Kehidupan Shilashower Selepas 2 Minggu Sesi Persekolahan 2017

Haha, tajuk drama sangat. Macamlah sebelum ni takda kehidupan. Sebelum ni ada jugak, cuma involvement pada aktiviti sekolah anak tak berapa nak serious sangat. Yer lah, sorang baru darjah satu, sorang tadika, chill lah. Adam standard one, kita orang tak kisah sangat dia nak belajar ke main ke, yang penting homework siap, exam jangan melingkup sangat hehehe. Tengok dia pun relax je, takda komplen susah ke apa, exam pun score, so kami pun tak kalut apa. Aiman lagi tak payah cerita, masa awal-awal tadika, ada hari pergi, ada hari tak pergi haha. Tapi last-last tu rajin dah pergi Brainy Bunch, sebab dia seronok satu macam.

Tapi 2017 dah lain. Belum apa-apa, Adam Haris dah start meluahkan perasaan, "darjah 2 ni subjects dah makin susah lah Mummy". Ok, dah macam red alarm tu, anak needs help. Baru first topic Math dia macam blur-blur, and I was like biar betul Adam Haris ni. Sebab Adam ni jenis competitive, sangat jarang dia nak complaint susah, usually dia akan pulun dulu kalau tak dapat baru mengeluh. Sekali bila I check buku, ya amponnnn memang melambak terms tak faham haha. Mummy pun tak faham, apatah lagi budak darjah 2 ni. 

So bermulalah sesi tution dengan Mummy Shilashower. We decided to start early. Monitor dari awal, sebab mengikut perkiraan, by the time nak exam pertengahan tahun, rumah ni ada new baby, so Mummy mungkin sedikit kalut time tu. So while I am still free now, I decided to follow each thing dia belajar dekat sekolah. Buat mini poster with important points for Adam, guna Illustrator baru meriah hehe. He seems happy with that, sebab bila pergi sekolah, cikgu ajar dia semakin faham. Mummy ni tak pandai sangat mengajar, lebih nak jadi monster je, tapi kasih sayang tuuu tak boleh beli dekat mana-mana, ingat tu.


Tapi rutin, bukanlah hari-hari belajar. Hari sekolah takda pun, balik malam I allow them to play, tengok tv ke, main game sikit-sikit boleh. Yer lah, siang dah sekolah kebangsaan, then sekolah agama, takkan nak push study beria, sikit-sikit sudah. Hari Sabtu, hari main sepuas hati. Hari Ahad je kena allocate 2-3 jam untuk revision, which Mummy dengan Ayah akan monitor. Tapi bab mengaji bagi dekat Ayah, kesabaran dia tinggi sikit haha. But all in all, I think allocation time tu masih banyak kepada main, so fair lah, bukan strict sangat, only few hours on Sunday untuk tengok buku sekejap. The rest, biasanya dia orang mengadap Xbox main Minecraft, takpun Lego, swimming and etc.


Aiman on the other hand, belum dapat buku teks. Sebab Aiman dapat offer untuk join DLP class. Dual Language Program, belajar Math and Science in English. Kita orang amik masa jugak nak fikir, untuk agree atau tidak, tapi bila tengok terms Bahasa Melayu pun equally susah, so kami pun agree. Ramai jugak parents tak agree, mainly sebab takut kemampuan anak, and some dekat rumah tak biasa dengan English, so takut tak dapat bantu. Aiman ni, bab spelling reading tu masih nak kena improve, cuma dia boleh bertutur so cikgu masukkan dalam potential kids. Takpe lah Aiman, kita accept je. Dalam hidup ni mana ada benda senang. 

Yang sekarang kena sambung belajar teruk ialah Mummy. Kena belajar subjects Math Science darjah 2 in BM and darjah 1 in English hahaha. Esok baby keluar, dia dah pro dua bahasa Math and Science hehehe. 

As for daily routine, hari-hari I still pergi teman dia orang makan waktu rehat. Haha over kan. Dah sekolah bagi masuk sebulan, memang sebulan la muka Mummy dekat sekolah. Budak-budak sekolah pun dah kenal, "ini Mak Adam Haris dan Aiman Haris" hehe. Pergi sekolah, balik sekolah pun either me or Kown but most often my parents tolong amik. Zaman bahaya ni, memang kerja tunggu tepi sekolah je lah. 


Bab monitor harta benda, Adam ok, barang all masih berlabel and cukup. Aiman pun sama jugak tapi dia ada extra. Almost everyweek ada barang kawan hahaha. Bila tanya kenapa suka angkut buku kawan ni, dia jawab, "sebab everytime before balik, kawan dia tinggal buku atas meja, takkan nak biar, nanti buku dia hilang". Haaaaaa gitu pulak. Ok lah, 10 markah untuk perilaku bertanggung jawab. :P Ada sekali tu, sampai 5 bijik buku tulis kawan dalam beg dia, dia kata sebab kawan tu tertinggal dalam drawer, hahaha jenuh pikul.

Sekolah Agama pulak, dah dapat buku teks. Buku pinjaman, tapi ya ampon, taktau nak kata tu buku ka roti kirai. Nak bukak pembalut pun taktau kot mana. Then baru flip muka surat sikit, dah bersepai habis pages haha. Buntu nak buat apa, Adam pun sedih tengok buku dia, we decided to buy a new ones. Tapi mencabar la baq hang nak dapatkan each text book sekolah agama. Sebab buku ni keluaran JAIS which tak jual dekat kedai-kedai buku, walaupun macam Pustaka Mukmin, Minerva bagai tu. Until a friend suggested, cuma call company yang print buku tu, and ask them where to buy the books. Haaaa sampai camtu lah nak mencari. But we finally dapat beli buku baru untuk Adam Haris. Printer companies satu in Melawati, satu in Templer Park and satu lagi dekat Balakong nuuuu. Nak bagi anak belajar gembira punya pasai, gigih Ayah drive jauh-jauh sana sini hehe. Buku satu RM3.50-4.00 je weh. Minyak kereta mahal lagi hehe. Nanti kita share details kalau ada parents nak beli buku teks sekolah agama Negeri Selangor untuk anak.


Ok got to go. Nak waktu rehat budak-budak ni dah. Camni lah rutin hari-hari for now. Hehe...


3 comments:








amirah

said...

tried to get new text books also for my son untuk sek agama..samalaaa...mcm roti kirai..aduhai..tp til now cannot get one sbb tak jumpak lagi





nurrulwahidah

said...

Assalamualaikum,
Nak tau sgt kat mana beli buku teks jais tu.. buku anak kita pun dpt dah rupe belacan(⌒o⌒)





Nazratul Ain

said...

salam boleh minta detail beli di mana?
sanak sy pun tahun dua juga.. buku dia mmg x ckup sifat dah..
tq in advance




Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs