Clear Seafood Tomyam

Yer, mungkin blog ni dah selayaknya masuk zone blog masak-memasak. Muahaha. Nothing much yang best dalam kehidupan sekarang, I mean takdak yang happening sangat nak dikongsikan. Rutin harian pun sama jer, cuma ada sedikit mandom mungkin seirama dengan musim hujan la ni. Bukan apa, stress amats pergi balik office dalam keadaan traffic yang hazabedah, so bila sampai rumah mood dah kelaut. Minggu lepas kot, ada few days langsung tak masak dekat rumah, kering kemas jer dapur, sebab sampai rumah pun dah 10pm, takkan nak masak lagi. Memang meng-obes-kan rakyat jelata dalam rumah jer. -_____-

Owh, between last weekend in-laws kita datang rumah. Buat lawatan ke rumah anak menantu. The best part is dapat ilmu hands-on how to masak kari kepala ikan versi bapak mertuaku. Yes, my FIL cooks, my MIL assistant chep saja. Cool eyh? Rupanya rahsia dia ialah mangga muda and halwa buah pala, masukkan dalam kari kepala ikan tu. Haha. Korang pun tak terimagine how tapi itulah penyedap rasa dia. Tapi tidaklah humban gitu jer dalam periuk, adalah teknik-teknik nya. Yang ni nantilah kalau rajin kita share. Sebab nak handle kepala ikan tu pun punya mencabar and yang pasti, I memang tak makan kepala ikan, hahahah so malas nak share resepi kalau tuan tanah tak makan. Kehkehkehkeh. :P

Ok, resepi hari ni yer Mak Jemah sekalian, ialah Clear Seafood Tomyam. Bahana kemaruk sangat dengan tomyam dekat Basil restaurant, tapi tidoklah mampu kalau hari-hari nak makan kannnn, so balik buat sendiri. First time buat, sedap pedas tapi ada kurang dua bahan. Coriander and dried chilies  And kita letak ayam, so kuah dia jadi not so clear water-no-boya lah gitu. So semalam try lagi. JADI u'ollzzzzz. Siap dengan Mango Salad lagi, nak bagi feeling-feeling Thai gitewww. 

Then biasalah, dah masak, photos terus up dekat Facebook and Instagram. Skali Mama kita komen laaa, "Jangan buat tomyam kalau tak cukup bahan untuk hantar dekat rumah Mama" -______________- *guilty* hewhewhewhew. Takpa, nanti chek buat lagi, satu periuk besaq. Semalam buat sebab sorang makan, adalah sekoq ketam, sekoq sotong besaq, 4 ekoq udang harimau. Sekian, itu pun share-share dengan Aiman. Buat banyak pun, Kown and Adam bukan makan seafoods. :P

So here you go. Resepi pantas sesuai dibuat oleh mak-mak yang balik kira nak masak rempit-rempit je kat dapur. Senang okeh?


Clear Seafood Tomyam

Bahan-Bahan:
Udang 
Ketam
Sotong
2 Bawang Besar (cut into rings)
2 Serai (Hiris nipis. Why slice? I ikut Basil punya haha)
2 Inci Halia (Hiris)
5 Daun Limau Purut
3-4 Limes
Cili Padi (adjust to your liking, nak pedas macam mana)
3 Tbsp Fish Sauce
3/4 Cube Chicken Stock 
Tomatoes
Mushroom (I tak jumpa Straw Mushroom, so I guna Oyster Mushroom)
Daun ketumbar (huihhhh ni kalau takdak, walaupun hanya daun, tapi bau macam tak up sangat. Kena ada baru best)
Cili Kering (goreng sikit, untuk garnish)

Cara-Cara:
[1] Panaskan air dalam periuk over high heat. Masukkan bawang besar, serai and halia. 
[2] Once dah mendidih, masukkan daun limau purut, cili padi, fish sauce and chicken stock. Biar mendidih dalam 3-4 minit.
[3] Then masukkan seafoods.
[4] Then masukkan tomatoes and mushrooms. Boil for another 10 minutes to ensure udang, ketam and sotong is cooked through. 
[5] Finally add the lime juice. Then adjust the seasoning and taste. Kot nak tambah lagi fish sauce and garam gula. 
[6] Garnish with coriander leaves and dried chilies yang digoreng tadi. 



Lagi dua ni, resepi nanti kita share. Dah macam kedai makan pulak rasa hehe...


4 comments:








Ayuni Ayatillah

said...

I am officially hungry now...heheh. Sedapnyaa....





Love Razila

said...

Awatlah nampak macam masak rebus je??ni musti nak kene rasa ni baru ada feel gitu. Hehehhe tQ yer...balik ni, moh kite merempit di dapur. rasanya semua bahan ada cuma daun tu jerk xdak. kikiki





Adekniza

said...

Perut bunyik2 tgk lauk u masaka.. heheheh...





Sheila Salim

said...

Assalamualaikum...
kecur air liur! adoii sis, terkena ekk dengan mak! hahahaha so do i




Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs