Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts
Bandung - Day 2

Bandung - Day 2


Morning people! (morningkan ajer laaa walaupun korang mungkin baca ni tengah malam tiga hari selepas entry di tulis haha).

Ok kita sambung cerita Bandung. Tak banyak cerita pun sebab pergi pun 2 hari, memang teruk sangat kalau tak completekan karangan 250 patah perkataan ni hihi. Entry Bandung -Day 1 klik dekat SINI. :)

Day 2 memang kami dah target nak pergi Pasar Baru then buat second trip to factory outlets Jalan Dago, sebab banyak benda target hari sebelum tu tak sempat beli. So dengan konfidennya kita set time 8am gerak pergi Pasar Baru and by 12pm mesti dah kena settle sebab nak ulang factory outlets and then Kartika Sari lagi. Petang 5pm dah nak kena pi airport sebab flight kami berdua petang tu jugak. Kawan-kawan lain dia orang semua balik petang esok, so banyak masa lagi. Kami kena balik jugak sebab nak pack barang untuk next trip dengan anak-anak heheheh. 


Pasar Baru ni banyak tingkat (they called it LANTAI), 9 kot tapi punya berjam kami kat situ, kami just tawaf 1st and 2nd floor je ok? Imagine betapa besarnya sampai nak pusing semua pun tak cukup masa, padahal macam dah habis masa siang kat situ kot. 1st floor macam kain telekung, kain sulam ke apa macam tu kot then 2nd floor yang kain lace, cotton dan anak beranak sekalian. Yang ni memang rambang mata terus. Dari konon-konon nak beli 3-4 helai, terus beli tah berapa belas helai cotton, siap beli kat satu family untuk buat baju raya semua heheheh. 



Duit tak cukup jangan risau, duit RM diterima. And ada ATM machine untuk withdraw duit kat situ, janji ATM kad Malaysia dah activate untuk buat international transaction. Itu call je hotline belakang ATM kad. I guna Maybankard, senang, serata dunia boleh withdraw. Conversion rate murah dari nak pegi money changer kat negara orang (even Pak Wawan sendiri tak galakkan kita tukar duit RM dekat money changer depa sebab banyak tipu and mahal of course).

Kain lace nak yang RM15 semeter pun ada sampailah yang meriah-meriah macam nak buat baju kawen tu. Paling mahal pun RM200 semeter tu pun dah lawa gila, penuh beads, kristal tah apa segala. Ini lace lawa ok, bukan lace sinetron Indonesia yang ibuk-ibuk mak tiri pakai tu hahahah.

Sebab barang pun sampai dah tak cukup tangan nak pegang, jangan lupa beli extra luggage dekat tingkat 7 kalau tak silap. Sebelum tu adalah 2-3 round Pak Wawan tolong pergi simpankan barang kami dalam van hehehehe. (Disamping menjadi supir, Pak Wawan so cool tolong angkut barang dan jaga baby Malik sekali, bagus gila ok? Efisyen hehe).


Tapi iyerlah, dah nama pun Pasar Baru, sorgaaa beli kain, murah dan bermacam pesyen, mana nak cukupppp 8am to 12pm tuuuuu. Sudahnya, sampai pukul 3pm kita orang kat situ hahahah. Jadual waktu yang ditetapkan dah ke laut, pukul 3 memang terus balik hotel, solat, checkout, lunch (super late!) and then pergi Kartika Sari. Nak tapau segala brownies kukus and pastries yang super sedap tu. Alhamdulillah, semua sempat and pukul 5pm ngan kami sampai airport Bandung tu. Airport dia kecik je, boarding gate dia tak bukak awal sangat sebab takde tempat yang luas nak menunggu. Flight pukul 6.40pm kot macam tu, pukul 6pm baru dia bagi masuk departure hall gitu. Cuma itu lah, naik Airasia kan, kang kalau lambat checkin dia pangkah buang nama kita pulak. 


Takde apa pesanan sangat, cuma bab makan tu hati-hati lah yer. Alhamdulillah kami semua balik sihat walafiat, tadek kena diarrhoea ke apa. Oh lagi satu, korang jangan terkejut la dengan trafik dekat Bandung, dia punya mencilok tu tahap tiba-tiba eh tingkap van orang sebelah betul-betul tepi tingkap van kita. Boleh pas baranglah kalau nak. Punya rapat gitu dia orang punya bersesak kat jalan, tapi driver dia cam cool je lagi cilok sana-sini. Awal-awal tu seram jugak, tapi lama-lama ok haha. Conclusionnya, syukurlah trafik jem Malaysia belum tahap begitu, tapi ada harapan satu hari nanti. T___T




Ada yang tanya sesuai tak bawak budak-budak, kalau tanya jawapan jujur I, memang I kata TAK. And syukur sangat kita orang tak bawak budak-budak hari tu. Sebab sesak sangat every place yang kita orang singgah, nak tolak stroller tu macam impossible. Kalau nak disuruh jalan, kalau kita leka ada harapan boleh hilang ok? Panas and berdebu jugak. Lagipun selalu kita pegi sana (kebanyakkan nya lah) pergi dengan niat nak shopping. Tak mungkin lah boleh nak shopping dengan aman damai, nak take your own sweet time belek barang sana sini kalau ada budak. Kalau nak bawak jugak, my advise tolonglah jangan leka. Jangan sambil lewa. Kalau hilang hadoiiii boleh nangis. After all kita sendiri tau behavior anak kita macam mana, so pandai-pandailah fikirkan anak kita tu sesuai dibawa atau tidak. Kalau nak practice, cuba lah pi shopping dekat area CHOW KIT tu bawak anak. Haaa macam tu lah lebih kurang hehehehe.

Last but not least, ini number Pak Wawan: 00 62 22 93470568

So itu jer la cerita Day 2, hahaha bukan ada yang best sangat melainkan membeli kain dekat Pasar Baru. Lepas ni nak cari mood sambung entry Hong Kong and then cuti-cuti Tahun Melawat Malaysia 2014, destinasi pertama Teluk Chempedak and Hyatt Regency Kuantan. Hehhehehe. Tahun 2014 antara azamnya nak banyak berjalan hahaha. :P













Read more »
ShilaShower
21 Comments
Bandung - Day 1

Bandung - Day 1


*Baca doa semoga entry ni complete*


Haha, serious memang nak kena doa semoga ada kerajinan untuk terus menulis and biar ada sambungan Bandung - Day 2. Sebab knowing myself, selalu entry jalan-jalan mesti half complete. Cerita separuh lepas tu tergendala forever, hihi. Tapi yang ni harap-harap complete lah, hello 2 hari 1 malam je kot kehkehkeh. Weekend trip to Bandung haaa gituuuu.

Sesungguhnya I memang tak pernah sampai Indonesia sebelum ni, sangatlah kesian kan, negara jiran pun tak pernah jejak. Di kala orang lain dah ulang-alik pi Indonesia (ala-ala dah jadi 2nd home), kita tak pernah pun sampai. Dulu pernah plan nak pergi Bali, dah beli tiket flight pun tapi lepas tu ter-pregnant Aiman. Terus my mom tak bagi pergi and suruh cancel je trip Bali, dia kata tak sesuai orang pregnant pergi tempat Hi**u. What to do, mak dah kata, kenalah patuh.

Trip Bandung ni pun tak plan sebenarnya, tiket flight beli 2 minggu sebelum pergi sebab kawan-kawan ajak pi ramai-ramai. Demi nak borong kain punya pasal (plus sebab memang tak pernah sampai Indonesia hahahaha), kita orang pun join sekali. Kids tak ikut, maktok depa tak bagi, katanya Bandung tak sesuai bawak budak-budak. Haaaaa ok je, line clear, boleh dating! Kehkehkeh. So budak-budak stay rumah Maktok la dua hari tu and rasanya dia orang pun tak heran hahaha sebab kat sana lagi macam big boss masing-masing. 




Flight pukul 6.40am, tapi gate close dalam 6.10am kot macam tu, so dalam 5.50am tu dah get ready dalam surau siap-siap, dah wuduk and bertelekung semua. Masuk waktu Subuh je terus zasssss solat and bila siap terus lari pi kat boarding gate, memang tak sempat nak lenggang mak limah. Flight sepatutnya amik masa 2 jam setengah, tapi rasanya dalam 2 jam tu dah sampai, Kapten rempit atas langit ke apa taktaulah. Dengan turbulence yang agak lama, hoihhh scary sungguh. Immigration check tak ada apa, takda soal ke check bags ke apa, cuma beratur agak panjang. Beratus umat yang sampai, ada 3 kaunter je yang hado, so redhalah beratur kan?

Then bermulalah episode kami meronda Bandung dengan khidmat driver tip top, nama dia Pak Wawan. Memang tiptop sebab we paid him by day (takda kiraan hours yer, memang dari pagi sampai malam dia bawak kami ronda, tak berkira masa). Satu hari 400,000 rupiah, about RM110 sehari. All inclusive yer, tak payah fikir nak bayar minyak, duit parking apa segala semua. Tak sure la tu murah ke mahal, tapi mengambil kira Pak Wawan yang sangat tak berkira masa (sebab some drivers dia allocate 12 jam sahaja), pada kami 400k rupiah tu murah sangat. And the best part is dia jujur (and rajin tolong angkut simpan shopping bags kami dalam kereta hehehehhe).


Sebab driver ni, bila dia bawak guests pergi certain tempat shopping, or restaurants or even kedai kain kat Pasar Baru tu, dia dapat tips. Dalam 30,000 rupiah (RM10) gitu. Pak Wawan ni, everytime dia dapat, dia bagi balik kat kita orang, dia kata duit tu actually hak kami. But of course la kita orang tak amik, bagi jer lah kat dia buat minum ke apa.

The first place kami tuju semestinya factory outlets area. Mula-mula Jalan Dago then Jalan Riau. All in all, banyak la jugak baju murah, baju budak terutamanya. Baju ladies tak berapa nak membeli sangat, mungkin tak kena taste hehehehe. After all, baju perempuan kat Malaysia ni banyak boleh dapat, lawa and harga berpatutan. Baju budak banyak comel-comel and men shirts pun not bad. Ladies je tah apesal ku rasakan macam baju nyonya/amoi kat Kepong tu kehkehkehkeh. Or mungkin orang perempuan pergi sana lebih afdal borong kain je haha.



Then dekat Jalan Riau kami masuk jugak Heritage ni, yang famous disebut-sebut di serata blog. Sangatlah overrated kot? Tidaklah semengah mana sangat baju dia, mahal pulak tu. Or mungkin sebab dia famous so dia mahal? Mungkinlah. And kena hati-hati pilih material sebab dia longgok je baju antara material yang nampak mahal and material yang memang konfem spesis Siam punya. So, pandai-pandailah pilih.



Then kita berhenti lunch dekat restaurant ni. Makan 6 adults dalam 500,000 rupiah (about RM140). Ok lah, harga sedang-sedang, tak murah tak mahal sebab restaurant lawa, siap surau semua. Yang penting bersih. Sebab dekat Bandung kita orang sangat-sangatlah berwaspada dengan pilihan tempat makan, sebab selalu jumpa orang kalau balik from Bandung mesti severe diarrhoea tahap boleh demam punya. So kenalah spend sikit makan kat restaurant yang hati yakin bersih dan halal of course. Kita pilih masakan Sunda, semua lauk dia masak fresh.


Between, kat sana kalau nak selamat, minum mineral water jer lah. Beli yang dalam bottle and sealed tu. Lebih terjamin kebersihannya. Makanan yang jual-jual tepi jalan tu, try-lah avoid sebab boleh tahan berdebu kawasan Bandung tu, takut perut kita nanti tak tahan.

Then dah shopping sampai pukul 5pm macam tu, baru kita balik hotel. Baru ler check in semua. Hotel biasa, nama dia Zodiak at Paskal. Murah je, RM100 semalam heehhe. Tapi bilik besar, bersih and free WiFi. Kami siap mintak dia printkan boarding pass balik KL lagi, sebab terlupa nak print heheh. 3 stars hotel, ok lah not bad, cukup selesa nak buat mandi and tidur saja. Ada minimart kat bawah tu, dekat jugak dengan Kartika Sari.



Malam kami keluar lagi. Meronda dekat Cihempelas Walk. Dapatlah sebat kasut Converse kaler pink yang after sale jadi RM100. The same shoes tengok kat One Utama (after sale dalam RM170). Hehehehe, terus seronok dapat beli kasut discounted price. Tapi tak berapa nak membeli barang lain sangat sebab manusia punyalah ramai. Terasa macam duduk dekat kawasan Sinar Kota Pudu tu pun ada huhu. Nasiblah tak bawak budak-budak kalau tak, memang dah boleh imagine Aiman cranky. Tak sesuai kot, or sebetulnya tak sesuai untuk anak-anak ku yang anti kawasan serabut hewhewhew.

Ok, so itu jer lah untuk activity day 1. Memang merayap cuci poket je disamping exercise kaki hehehe, sebab memang lenguh gila. Nak pegi SPA pun dah tak boleh fikir, tahap nampak katil nak balik tidur je terus. :P So nanti sambung Day 2, yang ni memang merambu dalam Pasar Baru beli kain jer lah, dari pagi sampai ke petang hehe. 
































Read more »
ShilaShower
9 Comments
feedburnerfacebooktwitteremail