Diari Diet - Mission Accomplished!

Wahhhhh sungguh lama tak update Diari Diet ni. Sungguh sungguh lama. 

Tapi hari ni nak update! Ok, sepatutnya update hari Ahad, hari impian menjadi nyata tapi kehidupan terlalu sibuk walau hanya untuk tekan keyboard, so hari ni baru update.

Mesti kena update, buat record, buat simpanan lipatan memori, perkara yang difikir PALING MUSTAHIL bukan mustahil lagi. Bersungguh itu perlu, bersabar itu mesti, now it worth my 7 months journey to kurus. 


I dah muat balik seluar Levi's Lady Style ni! MUAT. Perkara paling amazing untuk tahun ini. Muat lepas raya pulak tu, lepas dah makan macam-macam dekat bumi Alor Setar nuuu. 

Seluar ni adalah seluar jeans yang paling saya sayang. Mungkin beli masa belajar, duit sendiri, harga entah, 300 lebih kot? Tapi close to 300 lah adanya. Sayang benar, macam nak buat harta pusaka. Hahaha. Punya banyak garage sale session yang berjalan, seluar ini tetap dalam simpanan. Minda asyik berkata "kau konfem tak muat dah (masa tu berat 88kg)" tapi jauh di hujung hati, "ah simpan aje. MANA TAHU satu hari nanti muat" Yer, kita memang tak tahu apa yang ada untuk masa depan. EMPAT TAHUN simpan baik-baik seluar ini, tak jemu kadang-kadang cuba ukur di kaki walaupun ada waktu, betis pun tak lepas masuk. AWFUL moment! 

Ni gambar-gambar lama zaman muat pakai seluar ini. Hahah. Very the sekeping macam daun apekahhhhh bak kata Azzamoro -_____-" Sebab tu I settle down dekat berat 60kg, sebab kalau 58kg jadi cam kempenggg takda asset kehkehkehkeh. 

 : : MMU 2006 : :
 : : MMU 2006 : :
: : Honeymoon 2008 : :

Dah 3 bulan I tak replace meals, I makan macam biasa, moderate amount cukup untuk bagi tenaga. But seriously went overboard masa Raya! Hari-hari minum F&N carbonated drinks itu! T____T 

Akibatnya? 

Berat naik satu kilo. Haha. From 60.5 jadi 61.5. Alah, sapsapsoi. Esok kita jalan lebih sikit :P Sebab itu saya selalu pesan, turun berat secara moderate, secara stabil, so badan boleh pickup perubahan perlahan-lahan. Kalau buat gaya drastik, nak turun mendadak, trust me, berat naik balik pun mendadak ok? 

Susah nak explain sebab body fats ni benda yang tak boleh measure guna weighing scale biasa. Even a kurus person like me hahaha *claim kurus tewww*, body fats still 29% which healthy rate kena dalam 22% kot ke, average pun kena 25% lah. Eyh tapi dulu lagi teruk, 37% obesiti kronik! So, bila kita berubah jadi kurus, kita kena fikir perkara apa yang buat kita kurus. Kita bakar lemak ker? Kita hilang air ker? Or paling teruk, kita hilang muscle ker? Hilang air, hilang muscle senang, hilang body fats susah gila ok? 1% nak turun pun jenuh tau.

Sebab tu kadang-kadang, ada orang yang bila kurus, bila terbabas makan sikit berat naik laju-laju. Sebab body fats tu tak hilang pun, ada ja tertepu kat badan, yang hilang muscle. Low muscle rate, memang hazabun la calories nak bertukar jadi tenaga. Instead, dia bertukar jadi lemak and top up dekat apa yang sedia ada. 

So do the healthy way orait?

Latest today. Nak maintain begini saja. :P


0 comments:







Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs