Isu hidup minggu ini: susu ibu


Pertama,

Medela ni, dah beli pam mahal-mahal, bagilah bag yang stylo mylo sikit. T_T Buat ler kaler black and pink polkadot ke apa kan. Hihihihi. Ah, tapi ini isu tak berapa penting. So abaikan.

Kedua,

Semalam sesi pam Shell V-Power Aiman Haris berkurang menjadi lima, tetapi hasil meningkat menjadi 28oz! Apekah gabungan milo dan oat dan almonds dan Sunmaid Raisins telah menyebabkan hasil lumayan ini? *Mungkinlah kot?*

9.30am - 6.5oz
12.30pm - 6.0oz
4.30pm - 5.0oz
8.30pm - 4.0oz
5.30am - 6.5oz

Eyh eyh, tapi kamu orang jangan ingat saya pam 5-6 kali tu dekat ofis semata. Itu termasuk malam dekat rumah sekali daaa. Kalau kat ofis semata, wah hebat! *Takde kerja office ke si ShilaShower neh kan?* So itu tidaklah mungkin terjadi.

Saya telah menetapkan untuk pam 3 kali di ofis pada waktu yang sama setiap hari. 9.30AM, 1.00PM, 4.30PM

Dan lagi 2 kali di rumah; antara 8.00PM to 12.00AM dan WAJIB: 3.30AM.

Tapi selalu gagal je yang 3.30AM tu, jadi replace pukul 5.30AM.

Jadi lihat, cukuplah 5 kali pam untuk mengumpul bekalan makanan buat anakanda Aiman Haris. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. *Falsafah saya dalam menjaya penyusuan susu ibu* Hihihihi. But seriously, it works! Saya bermula dengan 20ml sahaja dan bertambah menjadi 1oz dan berlarutan selama sebulan.

Tapi saya selalu kata pada hati, "sabarlah". Alhamdulillah, kesabaran itu berbaloi :)

Semalam masa tengah pam, kakak dekat ofis ni tanya, "eyh susu ada ke? tak dengar bunyi air pun?" Ada, ada, tapi slow flow, so takdelah bunyi "schlurp! schlurp!" itu. Hihihihi.

Ketiga,

Masih jugak tak reti nak buat gaya bebas waktu mengepam. Sebab perkakasnya banyak betul dan tak sempat-sempat nak baca manual. So, guna je FS tapi tak berapa gaya bebas jugak. Kuikuikuikui. Mungkin kena jumpa Lyn, mintak tolong dia buat demo. :)

Keempat,

Ada yang bertanya, "apa yang membuatkan saya begitu bersungguh bf-ing?"

Breast is the best! Ah, tapi tu jawapan biasa. Merapatkan hubungan ibu anak semua tu jawapan skema format buku. Tak best. Mestilah semua ibu nak bagi yang terbaik untuk anak-anakkan? Semua ibu pun nak menjadi orang pertama dalam hidup anak-anak kan?

Yang sebetulnya, saya takut nak bagi formula dan nak jugak bagi susu badan sebab eczema. Doktor bilang sama kami, jika ibu atau ayah mempunyai alergi and asma (or mungkin pernah ada rekod), anak-anak berkebarangkalian besar mendapat eczema. Saya ada alergi sampai sekarang dan suami pernah mempunya rekod asma semasa kecilnya, jadi, setiap anak-anak kami akan mempunyai risiko yang sama besar untuk mendapat eczema.

Cukup dengan Adam Haris, kesian tengok dia tergaru-garu gatal. Nasiblah Adam kena tahap picisan je, belom kronik, not even separa kronik pun bak kata Dato' Dr Biduwiyah, pakar kulit di Ampang Puteri. Tahap macam Adam yang doktor kata "tak payah risaulah" pun dah berbotol-botol Simple cream kami lumur, Elomet bersepah dekat rumah, bayangkan kalau kena teruk sampai berair, berdarah ke, macam mana?

Kelima,

Dah, mak nak kena pegi buat rutin harian ni. Dah 9.30. =P


Patut cuci gambar ni, tampal kat kubikel ni, buat pembakar semangat supaya jangan malas. 
ShilaShower
0 Comments

No comments:

Post a Comment

feedburnerfacebooktwitteremail