Kids aviator sunglasses

Ok. Macam biasa, entry menjawab soalan favorite rakyat Instagram dan Fesbuk.

"Beli spek mata boys dekat mana?" Atau lebih specific yang pesen aviator ni.


Jawapan dia, MERATA. Dari butik Obaibi Pavilion sampai ke pasar malam. Haha. Seriyes tak tipu. Janji tak mahal sangat. Sebab budak-budak, jenis pakai-letak merata-hilang! Macam tu la dok ulang cycle dia. Kalau nak harap beli branded sunglasses dekat anak, kirim salamlah. Adam tu mungkin boleh consider lagi sebab dia cermat dan hemat, tapi Aiman memang sadaqallahul azim. Pagi beli, petang hilang. -____-"

So antara kedai-kedai yang emak-emak semua boleh cuba ziarah lepas ni ialah Padini Concept Store (pergi bahagian budak), Brands Outlet (kadang-kadang ada aviator RM10 je, smart sangat!), Obaibi, FOS or best, pasar malam or flea market. Mothercare and Toysrus pun ado, tapi style macam sunglasses for cycling dengan wayfarer, tapi harga tak murah sangat. Dalam RM29-RM35 jugak per piece. Of course aviator the best. Baru nampak kacak tampan bergaya macam Adam Mukhriz kan. 



Tapi yang paling penting konfiden kena tahap tertinggi. So hentam style apa pun tetap bergaya. Macam Aiman. Dah pakai aviator, mana orang tau naik flight pagi tu mandi ke tidak muahahahaha. Sebab lagak dia tu lebih bukan main :P 








Akhir kata, yang ni satu saja yang tak terdapat di pasaran. Memang spek antik! Heheheh. Spek mata ala Professor Klon :P



4 comments:








:: Cik Viva ::

said...

ensem & bergaya =)





Nurul Nadiah & Khairil Syazwan

said...

hansomlah anak-anak kak shila awwwww





Love Razila

said...

Shila...anak u ada gak pagi beli petang hilang, anak ku si Aryan...beli, kekadang lom sampai rumah dah patah *_* sentap mak nak beli lain. Bila dah patah mulalah rampas abang dia punya...rebut punya rebut patah gak =)
Macam2 perangai anak2 sib baik kalau pakai I or my husband punya spek dia pakai elok2 kalau tidak, mak karate kat situ gak. Hahaha...
Actually ada gak dia patahkan spek I, sampai sudah i keep je sebab sayang sgt...limited edition =( suh my husband gam kan...haram, sampai laa xbergam..balik2 dia suh buang je. T___T





monamie

said...

hensem~geram dua beradik nih!




Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs