Showing posts with label Tips Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Tips Sekolah. Show all posts
Aiman Haris and Dual Language Program (Standard 1 DLP)

Aiman Haris and Dual Language Program (Standard 1 DLP)


AIMAN HARIS. AFTER ONE YEAR OF DUAL LANGUAGE PROGRAM

(Entry mainly based on personal experience, saya bukan Cikgu, bukan jugak parent yang bersungguh-sungguh push anak. Teachers maybe boleh provide better explanation here).

Dalam seminggu lepas, ada few friends whatsapp kita, tanya macam mana Aiman dengan DLP dia. Maybe ramai yang anak nak masuk darjah satu 2018 and dah pergi buat ujian saringan kan? Test untuk placing class tuuu. Or maybe test kepada nak tahu budak mana boleh membaca, boleh menulis, kenal huruf and whatnot.

Pemerhatian:
Banyak parents suka skip test ni. Entah kenapa. Nanti masa orientation tak puas hati pulak bila anak tak dapat kelas yang diharapkan (read: kelas pertama). Dah kalau semua nak kelas pertama, siapa nak duk kelas dua tiga empat lima haha. Go for the test. Senang cikgu nak evaluate, komplen-komplen di hari orientasi tak membantu apa pun, even if you bring results 5 stars 100% anak masa tadika.

Kita orang masa bawa Aiman amik test tu, sempat la intai tepi tingkap (dekat nak habis waktu ujian), and ternampaklah soalan yang RASANYA lah, image rumah, bola and apetah. And rasanya jugak, murid kena tulis perkataan tu, kita orang tengok Aiman tulis maigoddddd panjang perkataan dia hahaha. So instead of BALL, dia macam AQYTRSQOAELLL something like that.


Amak redho lah anak apa pun jawapan muuu. Sebab masa tu, Aiman boleh tulis huruf perfectly from A to Z, tapi Aiman tak pandai mengeja dan membaca. BM paling kong, English certain words dia reti la. Math dia ok (addition & substraction) tapi dia tak pandai baca, so macamana dia nak faham arahan.

Aiman from Brainy Bunch. Not sure dia belajar apa, tapi Aiman ni pun kuat ponteng tadika haha. Sebab dia memang menangis macam kena dera everytime nak pergi tadika. Dia taknak sekolah. Nak duk rumah dengan Mummy. So kalau dia tak pickup as much as other kids did, tak salah sekolah sangat, dah dia pun selalu skip school hehe.


Bila results kedudukan kelas darjah 1 keluar, Aiman dapat kelas 1 Bijak (of course not the front one haha) dah jawab pun macam mambang tanah mambang air bagai. Takpe, no problem. Yakinlah pada cikgu Aiman nanti, maybe they have better skill to teach him later.

Then standard one kids ni ada another LINUS test kot, dalam seminggu pertama lepas masuk sekolah. Masa ni baru sekolah short listed children yang layak masuk Dual Language Program (Math Science in English). And Aiman dapat surat tu. Kita orang macam, "ehhh cikgu ni salah Aiman ke apa haha". Tapi pergi jugaklah briefing tu, dengar apa Guru Besar explain secara detail. Then I pergi jumpa Cikgu Kelas dia. Tanya, on what basis Aiman being selected? Cikgu dia cakap, "ohhhh Aiman ni results dia ngam-ngam pass je, tapi kita perhati dia boleh bertutur Bahasa Inggeris dengan baik. Tanya full sentence, jawab balik pun full sentence". (TQ Brainy Bunch for this hahaha sebab mother tongue di rumah ialah BAHASA KEDAH hahah).

The only problem masa tu, kita kena decide ON THE SPOT lepas briefing tu, setuju atau tak anak kita masuk kelas DLP. Ok, actually lepas Aiman bagi surat taklimat and tawaran tu, kita ada dalam 2-3 hari untuk decide. Tapi sebelum decide, mesti nak dengar dulu taklimat, apa benda DLP ni and macam mana masa depan program ni. Maklumlah, sistem pendidikan Malaysia ni kan ala-ala tak tetap pendirian sikit hehehe. 

So ini yang kita dapat fikir masa tu, the good and the not so good part of it lah.

Good: 

  • Science & Math in English. Hang masuk Uni nanti pun English jugak Haaaa berpandangan jauh sampai Uni gitu hehe. Of course la, I'm a mother. Mak kena visual yang elok-elok untuk anak, jadinya nanti doa yang elok juga. Slow macam mana anak tu, visual and doa jugak yang elok. Some kids are just late bloomer tau.
  • Competitive la sikit nanti, tak la melenggang kangkung ja Aiman tu. Sebab mesti kids dengan certain kelayakan yang terpilih, so Aiman nanti mesti nak berusaha catch up sama dengan kawan-kawan (part ni kita kena kenal pasti juga perangai anak, cepat give up ke, malas nak try ke macam mana ke).
Not so good:


  • Tak boleh switch class dah. No turning back katanya. Let say along the way rasa macam dia tak boleh catch up, TAK BOLEH TUKAR KELAS aliran biasa. Nak tukar jugak? KENA TUKAR SEKOLAH. Ok this one, I taktau kenapa. Mungkin tak dengar masa Guru Besar explain, tapi macam tu lah keadaan dia.

  • Standard 1 DLP, sampai habis sekolah menengah lah DLP. So kena make sure ada sekolah menengah area rumah kita yang offer DLP jugak. Otherwise, sila lah ulang alik ke sekolah yang lebih jauh.

  • Kalau nak pindah kawasan, pun kena cari sekolah baru yang offer DLP jugak. Ini sedikit parah. Tapi benda tak jadi, toksah dok pikiaq buat teruk. Pikiaq hat dok ada depan mata dulu.
  • Possibility of terms lebih susah bila in English especially bila dia move to upper primary and apatah lagi secondary school. But honestly, bila tengok buku Adam Haris darjah 1 dalam Bahasa Melayu, things already so complicated. Takda beza, so hadap je lah.
  • Kemampuan parents untuk bantu anak dalam pembelajaran nanti. I've met few parents yang terpaksa tolak DLP sebab "saya tak pandai BI, nanti macam mana saya nak ajar anak saya." Point to consider as well.

  • And ada parents yang doubt jugak kemampuan cikgu-cikgu. Guru Besar cakap, takde new teachers yang akan datang untuk handle DLP class. Still the same teachers yang ada dalam sekolah, cuma they will arrange for teachers yang lebih experience untuk ajar DLP class. Itu lah bahasa mudah dia. Maksudnya, takde la anak kita ni kelas DLP, tiba-tiba dapat cikgu baru Math Science dari Harvard, Oxford ke apa hehehe. Tapi kita orang takde masalah part ni. Bukan semua terletak atas cikgu, kalau mak pak pun malas tengok pelajaran anak, jangan la nak komplen-komplen memanjang. Kena sama-sama.

WHAT WE DID?


Eii. Ingat senang nak decide lepas briefing tu? Masa depan anak kita kot. Dia jugak nanti yang nak kena belajar. So lepas dah observed Aiman habis-habis, Aiman lebih mudah faham arahan in English. Kalau Bahasa Melayu baku, dia lambat sikit. Berbekalkan keyakinan dia boleh bertutur BI tu (walaupun ada grammar dia langgarkan aje haha), Inshaallah dia boleh faham la apa cikgu ajar nanti (Math and Science) dalam Bahasa Inggeris. Sebab masa tu takda beza pun mengeja membaca BM or BI sebab both pun dia tak berapa boleh.



And kita orang bagi dia DUA SET SOALAN preschool. Ala level tadika tu je. Both in BM & BI. Suruh dia buat, tengok yang mana dia lebih cepat faham and nak jawab. Walaupun some soalan dia tikam hahah. Then dia prefer BI. Lepas dah consider Aiman lebih cenderung nak faham Math and terms Science in English, and rasanya Inshaallah support circle dia strong jugak untuk ajar dia (read: Maktok cikgu BI hahaha) so kami setuju nak masukkan dalam kelas DLP. 

Tapi, sebab ni first batch, so nak cari buku revision amatlah susah. Which last sekali I beli from MPH ONLINE. Isk, kalau tau dari awal, takde la susah payah pusing sana sini. Sebab bila call bookshop tanya stock, some macam tak familiar je dengan buku DLP ni isk isk. Kita orang beli buku Sasbadi. Good one, boleh beli online. Takyah nak susah bazir minyak petrol yang mahal zaman sekarang ni, pusing-pusing cari buku. Online je. Now dah ada from Pelangi as well. So untuk standard one DLP 2018 tak susah dah, sebab dah ada few sets revision books. Sama je structure soalan, cuma beza bahasa.




Fast forward. Aiman punya performance now is beyond expectation. He entered standard one dengan tak reti mengeja dan membaca, then improve sikit-sikit then tadaaaa performed quite well masa final exam baru ni. WELL untuk piawai kami Mummy Ayah dia haha. Kita orang pun tak pulun sangat sebab malam sebelum exam kami anak beranak dok bergolek depan TV main Monopoly aahhahaha.

Tapi dalam kami dok rasa "Aiman Tak Kisahhhhh" rupanya dia kisah jugak. Dia kata, ala, dapat semua A pun, ada kawan-kawan lain dapat banyak 100. I swear. Kita orang tak pernah pun suruh dia score certain marks ke apa. Asalkan ada improvement, baru darjah 1 je kot, apa nak stress teruk. Apapun, memang berterima kasih sangat dekat cikgu-cikgu Aiman, from zero to hero in just few months, magis betul kuasa mengajar guru sekolah rendah ni. And sabar too I must say. Thank you, thank you. Siapa pun Aiman selepas ni, it started with his std 1 teachers yang ajar dia membaca dulu.

Not to make him feel bad, sebab dapat number 12 baru ni, Mummy raikan jugak. Makan Scampi Shrimp Pasta. Dia ni tau makan je haha. Belanja sama Abang dengan Adik, equal value. Takda sapa lebih, takda sapa kurang. Sama-sama pun good job. Sebab kalau Abang belajar Adik pun belajar. Bila Abang main game, Adik lagi sama naik main game.


So to DLP or not to, sama-sama bergantung kepada anak and parents. Push your kids excessively tapi parents taknak chip in, tak jadi apa. Jadi stress. Lagi stress kalau dok bising dalam group Whatsapp kelas anak. (Syukur group whatsapp parents kelas Adam and Aiman all ok, takde yang merepek-repek cerewet, all very helpful too).
Read more »
ShilaShower
6 Comments
CONTACT UNTUK BELI BUKU TEKS SEKOLAH AGAMA (JAIS)

CONTACT UNTUK BELI BUKU TEKS SEKOLAH AGAMA (JAIS)


(Maybe ada books under JAKIM, boleh la cuba tanya)


Sorry baru sempat update. Ramai yang PM tanya further details untuk beli buku teks sekolah agama (Negeri Selangor), those text books issued by JAIS. Kami beli buku teks darjah 2, so kena contact lah check ada tak buku anak masing-masing.

Memang merata kami cari mula-mula tu, even the famous bookstores tak jual buku teks ni, last sekali we decided to contact the printing companies. And we finally got the books from 3 companies at 3 different places. Try lah contact if you are looking for one too. Buku teks Adam Haris memang beyond repair dah heheh so beli baru je lah. Buku Aiman alhamdulillah, suci murni lagi semua. 



(BUKU TEKS HAFAZAN & TILAWAH) 
Idaman Print Sdn Bhd
No.8, Jalan E1, Fasa 4, Desa Melawati, 53100 KL.
03-41058472

(BUKU TEKS JAWI & BAHASA ARAB)
MindAd Sdn Bhd
013-2853771
Location: Nearby Templer Resort. Whatsapp mintak tolong staff warehouse send location hehe.

(BUKU TEKS TAUHID, AKHLAK, FIKAH)
Mutlaq World
No. 4, Seri Selera MPS Batu 6, Gombak Setia, 53100 KL.
012-2802344
(Whatsapp them first, sebab takut takda orang dekat kedai. And boleh request untuk pos jugak).
Read more »
ShilaShower
2 Comments
TIPS KEMAS BEG SEKOLAH ANAK DARJAH SATU

TIPS KEMAS BEG SEKOLAH ANAK DARJAH SATU


Sebenarnya ini post yang I tulis dekat FB, which untuk membantu kawan-kawan yang ada anak nak masuk darjah satu. TAPI, ramaiiii rupanya share post ni sampai jadi viral. Sort of haha. Traffic jam sekejap FB tu. So I copy balik everything I wrote there, may this post be helpful to all parents out there especially yang ada anak darjah 1-2.


TIPS KEMAS BEG SEKOLAH ANAK DARJAH SATU. Lagi-lagi boys hehe. Sebenarnya applicable je untuk lower primary, sampai budak-budak besar sikit dan pandai urus buku and barang-barang sekolah. 2017, Aiman darjah satu and Adam dah darjah dua, so adalah pengalaman sikit yang kita belajar dari tahun 2016 dulu hehe.



KEDAI ALAT TULIS MUMMY

Ini kalau hilang stationery, nak mintak baru, Mummy charge lima kupang sorang. Tu dah diskaun dari bookshop sekolah ok. Organize everything in one place. Senang especially for the busy days ahead. This year, crayons and watercolors semua all prepared. Tak macam tahun lepas, tak tau apa Adam belajar apa masa Pendidikan Seni, tau tau time nak exam ada yang kena guna crayons, ada yang watercolors, ada yang kertas warna and etc. Ha, kelam kabut masa tu nak pilih soalan mana nak jawab sebab bahan tak cukup hehe.

Plus, bila letak setempat ni mudah untuk orang lain tolong jugak. Sebab next year, ada baby, kalau Mummy tak sempat tengok, boleh mintak tolong Ayah, Maktok ke Tokwan ke and senang nak bagitau dekat mana barang-barang. Terutamanya the daddy. Kalau kita minta tolong cari barang, kena exact location tu dengan pandangan berapa degree ahahaha. Sebab dia takkan tengok tepi sikit ke, bawah sikit ke, belakang sikit ke. Heheh.



NAME STICKER LABELS

Jimat masa menulis hehe. Big and bold, ini kalau hilang juga taktau nak kata apa la. Kalau tersalah masuk beg kawan ke apa, senang kawan nak perasan and boleh pulangkan balik hehe. Tahun lepas rajin tulis each and every book, tapi tahun dua anak sekolah hahaha sudah tiada keupayaan nak tulis. DIY sticker senang. Tak cukup boleh print lagi.



LABEL BARANG-BARANG

This year Mummy labelkan semuaaaa barang. Termasuklah 48 batang pensil warna sorang, dua orang dah 96 batang. Yerlah, kalau anak kita pakai Faber Castel, kawan sebelah pakai sama, dahhh tiba-tiba dalam box tu ada dua warna biru la, merah la. So semua benda I label.

Dengan pesanan berulang kali, "bawa balik barang-barang yang ada label nama saja. sebab anak mummy dengan ayah nama dia Adam Haris and Aiman Haris only". Tu pun Aiman jawab, "kalau barang baru beli from bookshop, takda sticker? so tinggallah dekat sekolah". Lepas tu dia kata kalau kawan cabut sticker, barang nak tinggal dekat sekolah jugak ke. Isk, banyak pulak kebarangkalian dia.



STICKER LABELS

Waterproof. Tulisan tak payah lengkoi lengkoi sangatlah. Biar clear clean bold. Senang anak kita baca, senang kawan-kawan dia baca jugak. Yang tanya mana buat sticker silver ni, I buat dekat Ikano. Yang ni kecik je, just nice untuk label barang-barang sekolah. RM6-7 for 100pcs.

Selalunya booth-booth dekat hypermarket Giant or Tesco ada jugak jual stickers ni. Buat dapat terus. Sticker besar for books je I design and print sendiri, guna sticker paper beli from bookstore.



EMERGENCY MONEY.

RM2 pack & seal. Ini sebenarnya Maktok Adam punya amalan. 😂😂 Kita selit dalam beg belah bawah. Or macam Adam & Adam, dalam bag tu ada satu compartment untuk file, so kita letak dekat situ.

Explain to them what the money for. Selalunya Adam guna kalau time bekal tertinggal, duit belanja lupa bagi or tiba-tiba ada buku tulis yang tak ada then kena beli from bookshop. Or ada la sekali dua dia bagi time donation.

Kena pesan jangan beli benda merapu, jangan tunjuk pada kawan and etc. Ini pun masa awal-awal dulu, Adam pi jadi ceti dekat sekolah. Kerja dok bagi kawan pinjam duit. Tapi kalau dah hari-hari, macam kena pau pulak. So kita orang pesan, "either you jaga your duit, or lepas ni tak ada duit belanja langsung dah." Tapi ni Adam la, sebab dia memang tak beli makanan merapu or jajan. Aiman nanti haha taktau la apa cerita.



EMERGENCY STATIONERY KIT.

Ha, banyak betul emergency pack eh. Tapi percayalah sangat berguna. Tak berat mana pun. Pack duit and pack alat tulis ni sorok je dalam compartment belah dalam beg tu. Adam pernah tertinggal kotak pensel masa exam akhir tahun. Panik Maktok dia hehehe. Tapi dah tau ada spare kit dalam beg sekolah dia, so kurang sikit kerisauan, but still pergi hantar jugak kotak pensel dia. Ni Maktok punya idea jugak. Maybe sebab Maktok cikgu kot hahaha so dah tau dah possibility kes-kes macam ni.



POCKET FILE.

Penting jugak. Pocket file. Sebab budak-budak ni dekat sekolah banyak guna kertas, lagi-lagi standard one during the first month. Banyak drawing, coloring, writing on paper. Tak termasuk derang koyak buku and buat drawing. 😂😂😂 Kadang-kadang tak siap kerja dekat sekolah, cikgu suruh sambung dekat rumah. Kalau tak bagi file, dia suka hati je lipat and sumbat je dekat mana-mana dalam beg. 😂😂 Kadang-kadang crumple kronik kertas tu. 😅

Ni untuk lower primary la, sementara nak pandai urus buku and barang sendiri. So far, pocket file ni bertahan. Bukan plastik lembik tu, nanti lunyai jugak akhirnya. Kalau yang macam box tu, takut berat beg. Sebab Adam dulu, rasa macam beg sekolah dengan tuan pun sama berat hehe.

Read more »
ShilaShower
1 Comments
Hari Pertama Persekolahan - Adam Haris & Aiman Haris

Hari Pertama Persekolahan - Adam Haris & Aiman Haris


Haloooo...


Kepada yang dah lama follow blog Shilashower ni, terutamanya dari zaman Adam & Aiman baby, haaaa derang berdua dah sekolah rendah youuu. How time flies kan? Dan sebab peristiwa ni sangat penting, maka Mummy kena bukak balik blogspot bersawang ni and update jugak story. Penting. Sangat penting untuk kenangan masa depan.

Adam Haris darjah 2 and Aiman Haris darjah 1. Yer, combo berganda ni dah sekolah bersama-sama. Monday was such a tiring day and by 7pm Mummy dah nampak bantal je, lain takda, dinner pun tak kuasa.

Maybe sebab first day semalam, Mummy semangat bangun pukul 5 pagi masakkan foods yang dia orang nak bawak pergi sekolah. Adam dulu standard one memang almost everyday bawa bekal, sebab dia ni tak berapa minat makanan kantin, so kita try nak train Aiman the same. So sorang dah order Olio Pasta, sorang nak Chicken Nuggets. Sebab hari pertama kan, so layankan aja request2 dia orang. Akan datang, ikut suka Mummy nak prepare breakfast box apa hehee.



Being a kekwat Mummy I am haha, nak hantar pergi sekolah pun penuh strategi. Sebab bila sampai sekolah, I yang turun dulu kereta with their two bags, pergi masuk kelas and book tempat dulu hehe. Kalau nak tunggu dia orang dua jalan, melenggang mak minah, lambattt. Adam sebab nak cari tempat bawah kipas, sebab dia kan ada eczema, so by afternoon selalunya dia dah tergaru-garu. Aiman pulak, takmau dia duduk belakang sangat, sat lagi dia main ja lebih, biar dekat Cikgu takpa hehe.

First day sekolah kebangsaan, activity quite straight forward. Budak-budak pun masuk kelas terus, kedai buku pun tak crowded maybe parents memang ramai dah get ready buku semua awal (bagus!). Cuma waktu rehat, meja macam tak cukup, ye la sebab dah parents pun pakat duduk sekali dekat meja, then kena hambat dengan cikgu hahaha baru semua bangun. Baruuu budak-budak dapat duduk makan. Biasalah, first day, bukan semua parents faham dos and donts kawasan sekolah, yer dak?

Kita risau sangat Aiman tak boleh cope new environment, sebab sekolah kebangsaan kan ramai, huru hara la sikit dari keadaan dia masa dekat Brainy Bunch. Unfortunately nope. Dia rileks je, senyum je bila kita angkat tangan dekat dia. Towards nak balik tu, siap sakan dia main dalam kelas. Meleset betul sangkaan Mummy hehe. Ni tengok gaya, dengan kawan-kawan Abang Adam dia sapu buat geng.

Tengah hari sambung sekolah agama. Ada lah break dalam sejam setengah in between dua sekolah. Bunyi agak penat tapi biarlah dia pergi sekolah agama, kalau duduk rumah, membazir masa main je lebih. Adam dulu pun awal-awal kita kesian, lama-lama dia ok je. Dari tak tau baca and tulis jawi langsung, sekarang dah boleh macam-macam. Alhamdulillah...


Adam first day ok je, sebab dia dah darjah dua. Tak sabar masuk sekolah adalah. Sebab nak jumpa kawan-kawan after long holidays kan. Aiman yang kita risaukan segala macam, rileks je. In fact, pagi-pagi dia lagi senang bangun mandi and bersiap and breakfast dari Abang. Adam kalau kejut mesti cakap, "5 minit". Dia punya 5 minit adalah 4-5 round, dekat setengah jam baru bangun. 

-___-

Beg sekolah, buku sekolah, barang sekolah all in good condition, pulang dalam kuantiti yang sepatutnya hehe. Baju sekolah je la dah kelaut warna. Boys, takkan nak expect suci murni putih baju kan hehe.

For now, Mummy belum dapat nak fikir macam mana nak adjust jadual harian. Hantar and amik sekolah. In between buat kerja and nak kena free kan time malam, sebab dah dua orang sekolah, kena focus sikit. Sebab kalau sambil lewa, jawab dia dua-dua lah main sekali. Malam semalam we started with something basic dulu, simple. Baca Iqra for 30 minutes. Lepas baca, they have 30 minutes untuk main game or tengok tv, sebelum dua-dua kena hambat pi tidoq hehe. Sebab first few weeks ni belum ada homework, so kita chill dulu. Buat yang simple. Tak berani nak terlalu chill pulak, sebab dua-dua bersama ni, satgi "brother see brother do".

Beg sekolah pun tak da nak check apa sangat, 2 orang 2 sekolah, so ada 4 beg sekolah, ada 4 kotak pensel haha. Takyah dok kelam kabut nak tukar-tukar beg, nak transfer buku and kotak pensel. Buat pening je. Tahun lepas Adam macam tu, pastu nanti buku sekolah kebangsaan and sekolah agama habis bercampur. Tahun ni dua orang, Mummy lebih prepare and details in every aspect. Gituuu.

Ok lah. Sambung nanti. (Mummy Shilashower kata antara azam tahun 2017 nak rajin update blog haha). Tengoklah nanti. :P

Read more »
ShilaShower
0 Comments
feedburnerfacebooktwitteremail