April Baby Coming Soon!


Lamanya tak update blog. Cerita memang macam-macam ada dalam kepala, tapi masa sangatlah limited. Selalunya tak ada masa nak sort photos (resize and filter) hehe, sebab macam tak syok kalau tulis entry without supporting photos.

Tapi hari ni ada check-up dengan doctor, 36 weeks. New baby coming soon. Rasanya macam tak cerita sangat about pregnancy number 4 ni (doctor counted as #4 sebab #3 miscarriage), eh ke memang tak pernah cerita? Kesian baby ni. :P Unlike Abang Adam, almost every day (if possible) nak tulis pregnancy journey tu hehe, biasalah first timer, semua nak record. Aiman 2nd child, record jugak sikit-sikit, yang ni langsung record tidak dapat dikesan.

Anyway, after 7 years, this round rasa macam first time jugak. Macam-macam benda rasa blur. The early stages lagilah rasa takut tu macam-macam, sebab first trimester kan fragile. Nak makan, nak buat kerja semua hati-hati, tapi bila masuk 2nd trimester haha terus meligat sakan. Moving to 3rd trimester, merasa la jugak minum air gas hehehe, tak tahan la oihhh F&N Strawberry dengan ice penuh, sedapnyaaa.

First two pregnancies dulu, tak ada langsung morning sickness. This one, first trimester ada sikit-sikit, and paling tak boleh kalau perut kosong. Foods tu memang kena sedia ada. The moment rasa macam lapar or perut kosong, memang terus nak muntah jadi dia. Different pregnancy journey different story gitu. I was crazy lazy in the beginning; malas masak, malas kemas rumah, malas lipat baju, malas kerja, malas practically everything hehe.

Dah 25th weeks baru kehidupan back on track, in fact macam terlajak rajin towards the end ni. These last few weeks, baking memang back to back, in between uruskan Adam Aiman sekolah, kadang-kadang pergi tengok dia orang waktu rehat, then manage Gloria Jean's (at KPJ Selangor, Shah Alam, jemputlah datang hihi) and balik malam selalunya uruskan hal-hal rumah lagi. Don't know where the energy came from, tapi memang lain macam kerajinan dia.


Semalam, I was busy the whole day doing laundry (6 loads washer+dryer) plus 2 rounds hand-wash baju baby. And lepas tu settle lipat, kemas, sangkut and all. Sempat jugak lari pergi cafe dekat Shah Alam, kemas master bedroom, before finally 'kong' at 1am haha. Tidur awal pun bukan lena sekarang, macam insomnia pun ada kadang-kadang. Pusing sana, pusing sini, tinggikan bantal semua serba tak kena, last sekali bangun tengah malam vacuum rumah. 

Nanti confinement dekat rumah my mom, so ada few things dekat our house kena settle dulu. Laundry basket kena empty, mountains of bajus nak kena fold and sangkut, Mat Kown's shirts nak kena iron dulu banyak-banyak (at least for two weeks usage), dapur kena lap berkilat, lantai nak mop and paling penting toilet nak kena cuci bersih dulu. Then ok, baru tenang to leave the house. Sebab balik nanti lepas pantang kan dah ada baby, don't know what the routine will be like, so baiklah settle rumah cantik-cantik dulu.


This round pun agak independent dah berbanding zaman Adam & Aiman dulu. Dah tak harap Kown teman serba serbi. Maybe umur pun dah berapa, anak-anak dah besar, Kown pun kerja banyak and busy, and since I am very mobile, lebih senang buat sendiri. Checkup pun banyak pergi sendiri je. Sebab lama sangat nak tunggu, bawak Kown pun buang masa dia je, baik biar je dia kerja haha. At least dia kerja boleh jugak duit masuk, satgi yang nak mintak serba macam sisthurrrr jugak :P

Still driving at 36 weeks, walaupun jarak dari stereng tu agak jauh dah, sebab perut very pointy this time. Thank you Allah for my height, at least masih boleh nampak jalan raya walaupun duduk jauh sikit dari stereng kereta hehe. Hari tu I jatuh, eh tak hari tu sangatlah, last few days. Jatuh dekat parking, sebab masa tu baru lepas hujan, so the parking area was wet. Luckily time tu both hands kiri kanan pegang Adam Aiman, so jatuh tu tak la terduduk sangat. Tak panic nak pergi clinic pun masa tu sebab masa 24 weeks dulu pun jatuh jugak haha. Tapi doctor kata wait for 24 hours, monitor baby movement, or severe pain or ada bleeding ke apa. Since baby gerak ok, active as usual, I relax je.


Sekali bila bagitau Kown kita jatuh, dia freak out lah, lalu chase me to go to hospital. He was not around that time, tu la kot dia yang over panicked padahal I duk kat rumah tengah chillex makan cupcakes Wondermilk (my staple foods this pregnancy, apa la nak jadi ni). So I left my two kids dekat rumah my parents, lalu drive pergi emergency Pantai Bangsar. Sampai dekat labor room (close to 11pm), nurse tanya, "husband mana? mak ke?" I jawab takde, I drive je datang ni hah. Terjojol mata dia tengok Shilashower haha. Told them my husband outstation, mak I jaga my kids, and I am completely fine to drive, so no need to wheel me. Sebab dia paksa suruh duduk atas wheelchair and I refused. :P Masuklah labor room kejap for monitoring, baby heartbeat ok, actively moving walaupun dah midnight and no contractions, so boleh balik. Told them, jangan surprise kalau nak bersalin pun I drive sendiri pergi hospital haha (ok joking, don't take this seriously). Eh tapi kalau takleh fikir time tu mana tau, tiba-tiba waterbag pop dekat Bangsar Village ke apa ha gituuu. 

Preparation barang baby this time agak nak pengsan, macam anak first jugak gaya dia. Sebab semua barang tak ada. Only left with stroller and breastpump je. Itu punnnn, service balik and tukar parts Freestyle, dekat 700-800rm. Boleh beli Swing kot. Service dah RM75, then beli charger, tukar connectors parts, tubing and corong tu, so melayanglah RM tu. Itu pun nanti tengok later baru beli battery baru, sebab tu pun ala-ala nak kong jugak, tapi battery Freestyle harga 400+ ahhaahaha nangis. So tak beli. Guna plug point je la dulu, after all I tak kerja office dah macam dulu, so harap ok lah.



Akhir kata, doakan for a smooth delivery and baby ni keluar 14 ke 15 April haha so next year I boleh buat kek 4 tingkat. :P And harap normal delivery la hendaknya, sebab this time dah tak ada PM Care untuk berkhidmat macam zaman kerja TM dulu heehhe, sekarang PM Kown je hadoooo. Jangan botak terus suami sis sudeh lerrr.


ShilaShower
0 Comments

No comments:

Post a Comment

feedburnerfacebooktwitteremail