Attention people~~!

Dengar sini makhluk sekian alam. Nak dengar cerita paling bijak di alam semesta? Sebuah kisah genius dari ShilaShower. *Tepuk tangan dulu kuat2.

Dokumen2 nikah Mohd Fakhruddin Md Noor telah saya hilangkan. Yer tuan2 dan puan2, HILANG. Gone. Poooffff!! Mungkin dah trash dan selamat ke tapak pelupusan sampah. Sijil kursus kahwin, result HIV test, borang nikah yang imam dah signed, surat kebenaran nikah luar kawasan dan segala documentation lain yang telah disemak dan disahkan oleh JAWI.

Amacam??

Pandaikah saya?? *Menggelupur macam gile.

Gua tarak tipu lu orang. Memang hilang. Dan proses isi borang nikah saya tergendala sebab Kown punya dah hilang. Dan saya ada 60 hari lagi.

Hahahahhaha, lepak...bertenang...cool~~60 hari lagi. Bukan 6 hari.

Cerita benar akan bersambung nanti.... (Ini bukan cobaan, ini betul2....)

Nak kawen bukan mudah.....,
ShilaShower


0 comments:







Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs