Showing posts with label Festive. Show all posts
Showing posts with label Festive. Show all posts
Kompilasi Gambar Raya Kami :)

Kompilasi Gambar Raya Kami :)


  
Masa ni tahun pertama kahwin. Baru pregnantkan Adam. Morning sickness takdak, tapi memang TAK BOLEH tengok apatah lagi bau makanan melayu. Nak yang western ajo. Makanya, Adam Haris sekarang pun tekak western memanjang hehehe...Kebetulan kot.

Tahun kedua beraya bersama. Tahun pertama pulak beraya ada anak. Muka Adam bukan main excited, sebab semua orang dok layan dia sorang. Agaknya lah hahaha.

Tahun yang tiba-tiba ter-tambah ahli keluarga hahahaa. Gambar raya paling kronik dalam sejarah lah kot. Dengan size badan yang out of the world sangat (90kg masa ni, apakahhhh), and my husband pulak masa ni tengah gila Wolverine (anak dah dua, perangai macam budak okokokoko). Dalam pantang masa ni, baju raya pun last minute Mat Kown belikan itu pun mintak size paling besar wuwuwuwuwuw sadissss. XXL. 

Dah ada improvement balik dalam gambar raya hahaha. Taklah nampak macam kategori rakyat Malaysia yang obese sangat walaupun selepas sebulan berpuasa hehehehe. Tapi gambar pun tak perfect sangat sebab Aiman pakai pacifier. Temporary bagi sebab masa ni dia suka sangat menjerit, kejap-kejap jerit, ikut suka hati dia. Jerit yang high pitch berdesing telinga tu, last-last sumbat pacifier. Tapi dia still suka menjerit even until now -____-" (nasib baik tak efek gigi hahahaha)

Lagi penambah baik kan terhadap gambar raya kami. Klasik sangat. Klasik tahap tangga rumah Pak Chak ni pun dah takdak. Rumah dah roboh sebab nak buat baru hehehe. Tahun 2014 lah kita posing balik dekat tangga baru :P Tapi tengok Adam and Aiman, ku ke kiri kau ke kanan gaya pose dia. Mama Ayah ja pulun lebih T____T

THE BEST gambar raya so far. Dengan sawah padi menghijau dan Mama yang rupa paras kembali normal wakakakakakaka. Ok sebenarnya risau jugak kalau next round pregnant, tiba-tiba gambar raya back to 2010 punya version. OH MY RAYA! lah jawab dia. Hopefully taklah. Tapi tu nantilah, belum ada dalam perancangan. :P Akhir kata, gambar raya 2013 wajib kena cuci and masuk frame lawa-lawa hehehe...

Read more »
ShilaShower
6 Comments
Nutty Thins Cookies for Raya!

Nutty Thins Cookies for Raya!



Or for bila-bila nak makan pun boleh sebenarnya, tapi selalu I malas nak amik order kalau sikit-sikit muahahaa. Sebab time lain kita focus Diapercakes and Herbalife sajo, cukuplah tu untuk kapasiti dua tangan dua kaki ni yang ada ni.

Tapi untuk this coming Syawal, yer marilah kita membuka order. Nutty Thins, kepingan almonds semata, top dengan sunflower seeds, pumpkin seeds and black sesame seeds and paling penting, the whole piece di cover dengan caramel.

So get it? 

Almonds + sunflower seeds + pumpkin seeds + black sesame seeds + caramel = NUTTY THINS :) 


NOT Notty Twins! Hahahhaa. Sebab cousin Kown ingat nama Nutty Thins ni came from NOTTY TWINS which dia ingat refer to ADAM and AIMAN hahaha. It's Nutty Thins, sebab dia kepingan almonds gitu.

Sebalang harga RM24. Nak order untuk raya boleh, nak order makan sekarang pun boleh, ikut suka hangpa lah. Yang penting bila email tu bagitau nak amik bila. Self collect dekat Kepong or Bangsar.

Boleh pos satu Malaysia, tapi biasanya kalau nak pos, orang order 2-4 balang terus, sebab macam rugi kalau nak bayar kos Pos Laju RM10 kalau beli sebalang aje. Hehehe...Sebab nak pos, I beli kotak ye untuk muatkan ngam-ngam balang cookies ni. String and wrapper free, interco transaction guna stocks diapercakes punya hehe.


Ramai yang tanya, "tak penat ke buat itu ini?" --- Penat tu penat, tapi dah suka, makanya benda kalau kita suka, laju zasss zasss je boleh handle. Cuba kalau tak suka, dua kali raya pun blom tentu maju jaya, haha. Lagi pun, Nutty Thins ni bisnes anak beranak. Dia orang pakat ramai-ramai juai. Tiap-tiap minggu beribu balang Mama kita distribute dekat makcik pakcik cousins semua (sebab masing-masing ada kawasan jajahan sendiri hahaha), abes takkan Haris Bersaudara nak melangut ja? Kami join laaaa. Kawasan jajahan kami; BLOG and INSTAGRAM haha.

Akhir kata, order untuk raya slots adalah limited and stocks moving fast. So book yours now, only 50% deposit dulu, balance later upon collection or bila I nak pos nanti. 

Sebarang urusan jual beli NUTTY THINS boleh email dekat shilashower@gmail.com :) or boleh message or whatsapp me 0196097695. Ini perniagaan Haris Bersaudara, Mama & Ayah tukang urus aje hahaha. 


Read more »
ShilaShower
3 Comments
BUSY *capslock*bold* BUSY

BUSY *capslock*bold* BUSY


Cycle busy at work sudah kembali. Tapi ini tahap dewata raya, tahap nak balik kena check dengan bos dulu boleh balik tak *as if I am so important that she needs me sangat lah kan hahaha* tapi memang kena bagitau pun. Punya kronik sampai petang orang dah balik raya kacau rendang bagai, I duduk dalam ofis lagi dok goreng numbers. Khamis malam pukul 11 baru rempit balik Kedah, tapi tak rempit mana pun sebab traffic very bad, sampai Aloq Staq pukui 6 pagi. Gambar raya apa pun tak amik, kami suami isteri kira nak tidok saja, hahaha. Anak-anak terlepas main tunggang langgang tak ingat dunia dah. Sampai Adam cakap "Eyh?? Mama tak say No pun?" Hahaha. Aiman pulak tanya, "Mama tak marah kerrr??" -______- 

Dua minggu hidup tak terurus, balik rumah kira nak tidok saja. Baju dekat rumah Mama dah menggunung mintak dilipat, barang dekat kondo pulak dah macam hapaa lagi menimbun, belum sempat kemas. T____T Baru nak feeling-feeling rumah baru, langsung tak sempat nak balik rumah hahaha sebab busy dekat office.

Tergendala nak deko-deko Shilashower tau. Sebab selalunya kerja pergi Ikea, pergi Tesco ke mana ke, nak beli barang rumah tu kita buat after office hour. Sebab kids tak bawak, so senang beli, cepat kerja siap. Tapi ni dah hari-hari balik tengah malam, weekend pulak banyak kerja lain, camno? Itu pun memang nasib baik Tesco bukak sampai pukul 1 pagi, so kalau balik office pukui 11 malam pun, still boleh redah Tesco Mutiara Damansara beli barang. Kalau weekend baru nak pi dengan Adam Aiman, ohhhhhh janganlah harap. Boleh kejung I'ollz di situ. 


Ha lepas tu, ini ada masalah duniawi dengan Aiman. Suka sangat main suis sekarang ni. Dan segala pekakas elektrik yang lain. Masuk rumah baru ni, dia tak usik pun benda-benda perhiasan ke, barang-barang kaca ke apa, tapi segala suis, plugs dan electrical items dalam rumah tu dia nak buat main. Caught him once dekat rumah my parents, cuba nak pasang iron! Homaiiiiiiii. Dah cuba cari penutup suis yang jenis flat tu tapi tak jumpa. If anyone knows mana nak dapat, silalah habaq dekat kami. Nak kena beli sangat-sangat. 

Ok dah, sambung balik cerita busy tadi. 

Ni dah nak masuk November, I am supposed to tempah baju kurung baju glemer untuk kenduri-kenduri yang menanti, tapi apakan daya, nak bawak kaki jalan pi tailor punya lah tak menyempat. Tsk...Jangan tak ada baju vogi-the-vasss sudah la, tak glemer la I'olls dalam gambar nanti hehe..

Instagram, dah dekat seminggu I tak berumahtangga dekat situ. Twitter apatah lah. Kalau tak, boleh kata every hour dok check updates, menyebok tengok gambaq orang, kehkehkeh. Tapi sekarang, boleh browse sehari sekali pun dah kira free sangat ler tuh. Cepatlah Business Plan cycle ni habes, Mak Jemah nak pergi relax minda pulak. 

But I am not complaining anything about works. Sebab I pun selalu masuk ofis lambat kan, tapi when it comes to works, I memang have no objection kalau kena kerja lebih masa. My number one rule, JANGAN BAWAK BALIK KERJA KE RUMAH. KPI dekat rumah pun tak tercapai, tak payah nak gigih sangat angkut KPI ofis balik rumah. So, kalau kena bertapa dalam ofis sampai subuh pun, silakan buat. Sebab memang kenyataannya, kalau dekat rumah memang tak boleh buat kerja, so tak payah nak workaholic beria. Hehe. Sekian. 


Read more »
ShilaShower
6 Comments
Kompilasi Gambar Raya ^____^

Kompilasi Gambar Raya ^____^


2007. Zaman anak dara. ^____^

2008. Tahun pertama raya sebagai suami isteri. Baru masuk second trimester (rasanyalah hehe), pregnantkan Adam.

2009. Tahun pertama raya sebagai ibu bapa. Dalam proses losing weight kononnya. Tapi half way je haha.

2010. Homaigod tak payah cakap. Full stop! Satu Dumbo, satu Wolverine Jadian.

 2011. Fuh, ok lah tak seteruk the previous year. Haha. Tapi Aiman dengan pacifier lah pulak masa ni. Isk.

2012. Perfect one! Ok boleh hantar pergi kedai gambar and print this one. ;)
Read more »
ShilaShower
0 Comments
Everything about Aidil Fitri 2012

Everything about Aidil Fitri 2012


Ok, by now I rasa semua orang dah siap-siap dah preparation raya, if not 100% sambil duduk goyang kaki saja, at least 70-80% tu dah sudah kot. Kita orang status at 60% la kot tapinya hahaha. Sebab kiddos part saja settle, I punya konon-konon dalam list tu macam-macam nak, tapi beli nya baru satu. Baju kurung beads beli kat Jalan TAR RM150. Biasalah, motif raya kalau diri sendiri, mesti nak yang cantik bergaya tapi murah. Kahkahkah. Sanggup lah kan redah Jalan TAR pukul 2 pagi and meriah ok that place, sampai Subuh depa bukak kedai. 



Beli songkok Adam & Aiman jugak, murah RM15 sajo each. Tengok dekat mall, seketul-seketul tu dah RM30 -_-" Lepas tu songkok Aiman punyalah besar, size 22", orang tu tanya anak umoq berapa, kami jawab "2 tahun"  pastu dia kata "todiaaa aihhh besaqnya kepala!" T____T Biar besar kepala fizikal, jangan kamu besar kepala buat tera sudah Aiman. 


Then Mat Kown dok ronda pusing cari sampin. Hangpa laki-laki kalau nak beli sampin gorjes feeling Dato Menteri, pi beli kat Jalan Tar. Those yang dijual dekat malls for RM1000-RM1500, kat Jalan TAR you definitely can get at half of the price. Tapi bukan dekat BAK ka apa semua tu, yang still mahal, dah brand kan kot. Tapi ofkoslah, jual kat The Curve for example, haruslah harga mark-up feeling orang kaya saja. :P Cuma lagi, sanggup ker tidak redah Jalan TAR lah, itu saja heheehe. 


Adam dah pandai cakap nak baju baru kasut baru segala. Orang dah besarlah katakan. But well, bab mencari seluar Aiman paling hazabedah. Orangnya katang gagah perkasa, tapi kaki pendek. I mean, pendek lah sebab dia baru nak masuk 2 tahun tapi body frame 3-4 tahun kan -_____-" Jeans or khakis, Aiman punya kena settle for 3/4 punya pattern, tak boleh amik long pants. Yang Adam pulak, tinggi melidi tapi pinggang aiyohhh macam barbie doll T____T 

Belum part beli kasut. Adam size 8, then kita mintak dekat sale assistant for size 10 "untuk Adik dia", orang tu pun terkejut. How come Adik's feet bigger than Abang. Buat camna, Adik tolak batu dengan kayu saja -_____-"

Owh by the way, kalau korang nak cari tshirt best untuk budak tapi harga berpatutan, sila pergi Mothercare ok sebab those Great Value tshirts baru dalam RM24 after 20% discount. Baju FOS pun mahai lagi kehkehkeh. Yes, Mothercare punya baju banyak jugak yang mahai, but fret not, dalam tu banyak jugak yang harga murah. I target yang ada sticker Great Value tu saja hahaha.


And now Peacocks Bangsar Village ada sale 50% on most of the items. Socks 3 pairs RM13 okeh??? Memang makcik boronglah. Apa barang nak beli yang 5 pairs RM49 tu kan hehehe...Ok settle cerita bab baju raya.



Kuih raya pulak. Rumah kami macam kilang mini dah, sebab penuh dengan Nutty Thin tu. Beribu botol dah dok sampai and to be distributed ^___^ And orders untuk M&M Peanut Butter cookies and Snickers Choc Chip cookies pun this week Wednesday hari last nak distribute. Lepas tu tokey nak balik kampung. Dengan harapan kereta raya dah sampai kehkehkeh.

Order untuk diaper cake officially close. Sambung balik bisnes after raya on the 28th Aug ok? Now tak  boleh nak squeeze in order dah, tangan cuma dua untuk settlekan apa yang tertunggak hehehe...


Akhir kata, harap dapatlah buat last tawaf dekat KLCC sebab banyak benda untuk diri sendiri kita nak beli. Dah buat bisnes, penutup tu mesti nak hora-hora untuk diri sendiri kan. Tapi kalau sempatlah, yang penting kena beli is lip liner, lipstick, compact powder, eye liner. Ha kauuu, sampai empat barang nak rembat. Tapi hoi, sapa kata membazir memang nak kena lempang sebab tengok ni yang dok ada skarang. Sikit hari lagi nak arwah dah makeup ni -____-" Nak beli banyak-banyak makeup stuff sekarang ni fikir sepuluh kali, sebab takut collection banyak lepas tu Aiman buat makeup show opera pulak. Huhuhu. Now I cuma ada satu makeup case, simpan dalam handbag. Di rumah guna itu, on the go pun guna itu. Takdak macam zaman muda-mudi makeup bersepah apa ada hal. 



Read more »
ShilaShower
0 Comments
Celcom iPhone Raya!

Celcom iPhone Raya!


Advertorial. Pls scroll down for latest updates :)

Untuk sapa-sapa dok berkira-kira nak beli handphone baru, iPHONE apatah lagi in specific, sila serbu kaunter Celcom sekarang!

From now until 15th September 2012, Celcom offers commitment fee monthly for RM48 only PLUS benefits below:

• From as low as RM1,758
• FREE 1.5GB data
• LOW UPFRONT PAYMENT from only RM200
• LOW RATES of only 15 sen/min calls, 10 sen/SMS and 20 sen/MMS

Ok lah, memang susah nak faham kira-kira kos kalau nak beli Celcom iPhone promo ni. So tengok table bawah ni. Yang penting iPhone memang best hehehe!


Murah okeh? Dulu before I guna Celcom line, zaman guna iPhone 3 tu dengan operator lain, bil almost RM200 every month dapat 1 GB gitu je. Hampeh tau!

Tapi sekarang I memang guna Celcom. iPhone jugak hehehe...

And PLUS, this promo comes with another value added item. You can enjoy all your favourite music in one place with MUSICUBE. When you sign up for the iPhone 4s plan, all downloads from MUSICUBE is free AND unlimited! Best kan??
Read more »
ShilaShower
0 Comments
Iklan Raya Bernas :'( Sobsssss

Iklan Raya Bernas :'( Sobsssss


Seriously, I cried! Of all iklan raya yang pernah tengok, this one from Bernas really made me cry. A bucket! Full of tears, lantak pi la kat ofis pun. Huwa huwa huwa huwa!!

No replay. I can only watch once and not anymore. 

Whomever created this story, (or maybe a team), you guys really made a good job. Except that you made me cry and left me in tears even until now.

1001 good messages inside. Even I went "jahat punya pakcik marah anak yatim!" but no, he was very kind indeed to give those poor kids a ride until Segamat. Norma kehidupan, selalu nak berprasangka burok. Always the negative thought comes first. -.- 

And the truth is, yang buat I menangis like no one's business is I membayangkan what if it happens to Adam and Aiman. Ok that's it. I can't continue writing. 

Everyone should watch this iklan raya. Please, at least once. 

Read more »
ShilaShower
0 Comments
Baju raya comel from Whimsigirl Design

Baju raya comel from Whimsigirl Design


Cuteness overload!


Saja-saja tadi browse website Whimsigirl Design nak cuci mata. Sekali kan, oh maiiiii, terus macam nak kena sawan! Haha. Serious. Baju kurung toddler yang terutamanya, SANGAT SANGAT COMEL! If only I have a daughter kan. Tapi mungkin sebab tu belum ada, nanti kena sawan tak tentu hala kihkihkih.



Baju Melayu Haris Bersaudara memang since forever tempah from Whimsigirl. Sebab dia jahit kemas, budak-budak pakai pun nampak terletak elok. Senang cerita puas hati. :)



Tahun ni punya, I pun tak sure kain baju Melayu budak-budak tu warna apa, tak boleh nak imagine. Sebab my cousin yang tolong beli kain and hantar dekat Whimsigirl. Sebabnya lagi, that time kita kena grounded dengan Aiman Haris dekat Pantai Hospital, jadi tak sempatlah nak gi beli kain. 

Nanti baju Haris Bersaudara dah siap, baru kami Mama Ayah ni pi cari baju raya nak matching-matching gitu. For now, I pun menunggu ala-ala sepraissss nak tengok baju Melayu depa nanti. ^____^

To those yang ada toddler tapi belum beli baju Melayu or baju Kurung, sekarang sila pergi tengok dekat Whimsigirl Design website. Sangat comel ok. Simple classic look like that.

*LIKE!*LIKE!*LIKE!*

--> Ini bukan promo bukan iklan. Ini cerita bila kita puas hati dengan sesuatu benda yang kita beli. ;)












Read more »
ShilaShower
0 Comments
Kalendar 2012 yang chic sikit :P

Kalendar 2012 yang chic sikit :P



Hehehe...Baru lah sesuaiii nak tampal kat cubicle I. Ceria sikit. ;)

Kalau hangpa nak jugak, sila click to enlarge and silalah print sendiri. Pixel tu takdaklah sharp sangat, sebab I guna software cabuk saja, PhotoStudio weh. Tu pun yang version zaman tok kaduk masa duduk MMU. Tapi ok lah untuk sapa-sapa yang suka perkara berusur gerdix girlish begitu :P

Feel free to share. Untung-untung boleh tersebar link belog I dekat kalendar nih. Hahaha!
Read more »
ShilaShower
0 Comments
feedburnerfacebooktwitteremail