JANA EXTRA INCOME bersama Herbalife

Kahkahkah! Terus rasa skema guna perkataan JANA. Sebab tak pernah guna. Macam tengah buat karangan BM jap rasa. No, takda salah pun perkataan tu. Cuma kita kan biasa guna 'bahasa pasar' so bila tiba-tiba nak guna bahasa baku rasa macam heheheh tengah sekolah. :P

Bahasa mudah dia buat extra income, tu ja. Hehe. Eyh cop twit! Korang jangan nak imejin aku macam Cik Bedah MLM bawak henbeg beso bawak file datang kat orang suruh masuk bisnes, invest ribu-ribu, takde duit pegi buat personal loan. Kofkofkofkofkof! I am nothing like that. Not a single percent close to that. Please ok? I've met many people out there, yang aku bawa cuma penimbang Tanita waahahhahaa. Pastu bawak buku sebab nak ajar orang macam mana kira calories, nak pilih makanan, macam mana nak lose weight the healthy way, ajar minum air, haaa itu ado.

I said generate income, sebab sebelum ni kita tutup mulut je, jual products, tolong orang lose weight and that's it. Padahal, sebenarnya ada lagi peluang untuk orang dapat side income apatah lagi orang yang dah dapat products results. -______-" Sebab entah, rasa malas bukak mulut. Rasa macam jual sudahlah. Kehkehkeh.

Tapi tu lah, lepas pergi kelas, kena brainwash sikit pakai clorox, baru nak betulkan attitude, betulkan mission. T___T Betul, Herbalife boleh bantu untuk kita improve kehidupan. Itu yang mengikut pengalaman peribadi saya ok? Kalau you memang ada encounter dengan distributor yang paksa-paksa you all beli barang siap suruh buat bisnes gedegang then he/she left you half way, mak enchek mintak mahaplah, mungkin orang tu belum betulkan mindset dan niat dia.

Herbalife ni konsep dia mudah, sebelum kita nak buat bisnes, kita nak jual produk kita, kita kena guna produk tu. Kita kena tunjuk hasil produk pada diri sendiri. Kena tunjuk how in love and yakinnya kita dengan produk itu. Pastu baru lah boleh pong-pang-pong-pang pegi jual. Eyh, itu pun tak payah susah-susah pergi bawak katalog jumpa orang ok? I don't do that. You think I got time meh to do that? Nooo lah.

Be the product's result, nescaya berduyun orang akan datang cari you, yang nak tahu apa you buat dan nak jugak buat benda sama. Results here bukan bermaksud lose weight semata. Ada orang gain weight, ada orang pulak tak ada masalah berat badan pun. Tapi Herbalife dah bantu dari segi aspek kesihatan lain. Gives more energy, improve masalah kulit muka, resdung, migrain and period pain. Contohnya lah. Itu yang kebanyakannya.

Niat pun kena betul, nak bantu orang untuk lebih sihat. Keyword bantu orang dengan ikhlas. Tapi yer lah, kalau coach sorang jer nak bantu pun tak aci lah kan? Dah coach dah ajar, sila-silalah ikut apa yang diajar. Pastu rajin-rajin bagi update. Jangan duduk sonyap-sonyap jo. We do the healthy way, so saya percaya mungkin ada yang tak sabar, semua nak hasil berdesup ajo. Ini makanan nutrisi fully loaded ye, bukan supplement bukan ubat kuruih. Kita buat cara sihat, maka hasilnya pun sihat. Okies?

Ada jugak orang tanya, ada kesan sampingan tak? ADAAA WEHHH. Turun 15kg pastu tak naik pun, aman damai je aku masak-masak lepas tu. Pastu dah pandai nak amalkan cara pemakanan sihat, sekali sekala terbabas tu takpe boleh control. Pastu dah pandai minum air masak banyakkkk. Pastu lagi energetic, pastu lagi rasa muda belia macam adik adik wahahahha sile lempang sekarang. Haaa, camtu lah side effects dia. :P

Now, tell me, ada tak produk penurunan berat badan lain yang datang dengan coach sekali? Yang ko pegi timbang buat body analysis free? Belasahlah tak kira lokasi, dari parking lot, stesyen minyak, toilet or mana-manalah yang ada permukaan rata untuk letak penimbang tu. Hahaha. Pastu siap ajar guna, follow up, siap buat blog entry tentang info kesihatan segala, hado? Hehehe, Herbalife ada. But get the right person lah hahaha.

Eyh, tadi bukan kita cakap pasal nak generate extra income ke? -____-" Tu selalu melalut merepek. Ok, senang cerita, kena pergi event. Event ni macam eye opening, turning point untuk kebanyakan orang, kenapa dia pilih Herbalife. Kalau sorang-sorang or just between me and you, kita memang tak nampak bigger picture. Same case happened to me. I was damn lazy nak pergi event dulu, sumpah malas gila. Padahal dah turun 15kg and confirm-confirm peluang tu luas nak buat income. Tapi malas.

