Dual Language Program - DLP Darjah Satu

We hope we made the right decision. 

Semalam dapat surat dari sekolah, Aiman Haris being offered to join the Dual Language Program by Kem. Pendidikan for which dia akan belajar Math and Science in English. SAMPAI UPSR dan membawa ke SPM lah senang cerita. Tough decision to be made. 

Bila tanya cikgu, on what basis they assessed Aiman, dia cakap marks Aiman average tapi dia boleh bertutur BI and converse confidently, so dia di-consider. And berpindah kelas lah dia (habis Mummy kena buat sticker baru haha). 

Hard time to decide, yer la, ini sekolah kebangsaan biasa je, bukan kawasan elite pun, bukan private school, which majority of pupils do not speak English as a first language, boleh ke Aiman cope sampai form 5. Yang bercakap B.I dengan dia cuma Mummy and Maktok itu pun sebab lepas 2 tahun dekat Brainy Bunch (and bukanlah setiap masa), Ayah cakap loghat Kedah, Tok Wan cakap loghat Kelantan. Haaaa gitu. 

Bila tanya opinion Abadam, Abang rasa Adik senang buat English ke BM, dia jawab "tak payah la BM Adik susah lah. Ada KONSONAN BERGABUNG, FRASA lah apa lah" Hoihhh tu BAHASA MELAYU, dah kalau nak tanak belajar BM nak belajar bahasa apa? Uganda Utara? 

Bila tanya Aiman, "you like your new class or you like 1 Bijak more?". Dia jawab kelas lama, sebab duduk bawah kipas. Hadoih, pun tak membantu nak decide. Tapi flip buku-buku Brainy Bunch dia, Math and Science in English, so tak pelik sangat untuk dia nanti. 

Bila tanya Ayah Pak Ngah Kown pulak, "takpa proceed, good for him. Lagi pun Aiman macam Ayah. Ayah pulak takda beza sangat dengan Brad Pitt, so memang ok belajar in English". 

-________-" 

Tak membantu betul rakyat dalam rumah ni. Above all, sebenarnya bukan risau capability Aiman, sebab baru standard one, tak fair kalau decline just sebab kita under estimate anak, TAPI bila setuju tu, maknanya we as parents, kena put extra efforts untuk guide him sampai UPSR lah. For which, memerlukan ketabahan yang amat sebab Adam kita kena monitor in BM and Adik in BI, so makpak kena belajar Math and Science both languages. Hahah. So sebenarnya tough dekat kami. Dah la lepas briefing tadi, kena isi terus borang kebenaran, tak sempat nak fikir lama-lama. Dengan nak fikir decision ni betul ke salah ke, nak fikir team tengah setup party dekat USJ nuuu ok ke tidak, akhirnya Mummy benarkan dan dengan ini cabaran bermula. 

So kalau ada cikgu-cikgu sekolah rendah dekat sini, yang ada set soalan Math and Science in English (sebab rasa 2016 dah start DLP kan? Tapi few selected schools), tolong lah DM and share dengan saya hehe. 

P/S: Kalau nampak Mummy dekat pusat tution tu, bukan anak yang pegi, Mummy yang pegi haha. Mak kena belajar Math and Science dua bahasa, dah la terms lain teruihhh. Condensation = Pemeluwapan. Ha gitu.



2 comments:








Linda

said...

hehehe....tak menahan duduk bawah kipas tu....anyway congrats ya Aiman, semoga dipermudahkan insyaAllah untuk Aiman dan parents :)





iduraz

said...

wahh..tahniah aiman..insyaallah dia boleh cope..budak budak ni terang hatinya..:)




Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs