Mee Hailam Extra Pekat Extra Spicy

Hah, masak sendiri puas hati. Dua kali order from two kedai tomyam, rasa dia tetap tak memenuhi selera. Selalu kuai tu semacam ceroiii ja (kuah cair). Yang paling stress bila mintak pedas, tapi tak pedas jugak. Tapi Mama pesan, jangan kondem rezeki, so makan jer lah. Nak sedap ikut tekak balik masak sendiri. Haha.

So ni last Saturday punya menu berbuka. I jenis tak suka pergi bazar Ramadhan, ada pi pun dekat Melawati tu, hoh sampai rambang mata dibuatnya. The rest of the days, kita suka masak saja. Well yes, I am kedekut to spend my money di bazar Ramadhan. Entah, tak tahu kenapa. Lagi-lagi kalau jenis lauk-lauk, memang harapan lah kita nak beli.


Mee Hailam Extra Pekat Extra Spice

BAHAN-BAHAN:
Mee kuning (tak elok makan selalu hahaha. sekali sekala boleh kot)
3-4 ulas bawang putih (tumbuk)
Minyak masak
Tepung jagung (2-3 sudu besar, cairkan dengan air. Adjustlah ikut pekat mana kita nak kuah tu)
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil lada sulah
Ayam (ayam, daging, sotong, udang semua letak ikut banyak mana suka ehehe)
Daging
Sotong
Udang
Capsicum
Kobis Bunga
Lobak merah
Sawi
Jagung muda (potong serong)
Cili merah (potong serong)
Cili hijau (potong serong)
Cili padi (tumbuk)
Garam gula secukup rasa (tapi I tak tambah pun, sebab dah taste just nice)

CARA-CARA:
[1] Celur mee and asingkan (I tak campur sekali dengan kuah sebab takut kembang and tak boleh simpan lama. So bila nak makan baru senduk mee and kuah masuk pinggan)

[2] Panaskan minyak, tumis bawang putih sampai kuning.

[3] Masukkan daging and ayam, kacau sekejap bagi half cooked and masukkan air.

[4] Masukkan sos tiram and kicap. Kacau.

[5] Masukkan tepung jagung. Kacau.

[6] Masukkan udang and sotong.

[7] Bila semua daging ayam segala dah empuk, masukkan semua sayur and cili and kacau.

[8] Agak mendidih kuah tu, masukkan lada sulah and garam gula jika perlu. Siap!

Notes: Sayur-sayur tu adjust lah ikut suka sayur apa nak humban masuk periuk. Nasib takdak petai dengan tempe ja dalam fridge, kalau ada I bubuh jugak jer. Haha


0 comments:







Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs