Alana Admitted to Pantai Hospital Bangsar

RSV leads to Pneumonia.

It started with normal batuk, tak ada demam and later stuffy nose. So kami pi je klinik biasa. 2 clinics. Both clinics cakap, "biasa je ni takde apa". Fine. One week still tak ada improvement, bunyi phlegm dah makin sakan.

Then she started to develop fever, mula2 mild fever 37.5 and later on 38-38.5. Eh takleh jadi ni. Hingus pun dah sikit2 greenish.

To Pantai Hospital we went. Eh tak. Dome breakfast dulu lepas tu Mothercare sale haha demi sleepsuits 40% + 10% katanyaaa. 😂



Bila paed dia check, dia kata, "I'm not going to let her go this time. Bunyi teruk!". Sebab Alana sebelum ni 2 kali nak pernah kena tahan tapi Mummy biasalah cuba membuat alasan untuk take ubat orally at home. 😆 This time tak lepas heheh.

So bermula lah edisi percutian di Pantai. Dengan pemandangan nothing of beach but Menara TM tempat kerja lama Mummy. 🤣🤣



Still here in PHKL but progressing well. Ubat all taken orally, antibiotic satu makan and satu lagi jab DAILY. Hari-hari kena cucuk drumstick. Huh, tak kelakar betul. 😭 I tanya doctor kenapa tak set iv line, dia kata sebab baby and susah nak jaga and sebab dia chubby haha. Nasib baik labu manis ni makan ubat walaupun ada struggle dia.

Remember I cerita masa pregnant, I letak wallpaper Syrian Olympic swimmer Yusra Mardini? Because I want my daughter to be just as strong as Yusra Mardini? I think she is. Everyday ada 4 ubat orally, nasal spray, neb (ok ni tak sakit, dia suka je), physio, SUCTION, antibiotic jab, yet she still so chirpy like nothing happen. Isk. Kita yang adults ni, kalau sakit kepala sikit pun rasa nak lempang orang dah. 



I'm not going to elaborate further on the reasons why, I think everyone knows but please keep your hands clean dengan small baby. Smoker kalau dekat baby, even dah basuh tangan pun, particles asap rokok tetap ada di baju. Parents with school-age kids, kalau anak batuk teruk jangan la bagi anak pergi sekolah. Lagi-lagi kalau anak tu tak vaccine. Eh. Eh. 🙄 

Aiman started the batuk episode dulu. Vaccine schedule dia complete tapi tu la, terjebak juga lalu handover dekat Alana Si Labu Manis. 

Alana is due for her Pneumococcal jab this week sepatutnya, tapi dah kena serang dulu before amik additional vaccine. But maybe dia breastfed baby, so progresss nak sembuh tu cepat sikit.

Lagi satu nak pesan, young/first time parents terutamanya, AMIK INSURANCE. Selalu first timer ni, barang baby kebabom, insurance takmo amik. Jangan begitu ok. Walaupun kerja company cover, amik je. Alana kami amik one month before dia lahir, so bila lahir je terus boleh jalan "grace period" tu. Rasanya ni, bil lagi tinggi dari amount premium yang baru 6-7 bulan kami bayar. Worth ke tak worth tu? (Tak jual insurance, cuma pesanan khidmat masyarakat).

Sekianlah. Mummy is bored. And. Kenapa Najib tak buat rokok harga RM50 sekotak? Asyik naik harga minyak buat apa. Isk. (Jangan dia reply "Amboi" pulak kang hahahhaah).


1 comments:








Puteri Nazlin Alamin Wan Zainal Alam

said...

Shila ambik insurance apa ye for Alana?




Post a Comment