Garrett Popcorn KLCC



Yes, this sugar booster thing dah ada dekat KLCC. Outlet dia depan Maybank tu. Akhirnya settle lah keinginan nak makan popcorn mahal nih. T___T Mahal ler jugak, yang buttery or plain small size pun dah RM16. Kalau budak-budak yang dok pi lawatan sekolah ke KLCC tu teringin nak beli, mau dia fikir banyak kali jugak kan. Mana nak beli popcorn mahal, nak beli souvenir Petrosains ke Aquaria ke lagi kan, hehehe...

Kalau makan sekali hadap Caramel Crisp dia, nescaya reading gula dalam darah naik sampai 20 kot. Manis Va Va Voommm! Tapi sedap :P 

Last time dekat Singapore, tak beli pun yang ada mix nuts (almonds/macadamia/cashews) sebab tengok pricing in SG dollar macam berpinar mata. Haha! Tapi sebab now in RM, so beli lah nak rasa. Tapi kalau convert pun, sama je harga. 

Masa beli tadi, takdak Cheesy Popcorn which a bit potong lah, sebab awal lagi dah berangan nak makan popcorn ala cheesy salty nih. So, borong Caramel and Caramel with Macadamia nuts lah. Cukup bekalan untuk bulan nih *maybe sebab tu mahal kot, sebab tahan lama and tak cepat lemau* hehehe...

Apa pun, I dah jadi baik hati tolong snap gambar flavors, size and price. Boleh buat congak tambah tolak darab bahagi sebelum nak pergi beli. Hehehehe. ;)
Abaikan efek manusia dekat belakang tu :P
Q tadi, oklah, bukan panjang sangat pun. Not sure time lain.





0 comments:







Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs