Where I buy my baju :P

Ini adalah entry menjawab soalan secara berjemaah nama dia. Sebab satu soalan sama, yang bertanya ramai hehehe. Lagi-lagi di Instagram. Kalau nak reply secara individu, I is pengsan. Iye omak-omak sekalian (well most of them mak-mak pun), sekarang saya kongsi dari mana saya beli blouse-blouse itu semua. Jangan dirisau, semua dari kedai harga mampu milik. Jarang sekali saya beli blouse yang sehelai je dah RM199 sebab entah, otak orang accounting memang tahap berkira sangat kot hahaha. My philosophy is "harga biar sedang-sedang, janji dapat banyak" muahahaha. Sekarang angkat tangan siapa yang berkongsi falsafah baju sama dengan kita? ^____^ 

(Top Brands Outlet "Buy 2 RM69", necklace Lovisa, flower power brooch Forever 21, bangle Jalan TAR. Ha camtu lah standard remarks OOTD WIWT blogger-blogger fesyen haha. I is no fesyen blogger ok)

Tak salah pun nak beli mahal, ikutlah poket sendiri, pendapatan sendiri. Kalau mampu Chanel atas bawah depan belakang luar dalam apa salahnya, sendiri punya wang jugak keluar :) As for me, sekali sekala ada jugak kita melalut borong from Forever21.com, online from US ship balik Malaysia. Ada jugak yang dari UK guna servis ShopShip tu, tapi ni sekali sekala aje. Yang berkala-kala tu dekat website online dengan Brands Outlet Ikano Power Centre! Yang penting, pegangan fashion kita macam yang kat atas tadi, nak harga sederhana (murah the better!) tapi boleh beli banyak hehe. 

Jacket Forever21, order online ship balik Malaysia. Guna HopShopGo.

Jacket H&M, UK mari, guna ShopShip service.

Top jenama Jalan TAR hehehe. Necklace Marks & Spencer. Flower power brooch H&M. Bangle Forever 21. 

Owh ada lagi murah. SERIOUS. RM25 je selai. Dekat Jalan TAR. Yer janganlah kau orang nak cebik-cebik muka sebab yang RM25 sesungguhnya sama serupa macam dok beli dekat blogshops tu tapi depa juai harga dua kali ganda, kadang-kadang lebih lagi. Cuma yang RM25 tu nasib-nasib lah, sebab cutting tu macam nak bagi anak dara je pakai, mak dara tu size ikut nasib. Walaupun nama dia FREE SIZE tapi idok ler se-FREE mana. Eyh, sebetulnya, free size ni merangkap dari size apa kepada size apa ha? Tak pernah la pulak nak check kan. Sebab opkos masa kita dulu size UK20 tu tak free punnnnn. Haha.

Accessories pun sama. Most of it dari flea market The Curve tu sajo. Tak pun Diva. Recently only baru tau pasai Lovisa, itu pun beli dari website Aussie dia walaupun ada je kedai dia dalam Malaysia ni. Haha. Tapi harga dirt cheap, kenot tahan. Rantai yang kat sini RM100++, beli kat Lovisa baru AUD9! Beli pulak masa tu ada 3 for 2 deal, wahahaha memang bahagia. Jalan TAR punya accessories pun banyak. Tu lagi murah. RM6 pun ado. Agak nak beli melambak sila kawtim harga dengan tuan kedai. 

Tudung sekarang dah back to basic. Yang printed square scarves berlambak tu semua terperuk jer dalam almari. Ah biasalah, zaman memang macam tu, berubah. Esok-esok nanti orang balik pada nak pakai Tie Rack look a like scarves, kita bawaklah keluar balik. Itu jam, tudung lama kita dah jadi fashion vintage! hehehe. Tudung bawal, kamu orang pergilah ramai-ramai dekat bangunan sebelah Semua House tu, tah apa nama, bawah tu ada Kedai Bunga Reben. Silalah pergi borong tudung bawal warna warni RM5 sehelai. Sekian. :P




Ok, empat yang atas ni contoh-contoh baju Brands Outlet. Yang bawah ni, tak payah bagitau pun orang tau hahaha. Poplook. Walaupun beli online, tapi tahap nak berebut onyomatgesetgo tekan mouse add items to cart! Sebab cepat sold out!




11 comments:








Ayuni Ayatillah

said...

Thanks for the sharing! I really love your blouses. Sekarang ni I pun suka pakai blouse longgar n jeans, and tak berapa gemar double layer. Panass..

Great style you got there, keep it up :)





LisaLisut

said...

Hi shila. Yesss we share d same philosophy hihi. Biar murah tp dpt byk haha. Brands outlet skrg keluar patterns mcm online shops. Dhla buy 1 free 1( lah sgt haha). I ske lovisa.just found out ms g sephora paradigm mall last few months hehe. Thanks for d other infos :)





mama ila

said...

wahhh..cantik2 blouse shila..pandai shila berfesyen...

salam kenal..ila follow sini =)





f.i.e.z.a

said...

u make me wanna lose weight and look good too. like you.

inspirasi ni so that dapat pakai cantek2 :)





farhana shamsuddin

said...

sgt suke bga ribon akak!





feifairuz

said...

I is suka ur prinsip, biar murah tapi banyak n pandai gayakan.. Kita tunggu projek baby ni setel baru mula balik bergaya2.. Mak pregnant xde mood nak cri baju..Huhu





Liyanaroxx

said...

suke semua blouse shila :) hehehe patut mcm kenal jerk..Brands Outlet rupanya..give me 5! philosophy "harga biar sedang-sedang, janji dapat banyak" tuh mmg kita leh geng ar ;p





WawaYuni

said...

Shila..pants beli mana?





NORHAYATI SAID

said...

salam..hai tak nak ke ajar cara beli barang guna shopship & hopshopgo? teringin sgt nak shopping online us & uk tp xtau





NORHAYATI SAID

said...

salam,
hai boleh tolong ajarkan cara beli online us & uk guna hopshopgo atau shopship?





mamamia

said...

Cantik2 ur blouse ;)




Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs