BUSY *capslock*bold* BUSY


Cycle busy at work sudah kembali. Tapi ini tahap dewata raya, tahap nak balik kena check dengan bos dulu boleh balik tak *as if I am so important that she needs me sangat lah kan hahaha* tapi memang kena bagitau pun. Punya kronik sampai petang orang dah balik raya kacau rendang bagai, I duduk dalam ofis lagi dok goreng numbers. Khamis malam pukul 11 baru rempit balik Kedah, tapi tak rempit mana pun sebab traffic very bad, sampai Aloq Staq pukui 6 pagi. Gambar raya apa pun tak amik, kami suami isteri kira nak tidok saja, hahaha. Anak-anak terlepas main tunggang langgang tak ingat dunia dah. Sampai Adam cakap "Eyh?? Mama tak say No pun?" Hahaha. Aiman pulak tanya, "Mama tak marah kerrr??" -______- 

Dua minggu hidup tak terurus, balik rumah kira nak tidok saja. Baju dekat rumah Mama dah menggunung mintak dilipat, barang dekat kondo pulak dah macam hapaa lagi menimbun, belum sempat kemas. T____T Baru nak feeling-feeling rumah baru, langsung tak sempat nak balik rumah hahaha sebab busy dekat office.

Tergendala nak deko-deko Shilashower tau. Sebab selalunya kerja pergi Ikea, pergi Tesco ke mana ke, nak beli barang rumah tu kita buat after office hour. Sebab kids tak bawak, so senang beli, cepat kerja siap. Tapi ni dah hari-hari balik tengah malam, weekend pulak banyak kerja lain, camno? Itu pun memang nasib baik Tesco bukak sampai pukul 1 pagi, so kalau balik office pukui 11 malam pun, still boleh redah Tesco Mutiara Damansara beli barang. Kalau weekend baru nak pi dengan Adam Aiman, ohhhhhh janganlah harap. Boleh kejung I'ollz di situ. 


Ha lepas tu, ini ada masalah duniawi dengan Aiman. Suka sangat main suis sekarang ni. Dan segala pekakas elektrik yang lain. Masuk rumah baru ni, dia tak usik pun benda-benda perhiasan ke, barang-barang kaca ke apa, tapi segala suis, plugs dan electrical items dalam rumah tu dia nak buat main. Caught him once dekat rumah my parents, cuba nak pasang iron! Homaiiiiiiii. Dah cuba cari penutup suis yang jenis flat tu tapi tak jumpa. If anyone knows mana nak dapat, silalah habaq dekat kami. Nak kena beli sangat-sangat. 

Ok dah, sambung balik cerita busy tadi. 

Ni dah nak masuk November, I am supposed to tempah baju kurung baju glemer untuk kenduri-kenduri yang menanti, tapi apakan daya, nak bawak kaki jalan pi tailor punya lah tak menyempat. Tsk...Jangan tak ada baju vogi-the-vasss sudah la, tak glemer la I'olls dalam gambar nanti hehe..

Instagram, dah dekat seminggu I tak berumahtangga dekat situ. Twitter apatah lah. Kalau tak, boleh kata every hour dok check updates, menyebok tengok gambaq orang, kehkehkeh. Tapi sekarang, boleh browse sehari sekali pun dah kira free sangat ler tuh. Cepatlah Business Plan cycle ni habes, Mak Jemah nak pergi relax minda pulak. 

But I am not complaining anything about works. Sebab I pun selalu masuk ofis lambat kan, tapi when it comes to works, I memang have no objection kalau kena kerja lebih masa. My number one rule, JANGAN BAWAK BALIK KERJA KE RUMAH. KPI dekat rumah pun tak tercapai, tak payah nak gigih sangat angkut KPI ofis balik rumah. So, kalau kena bertapa dalam ofis sampai subuh pun, silakan buat. Sebab memang kenyataannya, kalau dekat rumah memang tak boleh buat kerja, so tak payah nak workaholic beria. Hehe. Sekian. 


ShilaShower
6 Comments

6 comments:

  1. hoho.. finally updated..rindu shilashower hahah =)

    Tang bawak balik keje rumah, so true, takde istilah work from home, kalau nak bukak laptop pun berebut dgn anak =)

    Anyway,bila boleh tgk final deco rumah shila..mesti cantek kan =)

    ReplyDelete
  2. cantiknya rumah.. cantiknya rumah.. cantknya rumah..

    ReplyDelete
  3. Finally.....updated!!! Been wiaitnf for soooooooo longgggggg....hahahaha..

    ReplyDelete
  4. Shila,
    penutup plug tu boleh beli kat ikea.. I pun tangkap anak i pasang iron siap on the switch.. tu yang terus beli penutup tu..

    Refer: http://sayahappyslalu.blogspot.com/2011/08/patrull-safety-plug.html

    ReplyDelete
  5. salam, i'm ur silent reader. Nak tanya lampu tu beli dekat mane ek...hari tu Try tgk dekat ikea x jumpa pulak. Tapi tanya banyak orang , semua ckp dekat ikea...huhu...kalau ingat, leh bagi tau detail dekat mane tak

    ReplyDelete
  6. salam...suka cara u deco....nanti try...deco bilik anak mesti comel....susah nk jumpa taw...

    ReplyDelete

feedburnerfacebooktwitteremail