Adalah sekali dulu pergi Success Training Seminar kat Pullman Putrajaya, dalam malas-malas tu pun balik jadi Supervisor okeh. Pastu tidoq, hibernate tah apa benda buang masa. Then pi pulak second event Herbalife last Jan, Spectacular! Masa ni baru rasa macam kena pelempang suruh bangun tidoq. Bukak mata. Alhamdulillah, this month second cut WORLD TEAM. Sila doakan coach hip-hip-hurrey korang ini. Itu pun rasa belum full blast, sebab mak enchek ni part time je. Hehehe. Tapi nak kata tu, peluang memang ada depan mata. Nak dengan taknak ja.

So, sapa yang rasa dia macam tengah-tengah, atas pagar, nak kejap, taknak kejap, sebab macam blur-blur lagi, nah, ada TIGA EVENTS SAYA NAK JEMPUT DATANG. 3 EVENTS yang insyaallah mampu bantu diri kita untuk pilih apa yang kita nak sebenarnya. All you need to do is bawak diri dengan otak dengan minda dan hati terbuka. We are not talking about doing MLM business and dump big RM pastu lantak hang nak pi juai macam mana. WE DON'T DO THAT. Sekarang kita nak cakap tentang beri peluang pada diri untuk datang and tengok and fikir and decide. That's it. :) I was once skeptical about doing all this, but I know one thing for sure, Herbalife products work wonderfully for me.

Ok, event pertama. SUCCESS TRAINING SEMINAR.

Date: 24th FEB 2013 (Sunday)
Time: 11.00am - 4.30pm
Venue: Marriott Hotel, Putrajaya
Ticket: RM40 (onsite tix)

Next, event kedua ZERO to HERO

Date: 13-14 APRIL 2013 (Saturday Sunday)
Venue: Gambang Resort City
Ticket: RM260 per pax (Early bird price while stocks last gitu. Inclusive makanan & penginapan 2h 1m)

Nak tengok apa wonderful testimonials orang lain, setakat Shilashower turun 15kg belom meletop lagi sebenarnya, there are people yang turun sampai 30-50kg dengan Herbalife. Serious ok, no wakenabeb story here. Betui betui punya real life testimony. Nak tengok macam mana how these people generate income, sebijik-bijik semua orang ajar. Nak buat kat internet? Nak buka booth? Nak bukak club? Nak buat roadshow? Shake party? Facial party? Tah apa semua segala modus operandi depa ajaq.

And paling penting, to look at how humble golongan orang yang income berpuluh ribu dalam Herbalife ni. Huhuhuhu. Yang ni yang mak enchek cam insap sikit ni. -______-" Ini antara sebab musabab yang ubah pemikiran "kalau MLM je nak BMW, Mercedes. Nak henbeg 20 ribu. Nak kasut brand-brand, nak baju sakan-sakan" You get what I mean. All those material stuff sebagai lambang kejayaan. Sorry saya tak bermaksud nak menyakiti hati sesiapa, mahupun membuatkan anda sentap, but even if I tak cakap pun, I bet 90% of you guys out there ada mentaliti yang sama dengan saya kan? Kan kannnnn? Tok sah dok muhung.

But these people I met, Masya Allah, they earn like what, 100k per month? Pakai jubah saja, all black gitu, takdak susah payah bawak Prada Mada segala. Cukup tertutup segala, tak payah makeup lima inci (kang nak solat susah, serious) very humble, waaaaaaa nak nangis sekarang, sebab rasa tah kejap eyh. Pause. I feel like burying my head in the ground. Parents and kids and siblings come first. Everything about family. And they are so young. Like super young! Age 25 below.

Mungkin ada yang orang buat business, segala hasil di potraykan melalui harta benda. Tak salah, itu pilihan dan kemampuan masing-masing. Bukan semua buruk pun. Cuma syukur alhamdulillah, Allah temukan jodoh saya dengan orang yang positive dan lebih merendah diri. So kepala hotak ni dah teradjust sikit. Harap-harap banyak lagilah, baru sejuk hati Mat Kown. Hehe...Kalau tak, dapat duit Nuffnang beli baju. Duit diapercakes beli baju. Duit Herbalife beli baju. Seumur hidup beli baju pun tak cukup lagi. Haha.

Yang ketiga level international punya event. EXTRAVAGANZA!

Date: 15-16 JUNE 2013 (Saturday Sunday)
Venue: BANGKOK yawwww!!
Ticket: RM365 per pax (training only, itu pun early bird punya dah habis. Package ke sana itu offline discuss, sebab go by group)

Yer, sungguh panjang rupanya entry hari ni. Lepas geram, sebab sepatutnya dua entry ni, tapi jadi satu. Maxis berukband punya pasal. Nyampah betul. Konon-konon takmo amik Unifi sebab online dekat rumah pun waktu malam je, itu pun kalau online. Nampaknya kena kembali kepada TM jugak lah ini macam. Kenot tahan with super siput sedut punya slow Maxis tu. Isk!

Ok, dah kalau ada yang rasa-rasa nak cuba datang event, at least give yourself a chance untuk STS Ahad ini, or better ZERO TO HERO Gambang April ini (sangat disarankan) Sekian terima kasih.

Shila 019-6097695 (shilashower@gmail.com)


Haha baru buat. Jumpa clients bawak diri sendiri je senang, tak payah cerita hal orang :P


0 comments:







Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs