Orang tengah mood nak pesiap rumah


Sekarang bila tulis entri, dah tak ada masa nak proof read balik. Kalau dulu sampai 3-4 kali ulang baca, dok perhati kot ada typo kat mana-mana, koma titik semua betul tak. Hahaha. I know. Sengal. Like I have all the time in the world to do that. Tapi tu dulu. Sekarang ni, kira macam Cik Joyah singgah gosip dekat rumah jiran sebelah. Sinsing lengan, membebel tak tentu arah, lepas tu chow! T____T

Sekarang ni jiwa tengah tak sabar tunggu 20hb. Tunggu surat. Tak sabar lagi teruk dari nak tunggu result SPM. Haha. Sebab apa tau? Syarikat tempat saya kerja ada buat pelarasan gaji maka dengan itu gaji mulai Julai jugak akan naik. Mula-mula ku ingat naik dua tiga ratus jerrr *under estimate company sendiri hahaha* akan tetapi, minimum salary yang dia adjust fuihhhh banyak, lepas tu campur percentage itu ini, terus mata jadi simbol duit. Haha. Syukur. I love you deep deep syarikat. Serious.

*Confirm lepas ni orang unitrust cari pekerja syarikat ni sebab epf account 1 bertambah banyak gagagagaga!*

Next, topic nak pindah rumah. Wahhhhh orang dah empat tahun duduk dengan parents, macam jakun konon-konon nak ada rumah sendiri. Serba serbi nak. Tapi my forever after top of the list mestilah periuk belanga. Perempuan mesti invest periuk belanga. Nak guna bila jangan tanya. Dah pandai masak ke belum pun jangan tanya. Haha. Atau pun, masak tu masak, tapi guna periuk cap Buaya Padang Besar. Kahkahkah. Periuk mahal masuk display cabinet :P

La ni dok congak campur tolak darab bahagi nak beli Tefal from UK. Electrical appliances murah yang amat berbanding Kedai Letrik Ban Chiong. *Cis!* But yeah, takkan nak ship balik toaster dengan kettle je, kena lah sebat sekali barang lain. Orang kata sekali jalan kapal tu. Hehehe. 

Memang merata UK's kitchenware and home decor websites I pergi browse. Sampai naik berpinar mata nak pilih yang mana. Cuteness overload! Malaysia takda yang macam tu, agaknya sebab Malaysia banyak lambakan barang buatan Cina, lepas tu Siam. Haha. Kalau ada pun kat Bangsar Village tapi mahalnya toksah cakap. Or next best yang ada Pantry Magic, ok lah harga berpatutan. 

Tapi untuk periuk belanga, pinggan mangkuk and several electrical stuff, yang hok di luar tu jugok muroh. Tapi guna shipping service lah. Kalau hang nak guna air freight, express courier macam DHL, sendiri mau pi kira duit dalam bank lah. :P





Ok lah, nak pi sambung balik cari barang lagi. Plan asal nak warna putih and aqua and mint ja, ni tah apa jadi merah pulak tiba-tiba. Tskkkk. Tak fokus langsung!



ShilaShower
0 Comments

No comments:

Post a Comment

feedburnerfacebooktwitteremail