. Pun kadang-kadang lambat sampai office. Agaknya nak kena bangun pukui 4 kot. Tsk....
Pukul 6.00 balik ofis. Kebiasaannya, pergi dinner dulu dengan suami, pergi kedai beli barang kalau perlu, balik rumah dah pukul 8.30 malam.
Mandi, then tidurkan Aiman. Then bangun balik, main dengan Adam, buat diaper cakes, tidurkan Adam and I tidur jugaklah. Suami balik pukul 1 pagi, I bangun, sembang-sembang 15 minit, sambung tidur balik. Habis camno nak mampu bangun pukul 4 pagi? Daaaaa....
Saya tinggal dengan parents. Urusan makan minum baju anak-anak, sesungguhnya memang BANYAK parents saya yang tolong buatkan. Cool? Yeay or nay? Yeay pun ada, nay pun ada. Yeay sebab banyaklah benda mudah, lagi-lagi bila mengenangkan Abah saya yang handwash and iron setiap baju Haris Bersaudara. Pelik tapi benar, Abah saya yang buat.
Nay pun ada. Sebab kadang-kadang terkenang jadi macam tak sempurna tak boleh handle anak sendiri 100%. Macam tak mampu. Hahaha! Itu baru dua anak, berangan nak sampai empat. Hekhekhek...Senang kata, Haris Bersaudara membesar dengan banyak tangan yang mengasuh. Bukan tangan ibu mereka 100%. *_____*
Itu belum kira suami saya yang sungguh tak cerewet dalam urusan rumah tangga. Pada dia, janji baju nak pakai ada, siap iron, breakfast ada, dah cukup. Tak minta pun masak-masak Nasi Beriyani Ayam Masak Merah Bingka Ubi whatsoever. Cukup bulan suami bayar segala keperluan bulanan, bil-bil, insurans, beli susu anak segala. PUN saya masih rasa macam tak cukup tangan, tak cukup masa sampai penat otak nak fikir. Tah apa yang busy sangat, diri sendiri pun tak dapat nak justify.
Lepas tu, rasa impress bila tengok emak-emak lain dengan cool keluar jalan-jalan bawak anak berderet sedangkan I BELUM pernah sekali naik kereta bawak Haris Bersaudara pergi jalan together. Maksudnya I dengan kids only. TAK PERNAH. Pergi jalan naik kereta beli roti kat kedai runcit depan rumah pun tak pernah, apatah lagi keluar jauh dari kawasan perumahan.
Rasa macam tak boleh jaga. Karenah dia orang macam-macam. Owh, bercakap tentang karenah, last two days my mom buat masak lemak ketam. So dah perah santan bagai, letak la bekas tu dekat sink. Adam masa tu tengah main air, tolong basuh pinggan lah katanya. Then my mom heard he said, "Opss! Terjatuh la pulak!" But she didn't bother to check what was that. Then after, my mom pun sambung la masak-masak gulai ketam tu. Masuk ketam, masuk santan segala kan. Tiba-tiba, masa tengah kacau kuah tu, dia jadi bubble, keluar buih tiba-tiba. Rupa-rupanya dalam tu ada berus dawai basuh periuk! Itu lah yang rupa-rupanya jatuh tadi dalam santan. Kesudahannya, my mom buang jer ketam-ketam tu semua, sebab tak lalu nak sambung masak apatah lagi makan, mengenangkan dah gaul sebati dengan berus dawai yang hitam tu T_____T Anak aku punya pasal jugak.
Ok, back to the topic. I rasa nak kena belajarlah menjadi emak yang boleh maintain cool sepanjang masa. Yang tak payah nak naik suara macam Permaisuri Raksaksa. Especially dengan Aiman yang always make my blood go upstairs. Haha! Adam ok lah, tak susah nak control sebab dia boleh bercakap dan faham apa kita cakap. Adam tu dah boleh buat kawan sembang-sembang. Aiman pulak, dia dah start bercakap, tapi still at early stage lah. And there will be time when he just refuse to listen to us. Kau marahlah high pitch suara soprano pun, the most dia hanya kelip-kelip mata dia macam tak ada apa.
Dulu I selalu tanya my husband, "Kenapa Aiman macam ni?" Tapi lepas dah observe kanak-kanak lain, Aiman is normal, doing just the same things as many other kids of his age di luar sana. Tantrums semua tu biasa, in fact rasa ada budak-budak lain lagi dahsyat dari Aiman. We are just lucky to have Adam yang pada kami special dan bijak (tak kisah lah puji anak sendiri pun) and segalanya seperti mudah dengan Adam. Tapi Allah tak bagi segalanya sempurna, Adam ada eczema, so kesian dia part itu. Siang malam tergaru-garu, ingat senang duduk ker?
So apa yang Aiman buat sekarang, kita tak pernah experience masa Adam. Sebab tu awal-awal dulu macam takut, "Aiman ni ok ker? Normal ker perangai macam ni?" But not anymore now, cuma I nak kena belajar jadi sabar peringkat langit ke tujuh dalam membesarkan Aiman Haris. Tapi tu lah, macam mana anak ni pun, bila tengok perangai dia yang mencuit hati, terus rasa "hmpphhh, it worth all the sweat and mental torture". So, sabar jer lah dengan keadaan sekarang sementara anak nak besar.
Tapi nanti depa dah besaq, tambah adik-adik pulak macam mana? Bila cycle nak habisssssssssssss -______-" Nak lah anak perempuan jugak. Tapi kalau sampai empat semua boys, mak redho jer lah, tunggu menantu la jawabnya :P
So how's your life mommies? Sama macam I kah? Or I yang nak kena betulkan kehidupan bagi elok sikit? :P
No comments:
Post a Comment