Bukit Bendera, Penang



Satu-satunya aktiviti berunsurkan pelancongan yang kami buat di Penang ialah melawat Bukit Bendera (Penang Hill). Bukan main semua feeling-feeling pelancong, dengan Adam yang semalaman dok eksaited nak naik funicular train. Sebab dia tak boleh imagine macam mana rupa train tu, dok tanya apa beza dengan LRT and Komuter and KTM trains. Mak dia punya explain la train tu punya rupa macam mana, not knowing that the tram coaches dah maju ok. Macam LRT je. Zasss 5 minit dah sampai atas bukit tu. -___________-" Mesti Adam kata Mama tipu hahahah sebab dia cakap "sama je Mama macam train dekat KL"  =___=' Sorry la anak, zaman last Mama naik coach tu yang kaler merah tu, yang bergerak pun sama laju dengan kura-kura, yang selalu terasa saspen kot-kot kabin tu tergelongsor ke belakang. Mana Mama tau depa dah modenkan semuanyaaa. 



Crowd dia? Hazabedah. Tapi orang kata sebab dah sampai, sebab anakanda beta semua dah feeling pelancong omputih, maka gagahkan la diri beratur beli tiket. Dengan panasnya, dengan manusia punya ramai tapi tu lah, dengan Aiman mengamuk, memang sangat perlu bersabar. Tapi panjang time beli tiket saja, time nak naik train sangatlah pantas. Mungkin sebab system train pun dah maju. 

Owh, kalau nak beli tiket, sila bawak My Kad/My Kid sekali ok. Kalau tidak, kirim salamlah nak naik atas, tiket 3 kali ganda mahai kalau without My Kad tu. Kids below 4 boleh naik free. So bayar ticket adults sajalah. RM8 kot rasanya. 

Apa ada atas sana?

Tadak apa. Haha. Setakat nak tengok view Penang dari paras yang lebih tinggi (at about 830 metres above sea level) itu je lah kot. Ada lah pertunjukan ular segala, tapi I is not berminat. So bila I tak berminat, seluruh ahli keluarga jugak tidak dibenarkan menonton. Jalan-jalan sikit, pusing-pusing rasa angin sejuk Bukit Bendera then kita singgah sekejap dekat satu-satunya hotel lama atas Bukit Bendera ni. Memang lama oih hotel ni, lama gilaaaa.



Sebab I dah pernah datang dulu masa kecik tahun 1985 if I'm not mistaken and that hotel masih teguh di situ lagi. Korang kalo nak rasa macam cerita P.Ramlee punya rumah, macam cerita Anak Bapak tu, hah silakan pergi situ. Memang rasa sangat suasana dia. Tak ubah satu apa pun. Tapi kalau nak suruh tidoq situ, memang tak lah, sebab entah, rasa spooky semacam. Sebab dia pasang pun lagu lama. Pekerja yang kami nampak pun ada 2 orang. Pun dah masuk umur 50 kot, mungkin lebih. 


So tu jer lah cerita Bukit Bendera, nothing much you can do up there pun unless you like a bit of an adventure, yeah dipersilakan take the hiking trails up the hill. Hehehe :P






ShilaShower
1 Comments

1 comment:

  1. wawawa Bukit Bendera. Sudha lama tglkan Penang.. Rindu lak ye

    ReplyDelete

feedburnerfacebooktwitteremail