Sembang petang. Tak ada apa yang penting untuk pengetahuan am.

Assalamualaikum.

Kahkah! Tiba-tiba masuk belog bagi salam. Tak pernah-pernah lah kan.

Anyway, I mintak sorry lah sebab membiarkan belog ini kemarau tak ada proper update. Konsistensi adalah sedikit out di situ. *sori naik lori lahhhhh*

Tapi sungguh! Kehidupan adalah busy di tahap maksima dah nih.


First, Aiman has been quite handful nowadays. Ok, handful saja tak cukup. Triple of that, nak menunjukkan betapa berganda aktifnya dia. Fine, I know I know, mesti korang nak cakap, "sabarlah, sementara anak nak besar. nanti dia sekolah dia ok lah tu"

Sekolah? What if dia pergi sekolah only when he hits 6? Lagi 4 tahun oihhhh. Sempat rumah kami roboh-buat balik-roboh balik within that period. Hahaha. Ok. Bukan dia mengganas ke apa, melompat berlari beyond my control ke apa. No. No. Tapi dia punya senyap tu selalu mesti ada hasil yang buat kami rasa tak cukup nafas, nak bertukar warna jadi raksaksa hijau. Haha.

Tapi tak apalah Aiman, dah nama pun anak, you must have got it from the parents jugak which I BET must be Mat Kown. Mama sopan je masa kecik. Must be Ayah. Must be.

INFO AM: Do you know that Mat Kown went to FOUR secondary schools dulu? FOUR ok. Tak, my in-laws tak berpindah randah, memang anak mereka ni special sikit. Hahaha. So, tak perlu nak heran why Aiman is behaving as such. Kehkehkeh

Second, kami tengah plan nak pindah masuk rumah baru. After the good 4 years berumah-tangga dekat my parents house, and that Aiman pun nak masuk 2 tahun dah, rasanya ok kot nak pindah rumah sendiri. Pindah barang je, makan tido tah-tah dekat Kepong jugak. Hahahahaha! So yeah, that's the second reason kenapa I macam menghilang macam chipsmore jugak.

And nak persiap rumah, that's another headache as well. Berkenan macam-macam, tapi semua kena strike from the list bila fikirkan Aiman. Hahaha. Aiman lagi. Kesian dia. But hey, look at this!


Hahaha. Rumah korang ada macam ni? Ada korang nak guna microwave kena buka reben segala? Haha rumah kita orang jer special. Meja makan tu paling sakit hati sekali. You only have enough space to sit and move ala kadar. Tak payah nak bersila bagai sebab kerusi boleh gerakkan sikitttt aje. T____T

Kenapa ikat? Sebab if not, dia tolak kerusi sampai dekat sink, kasik banjir satu dapur. Tapi tu ok lagi. Sebab ada few attempts dia nak tolak pi kat dapur gas main masak2. So that part adalah sangat bahaya, so tali tambat lembu it is.

And yesterday he turned himself into Aiman Picasso pulak. With this masterpiece on my bedroom wall. Habis rumah maktok hangggg.

Nak beli TV LED LCD bagai memang dalam mimpilah. Takut sekali kena poke dengan pen dek budak-budak nanti, nanessss langsung TV rosak. Harga dahlah mahai. Plasma cukup, janji boleh tengok sinetron. Eyh.

Third, something big coming up dengan business diaper cakes kesayangan ku. InsyaAllah, akan menuju ke satu arah yang lebih baik, lebih dikenali harapnya. I target branding. I nak brandkan ShilaShower Diaper Cakes tu. Nak go more than just direct customers macam sekarang. Tapi tu nanti cerita. Nak buat custom packaging punyalah susah cari supplier kan. Pening lagi.

Dulu, I macam frustrated jugak kalau tengok ada design diaper cakes yang ala-ala mak punya jer kan, especially mini version tu. Or yang idea letak balloon tu. Hahaha. Tapi yeah, we must not give up. Ada banyak level boleh pergi and Malaysia ni luas. Eyh tak, bumi ni luas. Sebab diaper cakes I dah sampai Singapore & Indonesia. Hehe...Alhamdulillah, my wish was granted by Allah Almighty. Syukur. Apa dia? I cerita dekat Insyagram saja, haha. Tapi agak membanggakan sebab ada packaging sendiri nanti kehkehkehkeh....

Keempat, owh nak mintak maaf dekat semua kawan-kawan bloggers yang mana I tak dapat datang birthday party anak masing-masing. Aiman last week masih dalam kuarantin, so until the last dot dissapear, memang I tak bawak dia pi mana. Nanti kang, kamu orang sekeh Mama dia ni pulak sebab bawak anak sebar virus. Haha. But alhamdulillah, Captain Ai-Ai sudah sihat, cergas, ligat semua. Tu yang datang skill conteng dinding kot.

Tu belum tengok skill taichi Aiman. Dia buat apa semua pun yang kesalahan lah, semua dia tuju kat Abang. SEMUA. Kadang-kadang tu sampai Tok Wan pun dia taichi sama. T____T Stress oih. Takut dia develop skill blame things to others, tu yang kami risau sebenarnya. Sebab muka dia confident sangat memang takdak nampak guilty langsung.

Kelima, tahun ni buat baju raya suami dan anak-anak saja. I punya cari ready made saja. Save budget nak deko-deko rumah nanti. Haha. Kata Rizalman now ada kat Tesco, Jovian pun nanti ada dekat First Lady ka mana kan, so hehhehe nanti kita tengok.

Keenam, dah takdak apa. Pi buat kerja. I nak pi ber-rukun-tetangga dekat Instagram & Twitter.


0 comments:







Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs