Showing posts with label DLP. Show all posts
Showing posts with label DLP. Show all posts
Aiman Haris and Dual Language Program (Standard 1 DLP)

Aiman Haris and Dual Language Program (Standard 1 DLP)


AIMAN HARIS. AFTER ONE YEAR OF DUAL LANGUAGE PROGRAM

(Entry mainly based on personal experience, saya bukan Cikgu, bukan jugak parent yang bersungguh-sungguh push anak. Teachers maybe boleh provide better explanation here).

Dalam seminggu lepas, ada few friends whatsapp kita, tanya macam mana Aiman dengan DLP dia. Maybe ramai yang anak nak masuk darjah satu 2018 and dah pergi buat ujian saringan kan? Test untuk placing class tuuu. Or maybe test kepada nak tahu budak mana boleh membaca, boleh menulis, kenal huruf and whatnot.

Pemerhatian:
Banyak parents suka skip test ni. Entah kenapa. Nanti masa orientation tak puas hati pulak bila anak tak dapat kelas yang diharapkan (read: kelas pertama). Dah kalau semua nak kelas pertama, siapa nak duk kelas dua tiga empat lima haha. Go for the test. Senang cikgu nak evaluate, komplen-komplen di hari orientasi tak membantu apa pun, even if you bring results 5 stars 100% anak masa tadika.

Kita orang masa bawa Aiman amik test tu, sempat la intai tepi tingkap (dekat nak habis waktu ujian), and ternampaklah soalan yang RASANYA lah, image rumah, bola and apetah. And rasanya jugak, murid kena tulis perkataan tu, kita orang tengok Aiman tulis maigoddddd panjang perkataan dia hahaha. So instead of BALL, dia macam AQYTRSQOAELLL something like that.


Amak redho lah anak apa pun jawapan muuu. Sebab masa tu, Aiman boleh tulis huruf perfectly from A to Z, tapi Aiman tak pandai mengeja dan membaca. BM paling kong, English certain words dia reti la. Math dia ok (addition & substraction) tapi dia tak pandai baca, so macamana dia nak faham arahan.

Aiman from Brainy Bunch. Not sure dia belajar apa, tapi Aiman ni pun kuat ponteng tadika haha. Sebab dia memang menangis macam kena dera everytime nak pergi tadika. Dia taknak sekolah. Nak duk rumah dengan Mummy. So kalau dia tak pickup as much as other kids did, tak salah sekolah sangat, dah dia pun selalu skip school hehe.


Bila results kedudukan kelas darjah 1 keluar, Aiman dapat kelas 1 Bijak (of course not the front one haha) dah jawab pun macam mambang tanah mambang air bagai. Takpe, no problem. Yakinlah pada cikgu Aiman nanti, maybe they have better skill to teach him later.

Then standard one kids ni ada another LINUS test kot, dalam seminggu pertama lepas masuk sekolah. Masa ni baru sekolah short listed children yang layak masuk Dual Language Program (Math Science in English). And Aiman dapat surat tu. Kita orang macam, "ehhh cikgu ni salah Aiman ke apa haha". Tapi pergi jugaklah briefing tu, dengar apa Guru Besar explain secara detail. Then I pergi jumpa Cikgu Kelas dia. Tanya, on what basis Aiman being selected? Cikgu dia cakap, "ohhhh Aiman ni results dia ngam-ngam pass je, tapi kita perhati dia boleh bertutur Bahasa Inggeris dengan baik. Tanya full sentence, jawab balik pun full sentence". (TQ Brainy Bunch for this hahaha sebab mother tongue di rumah ialah BAHASA KEDAH hahah).

The only problem masa tu, kita kena decide ON THE SPOT lepas briefing tu, setuju atau tak anak kita masuk kelas DLP. Ok, actually lepas Aiman bagi surat taklimat and tawaran tu, kita ada dalam 2-3 hari untuk decide. Tapi sebelum decide, mesti nak dengar dulu taklimat, apa benda DLP ni and macam mana masa depan program ni. Maklumlah, sistem pendidikan Malaysia ni kan ala-ala tak tetap pendirian sikit hehehe. 

So ini yang kita dapat fikir masa tu, the good and the not so good part of it lah.

Good: 

  • Science & Math in English. Hang masuk Uni nanti pun English jugak Haaaa berpandangan jauh sampai Uni gitu hehe. Of course la, I'm a mother. Mak kena visual yang elok-elok untuk anak, jadinya nanti doa yang elok juga. Slow macam mana anak tu, visual and doa jugak yang elok. Some kids are just late bloomer tau.
  • Competitive la sikit nanti, tak la melenggang kangkung ja Aiman tu. Sebab mesti kids dengan certain kelayakan yang terpilih, so Aiman nanti mesti nak berusaha catch up sama dengan kawan-kawan (part ni kita kena kenal pasti juga perangai anak, cepat give up ke, malas nak try ke macam mana ke).
Not so good:


  • Tak boleh switch class dah. No turning back katanya. Let say along the way rasa macam dia tak boleh catch up, TAK BOLEH TUKAR KELAS aliran biasa. Nak tukar jugak? KENA TUKAR SEKOLAH. Ok this one, I taktau kenapa. Mungkin tak dengar masa Guru Besar explain, tapi macam tu lah keadaan dia.

  • Standard 1 DLP, sampai habis sekolah menengah lah DLP. So kena make sure ada sekolah menengah area rumah kita yang offer DLP jugak. Otherwise, sila lah ulang alik ke sekolah yang lebih jauh.

  • Kalau nak pindah kawasan, pun kena cari sekolah baru yang offer DLP jugak. Ini sedikit parah. Tapi benda tak jadi, toksah dok pikiaq buat teruk. Pikiaq hat dok ada depan mata dulu.
  • Possibility of terms lebih susah bila in English especially bila dia move to upper primary and apatah lagi secondary school. But honestly, bila tengok buku Adam Haris darjah 1 dalam Bahasa Melayu, things already so complicated. Takda beza, so hadap je lah.
  • Kemampuan parents untuk bantu anak dalam pembelajaran nanti. I've met few parents yang terpaksa tolak DLP sebab "saya tak pandai BI, nanti macam mana saya nak ajar anak saya." Point to consider as well.

  • And ada parents yang doubt jugak kemampuan cikgu-cikgu. Guru Besar cakap, takde new teachers yang akan datang untuk handle DLP class. Still the same teachers yang ada dalam sekolah, cuma they will arrange for teachers yang lebih experience untuk ajar DLP class. Itu lah bahasa mudah dia. Maksudnya, takde la anak kita ni kelas DLP, tiba-tiba dapat cikgu baru Math Science dari Harvard, Oxford ke apa hehehe. Tapi kita orang takde masalah part ni. Bukan semua terletak atas cikgu, kalau mak pak pun malas tengok pelajaran anak, jangan la nak komplen-komplen memanjang. Kena sama-sama.

WHAT WE DID?


Eii. Ingat senang nak decide lepas briefing tu? Masa depan anak kita kot. Dia jugak nanti yang nak kena belajar. So lepas dah observed Aiman habis-habis, Aiman lebih mudah faham arahan in English. Kalau Bahasa Melayu baku, dia lambat sikit. Berbekalkan keyakinan dia boleh bertutur BI tu (walaupun ada grammar dia langgarkan aje haha), Inshaallah dia boleh faham la apa cikgu ajar nanti (Math and Science) dalam Bahasa Inggeris. Sebab masa tu takda beza pun mengeja membaca BM or BI sebab both pun dia tak berapa boleh.



And kita orang bagi dia DUA SET SOALAN preschool. Ala level tadika tu je. Both in BM & BI. Suruh dia buat, tengok yang mana dia lebih cepat faham and nak jawab. Walaupun some soalan dia tikam hahah. Then dia prefer BI. Lepas dah consider Aiman lebih cenderung nak faham Math and terms Science in English, and rasanya Inshaallah support circle dia strong jugak untuk ajar dia (read: Maktok cikgu BI hahaha) so kami setuju nak masukkan dalam kelas DLP. 

Tapi, sebab ni first batch, so nak cari buku revision amatlah susah. Which last sekali I beli from MPH ONLINE. Isk, kalau tau dari awal, takde la susah payah pusing sana sini. Sebab bila call bookshop tanya stock, some macam tak familiar je dengan buku DLP ni isk isk. Kita orang beli buku Sasbadi. Good one, boleh beli online. Takyah nak susah bazir minyak petrol yang mahal zaman sekarang ni, pusing-pusing cari buku. Online je. Now dah ada from Pelangi as well. So untuk standard one DLP 2018 tak susah dah, sebab dah ada few sets revision books. Sama je structure soalan, cuma beza bahasa.




Fast forward. Aiman punya performance now is beyond expectation. He entered standard one dengan tak reti mengeja dan membaca, then improve sikit-sikit then tadaaaa performed quite well masa final exam baru ni. WELL untuk piawai kami Mummy Ayah dia haha. Kita orang pun tak pulun sangat sebab malam sebelum exam kami anak beranak dok bergolek depan TV main Monopoly aahhahaha.

Tapi dalam kami dok rasa "Aiman Tak Kisahhhhh" rupanya dia kisah jugak. Dia kata, ala, dapat semua A pun, ada kawan-kawan lain dapat banyak 100. I swear. Kita orang tak pernah pun suruh dia score certain marks ke apa. Asalkan ada improvement, baru darjah 1 je kot, apa nak stress teruk. Apapun, memang berterima kasih sangat dekat cikgu-cikgu Aiman, from zero to hero in just few months, magis betul kuasa mengajar guru sekolah rendah ni. And sabar too I must say. Thank you, thank you. Siapa pun Aiman selepas ni, it started with his std 1 teachers yang ajar dia membaca dulu.

Not to make him feel bad, sebab dapat number 12 baru ni, Mummy raikan jugak. Makan Scampi Shrimp Pasta. Dia ni tau makan je haha. Belanja sama Abang dengan Adik, equal value. Takda sapa lebih, takda sapa kurang. Sama-sama pun good job. Sebab kalau Abang belajar Adik pun belajar. Bila Abang main game, Adik lagi sama naik main game.


So to DLP or not to, sama-sama bergantung kepada anak and parents. Push your kids excessively tapi parents taknak chip in, tak jadi apa. Jadi stress. Lagi stress kalau dok bising dalam group Whatsapp kelas anak. (Syukur group whatsapp parents kelas Adam and Aiman all ok, takde yang merepek-repek cerewet, all very helpful too).
Read more »
ShilaShower
6 Comments
Dual Language Program -  DLP Darjah Satu

Dual Language Program - DLP Darjah Satu


We hope we made the right decision. 

Semalam dapat surat dari sekolah, Aiman Haris being offered to join the Dual Language Program by Kem. Pendidikan for which dia akan belajar Math and Science in English. SAMPAI UPSR dan membawa ke SPM lah senang cerita. Tough decision to be made. 

Bila tanya cikgu, on what basis they assessed Aiman, dia cakap marks Aiman average tapi dia boleh bertutur BI and converse confidently, so dia di-consider. And berpindah kelas lah dia (habis Mummy kena buat sticker baru haha). 

Hard time to decide, yer la, ini sekolah kebangsaan biasa je, bukan kawasan elite pun, bukan private school, which majority of pupils do not speak English as a first language, boleh ke Aiman cope sampai form 5. Yang bercakap B.I dengan dia cuma Mummy and Maktok itu pun sebab lepas 2 tahun dekat Brainy Bunch (and bukanlah setiap masa), Ayah cakap loghat Kedah, Tok Wan cakap loghat Kelantan. Haaaa gitu. 

Bila tanya opinion Abadam, Abang rasa Adik senang buat English ke BM, dia jawab "tak payah la BM Adik susah lah. Ada KONSONAN BERGABUNG, FRASA lah apa lah" Hoihhh tu BAHASA MELAYU, dah kalau nak tanak belajar BM nak belajar bahasa apa? Uganda Utara? 

Bila tanya Aiman, "you like your new class or you like 1 Bijak more?". Dia jawab kelas lama, sebab duduk bawah kipas. Hadoih, pun tak membantu nak decide. Tapi flip buku-buku Brainy Bunch dia, Math and Science in English, so tak pelik sangat untuk dia nanti. 

Bila tanya Ayah Pak Ngah Kown pulak, "takpa proceed, good for him. Lagi pun Aiman macam Ayah. Ayah pulak takda beza sangat dengan Brad Pitt, so memang ok belajar in English". 

-________-" 

Tak membantu betul rakyat dalam rumah ni. Above all, sebenarnya bukan risau capability Aiman, sebab baru standard one, tak fair kalau decline just sebab kita under estimate anak, TAPI bila setuju tu, maknanya we as parents, kena put extra efforts untuk guide him sampai UPSR lah. For which, memerlukan ketabahan yang amat sebab Adam kita kena monitor in BM and Adik in BI, so makpak kena belajar Math and Science both languages. Hahah. So sebenarnya tough dekat kami. Dah la lepas briefing tadi, kena isi terus borang kebenaran, tak sempat nak fikir lama-lama. Dengan nak fikir decision ni betul ke salah ke, nak fikir team tengah setup party dekat USJ nuuu ok ke tidak, akhirnya Mummy benarkan dan dengan ini cabaran bermula. 

So kalau ada cikgu-cikgu sekolah rendah dekat sini, yang ada set soalan Math and Science in English (sebab rasa 2016 dah start DLP kan? Tapi few selected schools), tolong lah DM and share dengan saya hehe. 

P/S: Kalau nampak Mummy dekat pusat tution tu, bukan anak yang pegi, Mummy yang pegi haha. Mak kena belajar Math and Science dua bahasa, dah la terms lain teruihhh. Condensation = Pemeluwapan. Ha gitu.


Read more »
ShilaShower
2 Comments
feedburnerfacebooktwitteremail